Tempahan ALZA kini 11000!!!!

Posted: 7 Disember 2009 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua ALZA

Perodua Perbesarkan Kilangnya Di Rawang Menjelang Mac Tahun Depan

perodua alza

perodua alza


PETALING JAYA, 7 Dis (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bercadang memperbesarkan kilang pengeluarannya yang berkeluasan 138 hektar di Sungai Choh, Selangor, menjelang Mac 2010.

Ini ialah untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk pasaran eksport di masa akan datang, kata pengarah urusan, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar Isnin.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Perodua Alza di sini, beliau berkata sudah tiba masanya untuk syarikat menaik taraf kilang itu, lebih-lebih lagi dengan sambutan menggalakkan bagi tiga model kereta syarikat itu setakat ini.

“Kilang kami mesti dinaik taraf tahun depan. Terdapatnya ketidakcukupan kapasiti jika kami mahu mengembangkan pasaran eksport kami ataupun mahu mengeksport kenderaan pelbagai guna kami yang baru iaitu MPV Alza,” kata beliau kepada pemberita.

Kemudahan pengeluaran itu pada masa ini mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 250,000 kereta setiap tahun dengan dua pusingan syif.

Ia akan menempatkan antara lain, bangunan korporat Perodua, makmal ujian penyelidikan dan pembangunan serta studio penghias, trek atau litar ujian kenderaan, kilang pengeluaran, kilang enjin, kawasan pemeriksaan pra-penghantaran, lapangan stok agihan kenderaan dan rumah gudang alat ganti.

“Sebelum pelancaran Alza, kami menjalankan kajian kemungkinan dan sasaran untuk menjual 2,800 unit setiap bulan. Tetapi, kini, berdasarkan kepada sambutan, kami percaya jualan dengan mudah dapat mencecah 4,000 sebulan mulai Januari dan bulan-bulan seterusnya.

“Jadi, kini kami mahu menambah kapasiti kilang dan tanah tidak menjadi hal kerana kami masih mempunyai ruang yang luas untuk memperbesarkan kilang,” kata beliau.

Syed Abdull Hafiz juga berkata yang Perodua telah bersedia untuk mencapai penanda aras kualiti kumpulan iaitu 0.2 peratus kecelaan setiap kereta, bagi syarikat untuk berkembang ke seberang laut.

Beliau berkata syarikat telah menetapkan sasaran untuk mencapai 176,000 unit jualan pada 2010 berbanding 164,000 yang dianggarkan terdahulu untuk tahun 2009. Jika dicapai, angka bagi 2010 adalah yang tertinggi dari segi jualan dalam sejarah Perodua sejak penubuhannya pada tahun 1993.

Sehingga November 2009, Perodua mencatatkan jualan 151,000 unit dengan 53 peratus sumbangan dari Myvi.
tempahan kini 11000
Mengenai Alza, syarikat itu telah menerima sejumlah 11,000 tempahan setakat 4 November, dengan tempoh menunggu antara 2-3 bulan.

Setakat ini, 400 unit Alza telah didaftarkan dan syarikat menjangka kira-kira 50,000 unit akan berada di jalan raya pada 2010.

Meskipun dengan permintaan memberangsangkan untuk Alza, tempahan untuk Myvi dan ViVA terus menggalakkan pada November dengan masing-masing 10,000 dan 7,000 unit.

Menurut Syed Abdull Hafiz, Perodua bercadang memperkenalkan kereta kompak baru pada 2011 untuk mengukuhkan pasaran di dalam dan luar negara.

Sementara itu, empat pembeli bertuah Myvi, masing-masing memandu pulang Perodua Alza jenama baru premium 1.5L selepas mereka dipilih sebagai para pemenang utama peraduan “Myvi Moment”.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. mubongok berkata:

    hmmm apa nak ckp….mahal…buruk..rebagde..apa lagi..sempit…tin milo…laku jugak yer…

  2. memangmubongok berkata:

    Tapi mahal lagi exora, buruk lagi exora, lembab lagi exora, enjin lagi gegar exora, kualiti lagi hampeh exora, lepas ni tak laku la exora lembab tu..

  3. fauzan berkata:

    no komen pasal tu… the choice is ur’s:)

    pasaran kereta compact memang meluas pasarannya. Harganya gak mnjadi faktor terutamanya yg berpendapatan sederhana yg ingin memiliki kereta.
    Tapi mengharap sangat dengan pembesaran kilang perodua n ada makmal penyelidikan n pembangunan tu digunakan sepenuhnya utk penghasilan kereta mereka sendiri, sedikit demi sedikit tanpa ada pergantngan dgn syarikat induk dioarang toyot/daihatsu n sekali gus meningkatkan share saham tempatan dlm share perodua. Kalau ini berjaya perodua lakukan, pasti ada dua syarikat automotif kebanggaan negara yg saya tabik hormat… perodua n proton😉

    cheers!

  4. azhar70 berkata:

    memangmubongok, sesuai nama dgn tuan punya diri….. kejap ckp 11k, kejap ckp 10k, kejap ckp 8527, kejap ckp 13k, yg mana tipu ni?…..hmmmm………………

  5. memangmubongok berkata:

    Bila masa pulak aku cakap alza sempit tu 10k, 13k bla, bla.. Ke memang mu bongok? Ada aku peduli jualan alza tu berapa? Bukannya aku kaya pun kalau jualan alza ke, exora yang laris..
    Nampaknya salesman perodua & proton dalam ni dah terdesak sangat kot.. Semua mengaku keluaran diorang bagus..
    Takpa, best car wins.. Kita tengok la nanti, mana yang banyak kat jalan..

  6. azhar70 berkata:

    memangmubongok, ko baca tak berita kat atas tu, brp tempahan alza setakat ni yg dia ckp, atau…. memang mu bongok?….hmmmm……

  7. fauzan berkata:

    aduhh.. apa nak gaduh sapa menang sapa kalah nie? Masing2 kena up diorang punya prestasi ar… dari selgala segi.

    cheers!

  8. nazri berkata:

    len kali kasi tukar username tu lebih user friendly.. jgn wat onar kat blog yg tujuannya baik

  9. azhar70 berkata:

    Btol tu, aku sokong nazri. Mak bapak dah bg nama baik2 pun malu nak pakai. Takut bini tau ke?..hmmmm…..

  10. stroller berkata:

    rilek je la bro… tak yah gaduh2… dia nak kata exora buruk ke… alza sempit ker… biar kan je la… commentnyer pun tak mature…

  11. prodas berkata:

    hahaha…lawak al..kamo semua… pasal ni pn nak gaduh…huuhu tak payah gaduh2…. proton n perodua ke dua-duanye..syarikat malaysia….. cume perodua je..yg sahamnya lebih dimiliki jepun….

  12. prodas berkata:

    lg satu..memang sy puji pekerja2 di perodua… taniah kerana design Alza lebih cantik dari design jepun….. oleh itu katanye dgn pembesaran kilang ..akan ada R&D sendiri….. alhamdulilah.. tak lama lagi akan ada kereta keluaran 100% buatan perodua…hehehe betol tak???😀

  13. azhar70 berkata:

    ……Betol ke??? Tahniah buat p2. Progress injin dah brp %?

  14. Adam berkata:

    booking ALZA masih tak penuhi target management p2… mereka mengharapkan yg lebih jika dilihat faktor musim perayaan yg akan tiba (CNY).. biasanya setiap kali menjelang perayaan.. sales akan naik… so kalau ALZA tak dapat tarik pembeli seramai mungkin sebelum CNY… maka susah la mereka nak dapat target… memandangkan pulak persaigat dari proton yg nak keluarkan waja replacement pada bulan 4, persona facelift bulan 2, dan exora turbo akhir thn…

    la ni ramai hanya tgk ALZA versi Advance (test drive unit) je on the road.. mmg nampak lawa sebab siap dgn bodykit… tapi sebenarnya ramai yg booking standard version… nanti bila mereka dah nampak standard version on the road.. baru mereka terfikir dua kali..

    chet.. nampak advance version lawa… sekali nampak standard version cam MPV changAn pulak..hehe… tu yg jumlah booking berkurang dari 13k ke 8k je kot…

  15. zaxk berkata:

    baru beberapa hari dah 10 k … itu pun tak penuhi target lagi ke?

  16. zaxk berkata:

    aku suka proton dan p2 maju.. .. tapi aku risau dan kurang suka kalo proton selalu kalah dgn p2 sbb proton lah yg sebenarnya nasional automotif punyer.

  17. fauzan berkata:

    Hehe…tak salah proton n perodua bersaing. yg penting persaingan yg sihat. Sepatutnya tak de la sapa yg menang n sapa yg kalah. masing2 ada pasaran masing2. Yg penting gak masing2 kena tingkatkan prestasi mereka.

    cheers!

  18. campromania berkata:

    dah sampai 11,000 tempahan..satu rekod baru..tahniah perodua..bila lagi nak keluar model design sendiri? dengar2 cite tahun depan nak keluar model facelift lagi..hmmm…😦

  19. campromania berkata:

    studio penghias tu apa ye? macam pelik je bunyinya..kalau ikut istilah org melayu cakap Styling Studio..xkan la omputeh cakap Studio Penghias kot…kasi la nama Studio Rekabentuk, baru la tepat…hehehe 😀

    studio penghias tu utk orang2 yg suke buat dekor je, xde kena mengena ngan kereta..xkan la pasni ada langsir n pasu bunga sebagai aksesori keta Perodua kot pasni, hahaha..

  20. fauzan berkata:

    wakaka… gurau ye… saya pun nak gurah gak, mgkin ala ala studio utk make up n touch-up apa yg patut ;0

  21. campromania berkata:

    hahaha..ni studio utk make up artist la…banyak la nyah kat c2..hahahaha…😀😀😀

  22. stroller berkata:

    bagus la.. p2 dpt 11k booking… p2 kan dah sedia maklum dorang ada peminat keta kompaknye yg tersendiri…

  23. zoroxi2112 berkata:

    ye ke 11000 confius aku….bukan ape aku tengok 3,4 hari kat showroom dah jarang orang, bahkan ada yan tak der…betul ke..ye la kot….

  24. azhar70 berkata:

    Atau setakat 11,000 aje… pastu sunyi je…..hmmmm…..

  25. styloo berkata:

    11k pun belum tentu semua 11k tu akan ada dijalan raya…..semua bergantung pada kelulusan loan bank juga…..mcm exora….byk yang loan tak lepas….skrg rakyat 1 Malaysia byk berhutang….aku pun byk hutang juga hehheheh

  26. nudin berkata:

    xhutang susah la kiter yg keje biasa ni..normal la tu
    harap dgn prbesarkn kilang tu daihatsu toyota akn ada kete yg dibuat kt sini

  27. best1of4's blog berkata:

    Baru baru ini di show room kat tempat aku ramai yang mengatakan harga tak sesuai dengan kereta. Entahlah dari sudut mana yang mereka fikirkan. Jika dilihat dari tempahan 11k ni rasanya mampu menutup mulut nakal mereka tu. Apa pun tahniah, jangan lepas enam bulan banyak tersadai kat use car sudahlah.

  28. Adam berkata:

    jumlah 11k hanya demam musim keta baru dan nak masuk musim perayaan… biasa la tu…bila ada model baru.. biasanya demamnya dlm masa dua minggu… pastu sejuk balik… cuba tgk nanti lepas musim perayaan ni.. samada ia akan sejuk balik atau tak..
    sama gak cam exora… bila nak masuk raya dulu.. permintaan meningkat tapi lepas tu mendatar balik.. apa2 pon exora dah 17k dijalan .. kalau ikut kapasiti pengeluaran exora 2800unit sebelum

  29. azhar70 berkata:

    Bg aku menang kalah bukan persoalan sbb alza n exora dlm segmen yg berbeza. Persoalannya adakah berbaloi harga yg ditawarkan dgn spec produk? Adakah value for money atau tidak? Bg aku cabaran yg dihadapi oleh alza lebih hebat drp yg dihadapi oleh exora kerana ia terpaksa bersaing dgn mpv2 lain yg mempunyai saiz yg hampir sama spt avanza, g.livina yg juga nampak popular. Bg aku yg pilih exora hanyalah yg betul2 memerlukan ruang yg luas dan selesa sbg 7 seater dan bukan 5+2 seater. Apa2pun, pilihan ditangan pembeli… Lgpun sekarang ni pun aku dah mula jumpa bdn2 kerajaan mula menggunakan exora sbg kenderaan rasmi. Mungkin akan dtg kerajaan pun akan guna alza sbg kenderaan rasmi jugak, sapa tau?

  30. fauzan berkata:

    yup… by 2011, dgr2 jabatan2 kerajaan akan menggunakan model2 teknologi hybrid proton bagi menyokong teknologi jimat minyak n mesra alam. So, model proton mana yg korang jangkakan?🙂

    hehe.. alza n avanza bersaing dri segi model jer… tapi kat jepun diorang akan kata ‘ kiter adik beradik maaa…’🙂

    cheers!

  31. azhar70 berkata:

    Teknologi hibrid skrg proton tgh test kat exora di UK. Aku ada baca kat PT yg kete2 ni akan dibwk balik ke m’sia utk diuji di m’sia lak samada ujung bulan ni atau awal thn dpn. Hrp2 berjaya demi alam sekitar yg lebih bersih….

  32. roslan berkata:

    salam.
    kalau dibandingkan dashboard Alza dan Exora, aku puji Alza, kemas dan menarik.

    Bagi yang pentingkan ruang, Exora the best!

    Dari segi bentuk luaran, aku puji Alza.

    Secara peribadi, aku lebih yakin tahap keselamatan badan Exora berbanding Alza, sebab aku tengok video Exora tunggang terbalik, berbanding Alza yang cuma langgar berdepan.

    kalau banding nilai wang dengan kereta, aku pilih Exora.

    Baru baru nih aku bawak anak bini aku tengok Alza… bini aku kata sempit, anak aku “Pegawai SIRIM” yang berumur 6 tahun turun naik ke belakang, “susah la nak masuk..” katanya..

    Salesman kat Perodua tu cakap enjin Alza sama ngan Avanza.. bila aku tanya mana lebih berat, Alza ke Avanza… dia kalut…

    Pas tuh, aku ke showroom Proton selang 3 pintu…
    Tengok B Line… ok gak… basic jek… tapi masih ada air bag dan power window siap ngan radio lagi… Harga boleh saing Alza.

    Anak aku… “Pegawai SIRIM” tuh turun naik, macam tempat permainan kanak kanak lak aku tengok…
    kejap turunkan seat, kejap ratakan seat, kejap berbaring… macam macam lagaknya…

    sambil tuh aku borak ngan salesman.

    Knowledge dia pasal produk cukup baik dan aku tabik ngan dia.

    Bila tanya bila enjin Turbo nak keluar, dengan baiknya dia beritahu dia tak berani cakap selagi belum keluar…

    Bila tanya berbandingan ngan Alza, dia terangkan dengan sopan tanpa memperlekehkan saingannya.

  33. kamalismail berkata:

    http://peroduacheapcar.blogspot.com/

    100% loan untuk alza… Percuma Tinted dan discount RM300.00

  34. azhar70 berkata:

    Aku lebih suka saleman yg cerita psl kelebihan produk sendiri dari duk mengata produk org lain…. hmmm….

  35. deen berkata:

    cerita pasal kelebihan produk sendiri tak mengata produk lain lpas tu sembunyikan gps exora. Nak tunggu customer bising bru gelabah bgi blik. Salesman mana la tuh..is..is.

  36. pendekarmustar berkata:

    mr web prodas boleh tau. SEJAK EXORA DILANCARKAN DAH BERAPA UNIT ATAS JALAN ATAU TEMPAHAN DIREKODKAN ?

  37. farghmee berkata:

    pendekarmustar,
    rasanye kt web motortrader.com.my ada rekod lps2 utk jualan kereta ikut bulan.

    err..nape nk tanya prodas?

  38. fauzan berkata:

    hehe… mgkin pendekarmustar ingat prodas chef bahgian sale proton kot😉 ..gurau jer.
    kalau tak salah saya, mengikut statmnt DSZ baru2 nie dia kata dah lebih 22,000 unit exora telah didaftarkan. Cam fargmee ckp, nak lebih tepat tgk ar kat web motortrader.🙂

    cheers!

  39. Adam berkata:

    dgr cite… target jualan ALZA yg disasarkan oleh perodua tak seperti yg diharapkan
    (below expectation)… yg pelik tu kat sini.. new kia forte tu lagi byk dilihat otr berbanding ALZA..

  40. azhar70 berkata:

    Mr deen, tuduhan tanpa bukti merupakan suatu fitnah. Jgn sekadar dgr ckp org saja, boleh percaya ke org tu? Dah terdesak sgt ke p2 sampai tahap nak memfitnah? hmmm….

  41. fauzan berkata:

    ? Jualan alza below expectation? Biar betul? … mgkin orang dah mula sedar kot, kalau nak beli MPV…biar yg betul2 bersaiz MPV. Kalau nak beli kereta, biar yg betul2 kereta… pendapat jer.
    sekejap kata kereta sekejap kata MPV, pada hal diorang nak capture pasaran kereta (wira, persona…) n MPV (exora, Avanza, G livina…) – 2 in 1 mcm iklan shampoo tu… itu kot strategi perodua… All the best ar perodua.

    Apa2 pun the choice is ur’s🙂

    cheers!

  42. azhar70 berkata:

    Kalau betul la apa yg sedara fauzan bgtau, kena ingat balik pepatah melayu,”org tamak selalu rugi”… all the best gak utk produa…

  43. farghmee berkata:

    mgkn potential owner alza tunggu & lihat komen earlier batches of alza.
    outside wind intrusion, aircond cooling capacity, seat lever toughness etc..

  44. stroller berkata:

    eh.. betul ker saudara Adam?? jualan alza below xpectation tu?? atau it juz a rumors… 1 perkara yg harus di renungkan oleh pihak p2 kalau perkara itu benar.. sebab setau saya.. p2 ni ramai supporter… especially T & D wannabe.. hhmmm…

  45. azhar70 berkata:

    Kalau nak pakai toyota, beli toyota. Kalau nak daihatsu, beli daihatsu. Tak kan nak pakai suzuki, beli chana lak or nak pakai mitsubishi beli cherry??? apa2pun, org tak tgk injin. Bila org tanya, tak kan kita nak jawab “saya pakai kete chana tp injin suzuki wooo…..”.Lawak tu…. Kena ingat, bila beli kete, sume bende yg ada kat kete tu penting, bukan injin aje. Pintu, seat, transmission,audio system, suspension, handling system, safety etc. Sbb tu bila org nak beli kete, org gi test drive, bukan setakat start injin kat dlm kedai aje. Kalau injin power pun, tp bende2 lain hampeh, mungkin org tak nak beli gak. Hmmm…..

  46. haidi berkata:

    Betul tu azhar70. Kalau harap lotus engineering je, tapi enjin hampagas tahap cipan, kualiti sama macam kereta mainan, banyak gap tak guna jugak.
    Macam gen2 side view mirror kalau boleh upgrade sikit la, blindspot memang kaw2 tak nampak..A Pillar kat belakang pun tak nampak clear, tau-tau nak masuk simpang kena hantam…
    Kakak aku punya exora, HL Auto nih.. Gate kat gearbox dah patah, anak dia tertekan.. Kualiti apa kebendanya?
    Apapun tahniah exora, abang ipar aku berjaya jugak naik cameron (tapi aircond kena tutup), kalau tak isk.. isk.. sedih mau cakap.. Wira 1.5 auto yang lembab tu pun kuat lagi..

  47. azhar70 berkata:

    haidi, aku ingat hang punya abang ipar tak pro lg bwk kete auto kot sbb aku pernah tgk ada yg dah naik genting lg… kete best pun tp kalu drebar lesen P, susah sket nak komen…;-)

  48. azhar70 berkata:

    agak2 dah brp agaknya tempahan alza ni, ada 25k tak?

  49. sam berkata:

    Aku setuju dgn azhar 70.

    Kau biar betul haidi, aku baru balik dari cameron, aku pegi dgn exora auto bawa sendiri bukan dengar cakap org, tak ada masalah pun pasang aircond naik bukit. Aku tau sebab abg ipar kau 2 tutup aircond, sbbnya sejuk atas bukit tu, tu lah dia tutup. kalau tidak mengigillah kesejukan.
    Tak kan naik bukit tinggi macam tu pun guna auto, masuklah 3 atau 2. Apa gunanya ada gear 3, 2 dan L tu. masa aku gi tu jem gile, cuti pjg katakan. Kat cameron tu hampir 20 buah exora aku jumpa, ada yg bawa full load pun tak ada masalah. kau nie hanya dgr cakap org je atau abang ipar tak pro lg bwk kete auto naik bukit. Aku pegi cameron pun sebab, ramai sangat orang kata, exora tak larak naik bukit. Sebab tu lah aku pergi sendiri. Tak ada masalah bagi aku drive exora pegi cameron. Sebab ini bukan pertama kali bawa kete. Kalau nak kete kuat belilah kereta kebal, mesti tak patah punya.

  50. haidi berkata:

    Mungkin abang ipar aku punya exora tu pakai enjin kancil kot..

  51. azhar70 berkata:

    haidi, ko ni salesman p2 ke?

  52. haidi berkata:

    Perodua? Sori, kalau perodua alza baik aku pakai base line exora

  53. azhar70 berkata:

    Haidi, tak takut takleh naik cameron ke? hehehe….

  54. DEEN berkata:

    Kakak aku punya exora, HL Auto nih.. Gate kat gearbox dah patah, anak dia tertekan.. Kualiti apa kebendanya? Kalau nak kete kuat belilah kereta kebal, mesti tak patah punya ????

  55. mat berkata:

    ape kebenda g tekan gate kate gearbox tuh? gated yg patahke gear punya tuil tang patah? musykil2. pelik gak macammana anak dia bleh tekan, kan gated tuh atas bercantum dengan dashboard kecuali anak dia panjat dari seat driver g seat passengger terpijak, mamanglah patah, org buat geted tuh bukan untuk pijak@tekan. saya baru2 ni g bukit tinggi n genting dalam masa satu hari, lepas naik atas dekat japanese punya garden kat bukit tinggi, terus g genting, parking kat hotel first world. pakai waja campro cabuk je, tapi bleh je layan altis, vios, city n mcm2 lagi masa naik, xda masalah. byk gak jumpe exora kat bukit tinggi n genting. tapi xtaula bukak@tutup aircond, tapi tingkap sume tutuplah masa follow. Avanza n exora, berjoin2 naik genting, xda plak nampak exora kena tinggal dengan avanza, siap beriringan lagi. avanza tuh 1.5, cume aku je tinggalkan diaorang, maklumlah, sedan, bwk 3 org je n luggage.
    tapi byklah kete alu tengok bukak tingkap, tapi aku pasang je aircond sebab dah tengah ari. kalu waja cabuk campro aku yg berat sama hampir sama degan grand livina, 110hp 148nm auto mampu naik genting tanpa masalah, xkan exora dengan 125hp n 150 nm xmampu. kete aku siap ada torque dip kat 3000-4000 rpm, tapi kena tau main gear, jangan bagi rpm bwh dari torque dip tue. Cps xda torque dip.

  56. azhar70 berkata:

    Itu la pasal, byk kenyataan2 yg ditimbulkan kat sini sebenarnya bukan kenyataan tp hayalan semata2 untuk memburukkan org lain. Tak paham btol dgn sikap org2 mcm ni. Negara dah makin maju tp pemikiran masih ditahap 3rd class. Betullah apa yg pernah dibangkitkan sebelum ni berkenaan perkara ni.
    Aku masih lg tek dapat feedback apa yg dimaksudkan dgn “gate kat gearbox”. Diorg tau tak gearbox ni duk kat mana atau saja suka2 nak tulis. Nasib baik dia tak tulis gate kat engsel pintu….hmmm….

  57. azhar70 berkata:

    Itu la pasal, byk kenyataan2 yg ditimbulkan kat sini sebenarnya bukan kenyataan tp hayalan semata2 untuk memburukkan org lain. Tak paham btol dgn sikap org2 mcm ni. Negara dah makin maju tp pemikiran masih ditahap 3rd class. Betullah apa yg pernah dibangkitkan sebelum ni berkenaan perkara ni.
    Aku masih lg tak dapat feedback apa yg dimaksudkan dgn “gate kat gearbox”. Diorg tau tak gearbox ni duk kat mana atau saja suka2 nak tulis. Nasib baik dia tak tulis gate kat engsel pintu….hmmm….

  58. DEEN berkata:

    tulah pasal ‘ haidi ‘ apasal suruh anak buah ko drive exora…kan dah patah2…ish..ish…

  59. Adam berkata:

    tu je ke komennya DEEN?? ingat ada gambar ke gate yg patah tu..heheh

  60. DEEN berkata:

    nak masuk tang cemmana…email kasi kat en prodas alif x ada masa bz…oppss terlupa plak ,klu email yg berkaitan exora mesti boleh…tapi klu vs dia “alza/passo yg best2 kena tapis daa…”

  61. fauzan berkata:

    jgn ar buruk sangka deen, ish ish isshh…

  62. zack_keyme988 berkata:

    bukan nk kata la…mentaliti org kita ni mash di takuk lama…
    cara penjagaan keta pon masih low lagi…

    kalu benda tu patah ke pecah ke disalahkan pembuat bende tu…

    cam contoh..door handle gen.2@persona….ade care nak buka tu..bukan main rentap @ tarik kuat2…org kita ni kalu nak naik rentap kuat2 pastu bila patah kata la !@#$%^%$#$..mcm2

    kalu gear stik patah..anak tertekan katakan..tengokla anak die tu besar mane..kalu tertekan mestila patah..tambh pulak kedudukan gear tu kan menyondog kebawah..kalu tekanan berlebihan mestilah patah…

    kes aircond vent..kalu patah tu bukan ap..kalu nk adjust tu kasaaaaaaaqqq(org kedah kata)..praakk..prruukk..bunyi aircond vent kalu nk adjust…x leh ke wat slow2..kalu kasaaq cam tu bagi aircond vent kete ap2 pon patah..lingkup…

    org yg mendesign bnde tu pon dh pk pro cons dia…every ittem have limit….
    dieorg bknny bodoh dlm menilai sesuatu…

    pkpk

  63. azhar70 berkata:

    Agreed with zack. Kete kita ni ibaratkan mcm bini no 2. So, kena la berlemah lembut sket. aku rasa kalau kete apa2pun, kalau pakai mcm kete sewa, mesti jahanam punya. Kita bersusah payah bekerja utk dpt duit dan beli kete, pastu tak jaga dengan cermat. Kalau nak pakai lasak, kena beli kete kebal la nampak gayanya.
    Apa2pun, kita patut salahkan diri kita bila kete kita jahanam, bukan org lain pakai, kita yg pakai. Jgn sampai minyak habis tgh jalan pun nak salahkan org lain gak, sampai bila pun tak kan maju. Kalau rasa kete local tak bagus, jgn beli. Belilah kete import aje mcm merc ke, bmw ke, lexus ke, toyota ke, honda ke, nissan ke, mini ke, volvo ke, kia ke, hyundai ke, ferrari ke, aston martin ke, pug ke, skoda ke, seat ke, chana ke, mitsubishi ke, daihatsu ke, renault ke, lotus ke, smart ke, acura ke, hummer ke, ford ke, chery ke, mazda ke, suzuki ke, tata ke, mahindra ke, citreon ke, chevy ke, opel ke,…. ada lg yg aku tak tulis lg kat sini? Kat byk pilihan yg ada tu, tp……….sedarlah diri tu sket….hmmm…

  64. azhar70 berkata:

    Pembetulan: ayat terakhir sepatutnya berbubyi “Kan byk pilihan yg ada tu, tp……….sedarlah diri tu sket….hmmm…”. Kasilapan amat dikesali, tq…hmmmm……

  65. azhar70 berkata:

    Sedikit tambahan:….fiat ke, vw ke, alfa romeo ke, maybach ke, subaru ke, lamborghini ke, audi ke, bentley ke, geely ke, isuzu ke, jaguar ke, land rover ke, lancia ke, ssang yong ke, maserati ke,…… byk ada pilihan tu sampai letih dah aku nak pikir. Mungkin ada yg kata aku tgh merapu tp kalau tgk list yg aku bg tu, mmg byk pilihan yg ada kalau tak nak pakai kete local. Sedih gak tgk org yg salahkan org lain atas kesalahan sendiri. Byk2lah buat muhasabah diri….hmmm…….

  66. azrai berkata:

    Semalam (29/12/09) tempahan dah 15k unit. Banyak tak semestinya bagus.

  67. stroller berkata:

    tempahan… belum lagi OTR… setakat ni saya baru jumpa sekali dua sahaja alza OTR…

  68. pendekar mustar berkata:

    betul tu…ramai org beli alza, tak semestinya keta tu bagus pun..kurang org beli exora tak semestinya tak bagus..
    eh…betul ke statment ni?? klu tak bagus product alza, tapi sebab apa org ramai2 nak beli.dah 15,000unit ..eh…pening lah…%#@?X&**

  69. Adam berkata:

    sebab dia murah.. sama la cam org compare kenapa AVANZA lagi byk dijual berbanding INNOVA

    tak gitu

  70. azhar70 berkata:

    tak payah pening2. Sbb tu jugak kita payah nak jumpa Mazda6, tak bagus ke kete ni? Tp sbb apa dapat anugerah car of the year pulak utk tahun lepas kalau tak silap saya la…hmmm…..

  71. Adam berkata:

    contoh paling baik adalah City vs vios.. kalau ikut jumlah sales.. Vios jauh lebih byk dan mudah dijumpa otr berbanding city… tapi yg dapat award, best small sedan car of the year by NST ialah city…

  72. mat berkata:

    mana mr deen nih, semalam, dalam bh auto(berita harian), alza manual, balik kampung ride, 42 liter untuk 400km@10.5 liter/100km. exora manual pun bleh dapat figure yg sama.
    mana mr. deen yg cakap alza manual jimat sangat. nah, ambik ni, fakta yg telah di pandu uji. ini minyak manual, blum lagi auto. beranganlah amik alza bleh jimat minyak. sama je mcm auto waja campro aku dalam bandar, 50 liter untuk 500km, kalu jalan jauh, 600km. ni auto, waja camTAKpro, kalu iafm&cps, lagi bagus.
    so,camne mr deen, betul ke investment anda pada alza sebab jimat fc. sama je mcm manual exora, auto exora pun bleh dapat figure yg sama. ni fakta, bukan auta.

  73. prodas berkata:

    so maknye EXORA lagi berbaloi untuk dibeli..huhu tol tak???

  74. vilux berkata:

    aku suke korang, bagi perhangat pekerja proton n perodua, baru lar dia orang buat keje betul2..perhangat lagi, bagi dia orang lebih terbakar, lambat laun malaysia akan kuarkan jugak kreta yang hebat, hasil dari kutukan korang….yeah..

  75. prodas berkata:

    hahah betol 2!!!!!

  76. SHAM berkata:

    Kalau akulah tanpa ragu ragu aku lebih suka Exora Mpv mesti luas supaya lebih selesa.Tapi terpulanglah pada individu mana yang dia suka.

  77. herman berkata:

    exora n alza ada kelebihan. tgk exora tgk alza buat keputusan. kita sahaja yang tau kegunaan keta yang dibeli n apa ciri2 keta yang kita inginkan. mcm saya pilih alza. dah nak dapat dah ni..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s