Perodua Rancang Kembang Pasaran Eksport

Posted: 24 Februari 2010 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua ALZA

RAWANG, 24 Feb (Bernama) — Pengeluar kereta nasional kedua, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), merancang mengembangkan pasaran eksportnya tahun ini dengan memasukkan Thailand, Pakistan dan India.

Pengarah Urusan baharunya, Aminar Rashid Salleh, berkata syarikat itu menyasar meningkatkan jualan komponen enjin dan unit kenderaan motor dipasang.

“Tahun ini sasaran eksport kami ialah antara 2,700 dan 3,000 unit tetapi kami memerlukan masa untuk mengkaji kemungkinan meningkatkan kuantiti, terutamanya dalam bahagian baharu,” katanya kepada pemberita di majlis penyerahan kenderaan bagi pertandingan cabaran Eco-Challenge di sini, Rabu.

Aminar Rashid berkata tahun lepas Perodua mengeksport kira-kira 2,000 kenderaan,

“Tumpuan kami adalah dalam Asean. Kami telahpun mempunyai pasaran di Singapura dan Brunei dan kami mahu mengembangkan bahagian pasaran. Dalam tempoh jangka panjang kami mungkin juga meneroka pasaran Afrika Selatan,” katanya.

Beliau berkata satu pasukan telah ditubuh untuk melihat daya maju pasaran dan menjalankan kajian kemungkinan bahagian-bahagian baharu serta memilih wakil penjual dan pengedar.

Perodua menjual 16,200 kereta pada Januari berbanding 11,900 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Jualan kukuh itu membolehkan Perodua menerajui pasaran domestik dengan unjuran bahagian pasaran 33 peratus daripada 31 peratus pada Januari 2009.

Tahun ini ia dijangka menjual 176,000 kereta berbanding 166,700 unit tahun lepas.

Aminar Rashid berkata sehingga semalam, Perodua menerima 21,500 tempahan bagi model terbaharunya, ALZA.

Beliau berkata Perodua berusaha untuk meningkatkan pengeluaran ALZA bagi memenuhi permintaan dan mengurangkan tempoh menunggu kepada dua bulan daripada tiga bulan setengah sekarang.

Mengenai pertandingan cabaran Eco-Challenge, Aminar Rashid berkata matlamatnya adalah untuk menguji keupayaan kejuruteraan pelajar.

Perodua menyerahkan seunit Perodua ViVA 1.0 liter kepada setiap 12 institusi pengajian tinggi yang menyertai perlumbaan itu yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Melaka pada 26 Jun, 2010.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Dr Rujhan Mustafa.

Perodua juga memberikan RM10,000 kepada setiap institusi sebagai dana pembangunan untuk memulakan aktiviti pengubahsuaian sebelum perlumbaan.

Sejumlah 27 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dipelawa menyertainya dan 12 telah disenarai pendek berdasarkan kepada cadangan mereka.

Komen-komen
  1. nadzri m yusof berkata:

    Mungkin Perodua bermimpi senang nak jual myvi kt oversea mcm dia tipu org malaysia Tak payah lah nak pergi leburkan duit , perodua hanya jaguh kampung aje. Baik la duit tu digunakan untuk kebajikan pekerja2 yg telah bekerja kuat untuk menjadikan perodua seperti sekarang ini.

  2. prodas berkata:

    saya harap sangat perodua menghasilkan kereta sendiri……. bile agaknye???

  3. azrai berkata:

    Negara-negara berpotensi untuk export market;
    1. nepal
    2. Myanmar
    3. Negara-negara seumpamanya

  4. prodas berkata:

    info terbaru!!!! myvi 1.5 akan dilancarkan thun hadapan…..
    kenapa tak export kt indon??hahah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s