Perodua bakal lancar MYVI 1.5 liter

Posted: 1 Mac 2010 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua ALZA, perodua MYVI

Perodua bakal lancar MyVi 1.5

myvi 2011??

myvi 2011??

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan ‘DNA’ modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas ‘jelmaan baru’ tersebut.

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysiamengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
“Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti,” kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

Perodua Alza mpv terlaris

Perodua Alza mpv terlaris

“Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar,” katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.

BERNAMA

Komen-komen
  1. campromania berkata:

    Ni mesti pakai enjin ALZA..mujur la kalau Jepun nak kasi enjin baru dual VVTI macam kat Toyota Passo 2nd generation tu..kalau x nak taruk harga berapa..hahaha…1 lagi projek “cloning” dari Perodua…xsabar nak tengok rupa Myvi SE “wajah baru yang akan mencipta kejutan” bulan Jun ni..pasti teruja Japan wannabe sebab ada “bumper & lampu baru”…hahaha..😀😀

  2. prodas berkata:

    hahahah…… agak2 betol ke nanti kita terkejut JUN ni????hahahah tunggu dan lihat!!hahaha

  3. g-mie berkata:

    betul tu bro campro..

  4. JomRonda berkata:

    Dulu Proton ade enjin 1.6 je (mostly), so government bagi Perodua pakai enjin 1.3 (except Alza laa, takkan MPV nak kasi 1.3 je kot).
    Next year Proton akan ade enjin turbo (and hopefully hybrid jugak hehehe), so government pun kasi green light kat Perodua keluarkan model 1.5?
    Begitukah adanya?

    • org asli berkata:

      660 compact, 1.5-1.6 performance compact…. dulu proton org panggil kereta tin milo.. skrg ada baguih dok ada sikit..support MADE IN MALAYSIA

    • peYno berkata:

      nampaknya komen anda tak tepat
      pemilihan engine perodua takde kena mengena dgn gomen… hakikatnya sebab daihatsu bagi engine tu.. terpaksa la perodua ikut… sebut pasal sisi.. perodua rusa dan nautica pon pakai engine 1.5l gak… dan mpv toyota avanza pon ada pakai engine 1.3l gak

      jadi pendapat anda tak tepat…
      yg tentukan halatuju perodua bukan gomen… tapi daihatsu tu sendiri

  5. prodas berkata:

    mungkin gak…. sekarang dunia automotif dunia tgh berlumba2…huhuhu so kita bagi peluang kt industri automotif tempatan pula……!!! kita harus sokong kedua2 syarikat terutama sekali PROTON!!!! n syarikat celup PERODUA!!!hahaha

  6. apala yang kejutan sgt jun tahun dsepan??

    hmm…mngkin perodua buat bentuk rnd sendiri kot..hahaha..mungkin

  7. prodas berkata:

    hahah tak mungkin!!! selagi saham terbesar masih jepon yg pegang!!!

  8. mailfelda berkata:

    Kereta nasional ke perodua? Harap design bumper je.. Tapi kira ok la banding ngan Naza, design logo je.. semua komponen import, tak sampai 10% produk Malaysia.. Patutnya status nasional naza ditarik balik.. Keta import bukan CKD tapi dah tahap SKD, bawa masuk dah complete cuma pasang tingkap n tayar.. Tak bagi peluang sub-con langsung.. Budak kecik boleh bisnes macam tu..

  9. prodas berkata:

    haahhaha…. budak kecik tak pandai bisnes cam 2!!! tapi walau apew pn perodua punye design lebih baik dan cantik dari design asal toyota….. tapi kalau NAZA!!! hummm tak tau lh nak cakap!! cume tukar logo saja!!huhuhu

  10. lalalili berkata:

    la baru skarang nak ckp chasis myvi tu boleh tampung 1.5cc punye enjin… apeda.. apa pun kalo nak kluarkan kreta 1.5 ni… handling tu kasi polish la yg terbaik… kalau 1.3 pun amik corner mcm nak terbang masuk semak sebelah jalan… 1.5 lagi tak tau nak ckp ape…. saya ckp mcm tu sebab saya adalah pemilik myvi… mcm2 kena labur pada handling utk dpt yg terbaik… rege nak dekat 50k handling mcm haremmmm…..

    bangun la perodua… takkan tdo kut… untung bukan main lagi weh

  11. razwan berkata:

    Kalau nak handling bagus amik gen2 @ pesona. Harga lebih kurang myvi je.

  12. fiza berkata:

    hahaha..tepuk dada tanya selera la..
    suka beli..tak suka tak yah beli..melambak lagi keta kat malaysia ni..
    tungguuuu taun depan🙂

  13. asroul berkata:

    xboleh ke bawak kuar awl cikit,,,,,,,,xsabar dah ney…………………….

  14. Dongkoi berkata:

    saya ni pakai proton gen2 jugak…best tu memang best..laju memang laju..tapi rasanya masih tak puas hati le enjin campro…nak juga rasa enjin mitshubisi 4G63….baguslah myvi dah ada 1.5…ade juga nak try nak beli…kalau 1.3..alamak susah le…tapi apa pun ketera tempatan kalau bule tamhlah kelebihan aksesori dalam….macam boring…tak macam keta import dalam macam2 ada

  15. Mahirun Sanaharin berkata:

    waaa ade sudah myvi 1.5..tahniah-tahniah….ooooiii dongkoi kau ni bodohlah…nak komplen kereta tempatan…kalau banyak duit beli saja kereta import..bodoh punya olang..tengok saya pakai viva..tak laju…tapi ada gaya…

  16. HAJI MURIN berkata:

    MAK LAI NO…KO PUN TAI NA..PI MI LAP TU..SU .NO KU

  17. zeck berkata:

    kalo dah jenis kuntilanak camtu la..cm tau mngutuk jer…sayer rs sedara prodas xbleh kt p2 saje syarikat celup, p1 pon asalnyer celup gak..la ni pon ade celup gak lg..cube kire brape kerat sgt model cptaan p1..yg lain tu celup jgak kan?..ape2 pon hrp2 p1 n p2 akan lbh maju n bdaya saing..

  18. saiful adli salehat berkata:

    apa barang naik myvi! angkat le honda ka….toyota ka……

  19. mohd yusri mokhlas berkata:

    AKU PAKAI NISSAN SILPI 2.0.Puhh.terangkat beb

  20. abg salleh berkata:

    ape dok gaduh2 ni kereta malaysia same je..pakai honda lg best xde tiru sape2 enjin pn tersendri

    • Bujang Senang berkata:

      Fuyoo…abg salleh san. Kitak sik jerak2 gik kenak jajah oleh jepon. kita patut berbangga dengan kereta keluaran negara. Kamek ada kereta honda satu masa dolok, tapi kamek tibai jak kat used car, kuat makei minyak.

  21. rosmidi berkata:

    tak kiralah kereta apapun ,perodua ke ataupun proton janji 2-2 buatan malaysia betul tak

  22. anak malaysia berkata:

    kawan2 sume…takyah gadoh2 pasal kete,bukan ada pekdah pun..buat mcm aku lg senang,bini pakai atoz,aku pakai matrix,balik kampung pakai trajet…korean car hehe sampai member2 ngan jiran2 pelik sbb aku dh mcm fanatik ngan hyundai..tapi aku ckp itu je yang mampu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s