Proton Exora turbo tahun hadapan…

Posted: 22 Februari 2010 in AUTO News, automotif, enjin, PROTON, proton Exora

Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my

Proton Holdings Bhd sudah menyelesaikan pembangunan enjin turbo yang bakal digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Exora dengan pelancaran dijangka dibuat awal tahun depan. Sumber industri berkata, model Exora Turbo itu akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional itu selepas pelancaran model gantian Waja serta model Persona berwajah baru akhir tahun ini.

“Model gantian Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona penampilan baru menjelang akhir tahun ini. “Sementara itu, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pengeluaran model Exora Turbo itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan.

“Matlamat utama penghasilan Exora untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan ciri kenderaan itu yang selesa, selain harganya yang berpatutan,” jelasnya. Proton kini katanya, kembali mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan selepas pengenalan Exora. Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan.

JADI BETULLAH BUKAN LaNcER JERUNG!!!!!

Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit.

Justeru, model baru itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya. Beliau berkata, Proton juga sedang mengkaji untuk memindahkan keseluruhan operasi pengeluaran kenderaannya di Shah Alam ke Tanjong Malim dan keputusan mengenainya dijangka diketahui pada awal 2011.

“Difahamkan mereka akan membuat keputusan sama ada menjual atau menyewa kilang pengeluaran di Shah Alam, sebaik saja penilaian untuk memindahkan aktiviti di sana ke Tanjong Malim. “Beberapa pihak menyatakan minat untuk menyewa dan membeli kilang milik Proton di Shah Alam. Ia tentunya akan bergantung kepada harga yang ditawarkan kepada Proton,” katanya. Pemindahan keseluruhan operasi pengeluaran ke Shah Alam membolehkan Proton menjimatkan kos, justeru dapat dialirkan kepada aktiviti pembangunan produknya.

sumber:

berita harian

funtastikodesign

adik automotive

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    waja baru dari waja lancer FORTIS upenye….. bukan lancer jerung..hihihi tak sabar rasanye nak tunggu!!!

  2. fauzan berkata:

    hehe… lancer forte n jerung tu dari platform yg sama jer…🙂

    cheers!

  3. knoxx berkata:

    kalu lancer jerung perminat nye ramai muda mudi.. kalu yang dah pertengahan/ berumur tak berapa gemar.. nanti kalu proton ambil jerung nanti target market pada muda mudi je yang berminat.. Ok lah ambil fortis nie, kiranya macam pertengahan, yang muda boleh guna yang berumur pun boleh juga.. cuma kalu kretif pas beli tue, boleh lah customize exterior.. by the way aku nak tunggu Special Edition (SE). sbb proton kalu buat SE memang aku puas hati terhadap Exterior, Interior & Performance.. Sbb skrg aku guna SAGA SE (RED DIAMOND). puas hati.. BERBALOI-BALOI..

  4. campromania berkata:

    knoxx, saga SE tu memang menraik interior dia, kerusi salut kulit dia tu nmpak mahal je..siap ada red tab saga SE lagi tu..ala2 levis lak

  5. azrai berkata:

    “Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan.”

    Siapa sumber industri tu? jangan2 wartawan tu baca blog ni juga kot yang ada gambar Fortis. lancer jerung tu pun sama dengan lancer Fortis cuma Fortis untuk market taiwan sahaja. Ingat tak dulu pernah paper report hovercraft guna enjin 1.8l Campro? Sedangkan Proton tak pernah keluarkan enjin tu pun.

  6. Firdaus berkata:

    aku tak brapa caya sgt reporter bhairan ni..coz dulu pun ada 2 3 berita bodoh2 tak kena lansung dgn info dalaman proton…

    aduh..next year ke? dyemmm..lambat betul la camni…

    cepat2 la sumbat cps turbo tu kat neo..hehe

  7. prodas berkata:

    hiuhuhuhu entah lh tak tau lh… waja baru ini lanser jerung ke fotis….???? kadang2 berita tersalah tulis…apew2 pn kita tunggu akhir tahun ini…

    ade sesiape yg tahu saga F????

  8. Firdaus berkata:

    yg pasti akhir tahun ni persona facelift and saga facelift too… spypic yg kita tgk persona with LED taillight tu just testing utk LED tu je.. front n rear bumper is also been change..

  9. prodas berkata:

    betul ke???bro??/ mane dapat info ini???

  10. Firdaus berkata:

    dpt info dari rakan2 design juga…hauhuahua…

  11. prodas berkata:

    ye ke bro firdaus??? ade gambar terbaru tak??

  12. konek berkata:

    kalo gigi jongang ketuk gigi bagi rata…kuek konan ko ni..ahahahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s