EXORA ke Thailand…..

Posted: 2 Disember 2009 in AUTO News, automotif, PROTON, proton Exora

Proton Sasar Eksport 50 Peratus Pengeluaran

Oleh D. Arul Rajoo

proton exora thailand

proton exora thailand

BANGKOK, 1 Dis (Bernama) — Proton Holdings Bhd akan mengeksport kereta terlarisnya, Exora, ke Australia dan Timur Tengah pada tahun depan dan melancarkan model pertamanya di India pada 2011 serta menyasarkan untuk mengeksport 50 peratus daripada keluaran keselurahannya di dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton telah mengeksport kira-kira 24 peratus atau 26,000 kereta di dalam tahun kewangan 2009/2010 dan berharap menjual lebih 40,000 pada tahun depan.

“Ekonomi sedang pulih dan tanda-tanda menunjukkan kami akan mencapai agihan eksport 50 peratus dan 50 peratus bagi pasaran domestik di dalam tempoh tiga tahun,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas melancarkan Exora di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand di sini Selasa.

Pada tahun kewangan 2008-2009, pengeluar kereta nasional itu telah menjual 108,405 kereta Proton di dalam negara dan hanya mengeksport 18,426 unit.

Katanya Exora, model sulung kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton, telah menerima 25,000 tempahan sejak pelancarannya di Malaysia pada April lepas dan 1,500 di Indonesia manakala jualan keseluruhan di Thailand dijangka sekitar 150 unit sebulan.

Ketika ditanya sama ada beliau berkeyakinan kejayaan Exora di Thailand kerana pasaran MPVnya hanya sekitar dua peratus, Syed Zainal berkata keadaan yang sama wujud di Malaysia empat tahun lepas tetapi trend itu telah berubah dan lebih ramai orang berpindah ke segmen itu untuk mendapatkan nilai bagi wang dan mengikut perubahan hidup.

Sejak memasuki pasaran di sini yang kompetitif dan yang didominasi pengeluar Jepun, Proton dan pengedar Thainya, Phranakorn Auto Sales, telah menjual lebih 7,000 kereta, dengan model utamanya ialah Savvy.

Pada tahun depan, Syed Zainal berkata Proton merancang melancarkan Exora di Australia, Mesir, Syria, Oman, Qatar dan Arab Saudi selepas mengeksportnya ke Indonesia, Brunei dan Singapura sebelum itu.

“Untuk menampung permintaan yang tinggi, kami merancang untuk melakukan pengeluaran dua syif bagi menggandakan pengeluaran dari 2,800 unit sebulan,” katanya.

Mengenai India, yang disifatkannya sebagai pasaran strategik dan penting, Syed Zainal berkata Proton dijangka mengumumkan rakan kongsi tempatannya pada awal tahun depan dan kereta pertamanya akan dilancarkan dalam tempoh setahun.

Untuk kekal kompetitif, Syed Zainal berkata Proton akan menambah baik modelnya dengan kereta baharu di dalam tempoh yang singkat kerana kitaran hayat model semasa pengeluar utama ialah empat tahun, yang tidak seperti 10 hingga 12 tahun sebelum ini.

“Satu model bagi 10 tahun tidak boleh diterima lagi. Kami sedang mengusahakan model seperti Perdana dan Waja … usaha sedang dilakukan dan kami berharap memuktamadkannya tidak lama lagi,” katanya.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. maulanramadhan berkata:

    Cuma sharing ya.

    Jumat, 17/11/2009 11:27 WIB
    Exora Sulit Diterima di Indonesia?
    Muhamad Ikhsan – detikOto

    Jakarta – Kehadiran Proton Exora pada ajang Indonesia International Motor Show (IIMS) 2009 pada Juli 2009 mendatang menandakan keseriusan PT Proton Edar Indonesia (PEI) untuk memasarkan Proton Exora di pasar otomotif tanah air.

    Namun, apakah Exora akan mudah diterima di hati masyarakat Indonesia?

    “Kehadiran Proton Exora setidaknya akan sulit diterima di hati masyarakat Indonesia,” kata pengamat otomotif Suhari Sargo ketika berbincang lewat telepon dengan detikOto, Kamis malam (16/11/09).

    Lho alasannya apa Pak? “Proton harus bekerja keras untuk menyukseskan kehadiran Exora di tanah air,” tambahnya.

    Dalam hal ini Suhari mengisyarakatkan, agar Proton bekerja sama dengan produsen mobil lain dalam hal teknologi dan komponen, sehingga Exora akan dapat diterima di masyarakat.

    “Proton seharusnya tidak bekerja sendiri dalam hal teknologi, eksterior dan interior serta fitur-fitur Exora lainnya. Paling tidak, Proton harus bekerjasama dengan produsen mobil lainnya untuk mengembangkan eksterior, interior dan teknologi lainnya yang menyangkut Proton Exora,” ujarnya.

    Tidak itu saja, Suhari juga menegaskan jika ini tidak dilakukan oleh Proton, maka nasib Exora akan seperti Proton Saga yang hadir di Indonesia beberapa tahun lalu.

    “Jika tidak dilakukan, maka Exora akan sama nasibnya seperti Proton Saga
    terdahulu yang tidak berkembang di pasar tanah air,” tegasnya.

    Sementara itu sebelumnya, Division Head National Sales Proton Edar Indonesia (PEI), Fransisco Sirait, ketika dihubungi detikOto, mengatakan pihaknya akan melakukan penyesuaian spesifikasi Exora.

    “Untuk beberapa tipe, kami akan melakukan penyesuaian spesifikasi. Namun akan ada pula tipe yang sama persis dengan Exora yang beredar di Malaysia,” ungkapnya.

    Hal tersebut menurut Fransisco dilakukan untuk menarik minat pembeli sekaligus mendobrak pasar MPV middle yang saat ini dikuasai oleh Innova dan Nissan Grand Livina.

    “Di mobil ini kami mau menawarkan fitur yang lebih baik dari semua kompetitor yang sekarang ada namun dengan harga yang lebih menarik,” tukasnya.

    Jadi lanjut Fransisco, Exora nantinya akan menawarkan spesifikasi dan fitur yang lebih tinggi dari para pesaingnya tapi dengan suguhan harga yang lebih rendah dan bukan tidak mungkin pasar Innova dan Livina akan semakin tergerus.

    Karena itulah Fransisco yakin mobil yang akan mengusung mesin Campro CPS 1.6 liter seperti Gen 2 Persona, Neo ataupun Waja ini nantinya akan dapat diterima dengan baik oleh pasar indonesia.

    “Kami memiliki spek yang lebih baik dan harga yang menarik karena itulah kami yakin Exora dapat diterima dengan baik,” ujarnya.

  2. maulanramadhan berkata:

    Jumat, 17/11/2009 12:55 WIB
    Jangankan Innova, Avanza Saja Bukan Lawan Exora
    Bagja Pratama – detikOto

    Jakarta – Jajaran Toyota Astra Motor seiya sekata mengenai semakin meriahnya pasar MPV dengan bakal hadirnya Proton Exora, yang di Malaysia sana, sudah lebih dulu diluncurkan Rabu malam lalu.

    Setelah Direktur Pemasaran PT Toyota-Astra Motor Joko Trisanyoto, yang
    menyatakan kehadiran Exora sebagai tantangan, Marketing Communication Manager PT Toyota-Astra Motor, Achmad Rizal pun tak mau kalah komentar,

    “Jangankan Innova, dengan Avanza saja, Exora bukan lawannya,” ujar Rizal ketika berbincang dengan detikOto disela acara One Day Groovy With New Yaris, Kamis,(16/11/2009).

    Menurut Rizal, melihat dari harga jual Exora di Malaysia yang berkisar antara 62.998 ringgit (Rp 180,740 juta) untuk Exora M-Line 1,6 Automatic hingga 70.998 ringgit (Rp 198,976 juta) untuk Exora Hi-Line 1,6 Automatic.

    Dibandingkan dengan Avanza dengan harga Rp 132-168 juta, sedangkan Innova paling murah Rp 198 juta, maka Exora tidak akan bisa bersaing, karena Rizal menilai konsumen jauh lebih percaya pada brand Toyota.

    “Dari segi harga saja, mereka sudah kalah, memangnya mau bersaing dengan harga yang sama, namun kualitas brand jauh berbeda?” tukas Rizal mantap.

    Karenanya, sebagai market leader MPV di Indonesia, Toyota justru senang dengan hadirnya Exora karena kehadiran produk ini dapat menambah pilihan bagi konsumen.

    “Kita lihat saja, tersentuh tidak Avanza,” ujar Rizal.

  3. g-mie berkata:

    pergh~!! pedas, panas..!! hurmm, tapi Proton ada banyak lagi strategi lain.. tahun depan banyak lagi negara akan menerima kehadiran exora..

    http://auto-akasia.blogspot.com/2009/12/proton-sasar-eksport-50-peratus.html

  4. farghmee berkata:

    ape2 pn tu estimation jer.
    kalu2 rasa avanza tu bagus, beli je.
    kalu2 rasa innova tu bagus, beli je.

  5. fauzan berkata:

    hehe…psyco ye. Tak pe, proton teruskan menerobos pasaran indonesia walau apa jua rintangannya. Logik ar. Indonesia market baru bagi proton. Jgn ar espect jualannya akan menandingi keluaran toyot/daihatsu/Nissan yang bertapak lama kat indonesia. Statement2 cam tu sebenarnya cuba utk melekeh2 kn kemampuan proton jer. Lagi pun memang dah menjadi stigma mentaliti rakyat indonesia yg begitu taksub dgn brand dari jepun tu. Lagi pun MPV avanza yg paling murah kat sana. Tentu ar avanza popular di sana. Agaknya kalau alza masuk pasaran indonesia pun bleh jadi top sells. ;0

    teruskn jer…😉

    cheers!

  6. aliff berkata:

    Kenapa harga innova sama dengan exora? Kalau di Malaysia harga macam tu agak2 macam mana ye?

  7. farghmee berkata:

    @Aliff..

    chill je bro prodas ada innova & exora.
    so cmne, aliff?😛

  8. g-mie berkata:

    offtopic…

    bro prodas.. bro boleh ambil (copy) hasil photoshopped saya di blog saya.. saya baru update tadi.. rendering utk bhgian depan persona facelift..

  9. campromania berkata:

    proton mesti peka terhadap pandangan2 yg telah dikemukakan tu kalau nak bersaing dengan lebih hebat di Indonesia..good luck proton!!

  10. campromania berkata:

    exora dah ke indonesia & thailand..alza bila lagi? hehehe…

  11. prodas berkata:

    haha alza???? mane de!!!!! dia setakat jaguh kampung..aje……!!!! hahahah perodua belum berani keluar kandang..hehehe opppss.sorry….jgn marah..hahah

    selagi perodua belum buat kereta sendiri…selai itu dia tak akan keluar negara…betol tak????

  12. fauzan berkata:

    alza kalau nak keluar negara. Diorang kena tanya bos dia kat jepun tu (toyot/daihatsu).🙂 Supaya pasaran passo settee tak bertembung n tak terjejas. Kalau tengok trend strategi orang jepun nie, sumer produk dia di bawah produa pasarannya lebih utk Asean (tapi bukan indonesia…lubuk emas brand jepun) n paling jauh ke UK (myvi n kelisa). Tapi disebabkan faktor fizikal alza yg tak sesuai utk pasaran europe, alternatif pasaran luar adalah ke negara2 membangun lain atau negara dunia ketiga seperti india n negara2 Asia selatan yg lain yg blum lagi diterokai.🙂

    my 2 cents.

    cheers!

  13. nazri berkata:

    lebih tepat lagi negara yang penduduknya bersaiz sederhana la bro.. org eropah umo 13 tahun dah besar.. mana blh jd 5+2 tu..

  14. prodas berkata:

    bro g-mie..tq..nani saya ambl n update kt blog ni…. tq…buat mase ni…komputer bermaalah sikit lambat semacam..huhuhuhu

  15. nudin berkata:

    toyota dh lama kt market indonesia so biasa la..dulu mgkn saingan krg..diorg bleh cater smua utk segmen ni..so skrg proton dh ade kt sana dgn model paling bru..kt mane2 pun toyota mmg gah kalu dbndingkn dgn proton..tp kate proton edar kt sana myakn kn utk proton brsaing

    just my 2sen

  16. kiske berkata:

    Proton perlu perbanyakkan branch & SC di Thail & Indon. After Sales Service penting untuk meningkatkan lagi jualan proton di negara luar. Apapun tahniah proton…

  17. fauzan berkata:

    moga proton ada perkhabaran gembira di thailand;) Sawadikappp…

    cheers!

  18. zenvo berkata:

    hmmm…gud news…temphn exora dh mngkat shttp://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.motorexpo.co.th%2F2009%2Fbestsell.php&h=bnyk 1388 slama 12 sejak expo brlgsung di tahiland..

  19. fauzan berkata:

    tahniah… diorang target dalam 900 jer, nie sampai 1,300 lebih…

  20. pakli berkata:

    Tahniah.. Harap proton terus sukses..

  21. MyDear berkata:

    Berminat nak tgk snapshot PROTON PERSONA CNG je kalau ada

  22. ex_top berkata:

    syabas proton.. teruskan usaha mu..

  23. prodas berkata:

    teruskan usaha mu PROTON!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s