Proton Sedia Bersaing Dengan Pembuat MPV Lain

Posted: 20 November 2009 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua ALZA, PROTON, proton Exora

 

Proton Sedia Bersaing Dengan Pembuat MPV Lain

 

perodua ALZA

saingan terbaru Exora>>>produa ALZA

SHAH ALAM, 19 Nov (Bernama) — Proton Holdings Bhd sudah bersedia untuk bersaing dan yakin boleh mendapatkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada agihan pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata syarikat itu sentiasa mengalu-alukan sebarang persaingan dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produknya sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MPV baru Perodua yang dijadual dilancarkan Isnin ini akan menjejaskan permintaan bagi MPV tujuh tempat duduk Proton, Exora.

proton Exora B-line

Proton Exora B-line

“Umumnya memang ada berlaku sedikit kelembapan tempahan, tetap saya rasa itu biasa,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran majlis penghargaan “Proton 4 You” di sini Khamis.

Syed Zainal berkata: “Bila produk baru keluar, orang menanti-nanti dan ini akan melembapkan tempahan, tetapi saya percaya ini akan stabil semula.

“Persaingan tidak akan mengganggu kami. Kami akan terus bersaing, jalankan kegiatan pemasaran kami dan terus menambah baik jualan, produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Proton menyasarkan jualan 150,950 kenderaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010, dan merancang untuk menjual kira-kira 36,000 unit atau sekurang-kurangnya 3,000 unit Exora sebulan dalam tahun kewangan semasa.

Model Exora yang dilancarkan pada 15 April itu menerima 26,000 tempahan setakat ini dan 17,000 unit telahpun didaftarkan dalam pasaran domestik.

Model MPV itu membuat penampilan sulungnya di Indonesia dan Singapura. Ia akan dilancarkan di Bangkok menjelang 1 Dis.

Bagi memenuhi permintaan pasaran, Proton akan memperkenal model Exora Basic berharga RM57,548 Sabtu ini.

“Kami mendapat sambutan di Thailand. Malah, kami mengundang 15 wartaean permotoran dari sana untuk memandu uji Exora dan mereka sangat kagum dengan kereta itu,” katanya.

Syed Zainal Abidin berkata syarikat itu merancang untuk memperluas lagi pasaran eksportnya ke Timur Tengah, China, India dan rantau Asean tahun depan.

Pada masa ini eksport menyumbang 20 hingga 25 peratus keseluruhan jumlah jualan.

Agihan pasaran Proton dari segi jumlah keseluruhan industri telah meningkat sebanyak tiga peratus kepada 29 peratus daripada 26 peratus tahun lepas.

Majlis penghargaan “Proton 4 You” akan diadakan pada hujung minggu di semua cawangan Proton Edar dan EON di seluruh negara bagi menghargai rakyat Malaysia kerana kepercayaan dan sokongan mereka kepada Proton.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. campromania berkata:

    jangan bimbang, Proton & Perodua masing2 ada pembeli & peminat tersendiri..yg penting hidupkan suasana persaingan dalam industri ni supaya kita semua mendapat produk yg terbaik dengan harga yg berpatutan..

  2. fauzan berkata:

    hehe… suka cara DSZ beri pandangan…berfikiran terbuka, yakin n positif dgn masa depan proton dan menyahut cabaran ini sebagai persaingan sihat, tanpa memburuk2 kn pengeluar lain🙂 Go go go proton… ada banyak misi yg perlu dicapai dan sentiasa percaya dgn diri sendiri! K…

    cheers!

  3. campromania berkata:

    kita tengok penerimaan orang siam lak pasal exora ni, orang indon dah terima exora ngan baik

  4. stroller berkata:

    yes.. u r rite bro Campro… p1 & p2 memang ada mkt nyer yg tersendiri… masing2 dlm kelas yg tesendiri… yg buat p1 macam bersaing dgn p2 hanya disebabkan oleh fanatik yg ada… the T & D fan against P1 fan… bagi saya… sapa yg nak keta kecik… beli je brand p2 coz byk pilihan banding dgn p1 yg hanya ada savvy.. sapa yg nak family car beli p1… tp malang p1 ada quality problem disebabkan vendor2 dorang… dan dalam proses pembaikan / pemutihan vendor. hmmm… memang pun p1 skarang nie kena bersaing dgn pengeluar yg lain coz kalau tak nak bersaing alamat p1 akan tenggelam dlm “dunia khayalannye” yg tersendiri… the choice is their’s…

  5. DEEN berkata:

    p2 pun ada sebenarnya sikit2 problem.cth mpv alza ni pun..time tranning nak bgi staff tgok handle holder yg nak lipat seat tgah dah patah2..sekali kualiti mcm nipis mcm kualiti gen2 first model.blum time launching lagi beratus org nak belek2 keta…harap perodua jgn sesekali berkompromi soal kualiti klu tak nanti dapat badi mcm proton sehingga kini..

  6. DEEN berkata:

    26HB KHAMIS NOV 2009, baru 2 HARI selepas pelancaran MPV PERTAMA PERODUA, tempahan ALZA telah mencatat 6RIBU unit lebih. Target dalam seminggu utk mencapai 10,000 unit akan dapat direalisasi..SYABAS PERODUA ! ! ! teruskan slogan ‘ KEHEBATAN YG PASTI ‘

  7. jeeb berkata:

    hidup toyota …………

  8. azhar70 berkata:

    Mr Deen, ada data yg rasmi tak atau main bubuh je?

  9. prodas berkata:

    perodua ade masaalah>????

  10. zaiperodua berkata:

    amik dari meeting bos2 central 1 (lembah klang) yg tiap2 bulan dtg meenting kat branch tmpt aku daa..

  11. Sohai berkata:

    P1 wimax is really sux lah, waste money only!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s