HARI keluarga Proton 2010

Posted: 10 Januari 2010 in AUTO News, automotif, PROTON

20,000 sertai Hari Keluarga Proton

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my


TUN Dr Mahathir mencuba motosikal berenjin kereta Stingray selepas merasmikan Hari Keluarga Proton 2010 di Shah Alam, semalam.

Dr M, isteri rai Jubli Perak penubuhan syarikat

SHAH ALAM: Kira-kira 20,000 warga kerja Proton Holdings Bhd (Proton) dan ahli keluarga masing-masing memeriahkan Hari Keluarga Proton 2010 di kilang utama pengeluar kereta nasional itu di sini, semalam.

Hari Keluarga Proton itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hadir sama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta pengurusan kanan Proton termasuk Pengerusinya, Datuk Mohd Nadzmi Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

// <![CDATA[//

Sambutan Hari Keluarga Proton itu lebih bermakna kerana selain sambutan ulang tahun Jubli Perak penubuhan syarikat itu tahun ini, ia juga kali pertama diadakan di kawasan kilang.

Acara yang bermula jam 8.15 pagi itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk gerai permainan, persembahan artis tempatan, pertunjukan pemanduan berprestasi tinggi, Go-Kart dan menunggang kuda.

Lebih menarik, cabutan bertuah turut menawarkan hadiah menarik empat kereta iaitu Proton Persona dan tiga Proton Saga SE.

ORANG ramai memenuhi pekarangan kilang Proton sempena Hari Keluarga Proton 2010, di Shah Alam, semalam.

Hari Keluarga Proton itu turut dimeriahkan dengan perarakan dan pameran 20 kereta Proton yang diubah suai hasil usaha kakitangannya sempena penganjuran Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Proton, tahun lalu.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan anugerah kepada Pengurus Bahagian Unit Kejuruteraan Computer Aided Proton, Noor Hisham Ismail yang memenangi Anugerah Inovasi Asia Pasifik 2009, iaitu satu program pengiktirafan tahunan oleh MSC Software Corporation Computer Aided Engineering (CAE).

Noor Hisham memenangi anugerah itu menerusi kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Asean Virtual Product Development, Ogos tahun lalu yang mana beliau mereka bentuk satu proses ‘computer aided of probababilistic analysis’ yang mampu menilai bahagian berisiko tinggi kegagalan dan memperkemaskan lagi pilihan reka bentuk kejuruteraan.

Hasil ciptaannya berupaya membantu Proton memendekkan lagi masa memasarkan produknya dengan mendapatkan reka bentuk yang tepat sejak proses pertama.

berita harian…

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    tq bro!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s