Proton bakal sertai Geneva Motorshow MAC 2010

Posted: 10 Januari 2010 in AUTO News, automotif, PROTON

Proton Sedia Siapkan Pengukuhan Kilang Menjelang Akhir Tahun



SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) — Proton Holdings Bhd menjangka menyelesaikan pengukuhan dua buah kilang pengeluarannya menjelang akhir tahun, kata pengarah urusan kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Proton mempunyai dua buah kilang pengeluaran di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.

“Pada masa ini, kajian kemungkinan sedang dilaksanakan. Kami menjangka memuktamadkan kajian ini pada hujung tahun,” kata beliau kepada pemberita di majlis sambutan Hari Keluarga 2010 Proton yang diadakan sempena dengan ulang tahunnya yang ke-25 di sini pada Sabtu.

Syed Zainal, bagaimanapun, tidak memaklumkan butiran lanjut mengenainya.

Kilang pengeluaran di Tanjung Malim yang lima kali lebih besar berbanding kilang di Shah Alam, mampu menghasilkan produk pelbagai model pada talian yang sama, sekali gus membolehkan keanjalan dalam perubahan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran yang selalu berubah-ubah.

Sementara itu, Syed Zainal berkata, Proton akan menyertai Pameran Motor Geneva Antarabangsa 2010 untuk julung-julung kalinya.


katenye proton akan menunjukkan model konsepnye.. ini hanya gambar hiasan


Pameran tahunan yang akan diadakan pada Mac di Geneva itu adalah antara acara paling penting dalam kalendar syarikat automotif berkenaan memandangkan kesemua pengeluar kereta utama akan berada di sana.

“Kami telah lama dan penyertaan itu menunjukkan yang jenama Proton kian berkembang pesat,” kata beliau.

Beliau berkata Proton akan menggunakan kenderaan model pelbagai guna tujuh tempat duduk Exora untuk menembusi pasaran Timur Tengah pada suku kedua tahun ini.

“Pada masa ini, Exora, yang dilancarkan pada April 2009, telahpun berada di Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan sejumlah 2,300 unit telah dijual di Asean sahaja,” katanya.

Syed Zainal berkata Proton telah menerima 38,000 tempahan untuk Exora dan 24,000 unit telah berada di jalan raya.

Model Exora berharga dari RM72,000 hingga RM76,000.

Beliau berkata Exora telah mengatasi pesaingnya dan ini merupakan barometer yang baik.

Terdahulu, penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata syarikat telah sekali lagi menjadi pendahulu dalam pasaran tempatan dari jumlah jualannya.

“Jadi lebih inovatif, berfikiran luar dari kebiasaan. Ia bukan sahaja mengenai pertukaran dalam bentuk kereta tetapi juga perubahan prestasi,” kata beliau selepas merasmikan Hari Keluarga berkenaan.

Hari Keluarga itu yang diadakan untuk pertama kalinya telah berjaya menarik lebih daripada 10,000 ahli dan kakitangan keluarga- BERNAMA

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    dengarnye..proton akan mempamirkan model konsepnye??? betol ke???

  2. campromania berkata:

    harap diorg tunjuk Persona R kat sana nanti..bro dapat mana sketches tu? menarik..

  3. prodas berkata:

    dapat kt PROreka….. sy nampak ade ciri2 proton so saya amek…. mane lh tau. ni tuk model SuV proton..??hihhihhih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s