Exora Basic

Posted: 19 November 2009 in AUTO News, automotif, PROTON, proton Exora
Exora Basic Dijangka Sumbang 5 Peratus Kepada Kuantiti Jualan Exora

PROTON EXORA B-LINE

sumber gambar dari funtastikodesign..kredit to campro..

http://funtastickodesign.wordpress.com/

 

PETALING JAYA, 19 Nov (Bernama) — Model Exora Basic yang akan dilancarkan Sabtu ini dijangka menyumbang lima peratus kepada kuantiti jualan Exora pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Mac, 2010, kata Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir.

Varian baharu kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan tujuh tempat duduk itu akan dipamerkan di semua cawangan Proton Edar dan EON di seluruh negara pada 21 Nov ini.

Pelanggan boleh menempah model tersebut dengan bayaran RM500.

Model tersebut yang hanya disediakan bagi transmisi manual, tampil dengan tiga warna, perak, hitam dan putih padu.

Model warna putih padu akan dijual pada harga atas jalan RM57,548 di Semenanjung Malaysia dan RM60,148 di Malaysia Timur.

Bagi model perak dan hitam, kedua-duanya berharga RM57,998 di Semenanjung Malaysia dan RM60,598 di Malaysia Timur.

Exora, yang kali pertama dilancarkan pada 15 April, telah mula di pasarkan di Indonesia dan Singapura.

Proton dilaporkan merancang untuk melancarkan MPV itu di Thailand pada Disember.

Komen-komen
  1. NuLuRanau berkata:

    Ya Allah…ya Mughni..murahkan lah rezeki hamba Mu ini. Hamba Mu nak pakai MPV Exora..Amiiinnnnn… :))

  2. Ajid berkata:

    Aminnnn….moga2 dapatlah sebijik ye NuluRanau…fyi kawan pun dah beli Exora b-line nie dah dapat dah pun pada 29jan2010…dia punya enjin memang pawer, luas besar sejuk walaupun 3rd row aircond je..lagi ada penyangkut teh tarik dgn barang kat head rest kat kerusi sebelah pamandu..cara pemanduannye memang best smooth je walaupun gear dia ada sikit2 ketat maklumlah baru2 lagikan tapi memang berbaloi dgn harganye Exora memang the best bagi kawan…x sabar rasenye nak melaram kat kampung ujung minggu nie..he..he..he..

  3. prodas berkata:

    good job proton…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s