Lotus F1 1MALAYSIA

Posted: 16 Disember 2009 in AUTO News, automotif, LOTUS, Lotus F1 1 Malaysia, PROTON

Proton Berminat Adakan Lebih Banyak Program Bersama Lotus F1 Racing

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Pengeluar kereta nasional Proton berminat untuk menganjurkan program bersama dengan pasukan Lotus F1 Racing mulai musim depan sebagai tanda sokongan terhadap pasukan F1 Malaysia itu.



Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata mulai 2010, pihaknya bercadang untuk menganjurkan beberapa program yang melibatkan tiga pelumba F1 negara iaitu Mohamed Fairuz Mohamed Fauzy, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen.

“Saya harap selepas ini Proton dapat mewujudkan lebih banyak kerjasama dengan pasukan Lotus F1 Racing dalam sama-sama membangunkan sukan pemotoran dalam negara,” katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan pemandu-pemandu pasukan F1 Lotus F1 Racing di Pusat Kecemerlangan Proton dekat sini Selasa.



Beliau berkata sebagai pengeluar kereta nasional adalah wajar bagi Proton untuk mengadakan program bersama untuk menyokong usaha memantapkan lagi nama pasukan F1 Malaysia yang baru ditubuhkan itu.

“Diharapkan program yang bakal diadakan nanti turut membantu melariskan lagi penjualan kereta nasional,” katanya.

Syed Zainal berkata pihaknya juga ingin melihat lebih banyak peluang dapat dikongsi bersama antara Proton dan pasukan F1 Lotus F1 Racing pada masa hadapan.

Pemandu pasukan Lotus F1 Racing yang diuruskan oleh 1Malaysia Racing Team (1MRT) Sdn Bhd diumumkan Isnin manakala penubuhan pasukan itu diumumkan oleh Perdana Menteri September lepas.

— BERNAMA

sumber..paultan dan http://funtastickodesign.wordpress.com/

Komen-komen
  1. campromania berkata:

    Xsabar nak tunggu musim 2010 bermula, nak tengok macam ne pencapaian pasukan ni..harap dapat la naik podium & petak hadapan..

  2. prodas berkata:

    hahha harap2 pn gi2 lh..huhuh

  3. g-mie berkata:

    btul.. kami sbg rakyat m’sia b’hrp pasukan F1 m’sia ni, mmpu utk b’saing.. & bjaya.. x dpt no.3, no.1 pun boleh…

    gdluck..!!

  4. prodas berkata:

    hahha jauh lagi perjalanan 2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s