Proton Mahu Tingkatkan Jenama Lotus Ke Tahap Lebih Tinggi

Posted: 5 Oktober 2009 in AUTO News, automotif, LOTUS, PROTON

Daripada Mahanum Abdul Aziz

lotus-logo[1]

NORWICH (United Kingdom), 4 Okt (Bernama) — Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd berhasrat meningkatkan jenama Lotus dan mengembalikan kegemilangannya dengan memperkenalkan model kereta baru.

lotus APX

lotus APX

Pengarah urusan kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pada pelancaran Evora, kereta baru pertama Lotus sejak 1995 baru-baru ini, merupakan permulaan untuk membawa jenama itu ke tahap lebih tinggi.

“Kami percaya potensi Lotus ialah penjenamaan. Jika melihat seluruh dunia, pengiktirafan jenama amat kukuh tetapi kita tidak sampai pengiktirafan jenama itu,” kata beliau dalam temu bual dengan media Malaysia sempena lawatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke kilang Lotus di sini baru-baru ini.

lotus Evora

lotus Evora


Ketua pegawai eksekutif Group Lotus Dany Taner Bahar berkata potensi jenama Lotus adalah besar dan mempunyai kekuatan di mana jenama ikonik, yang mempunyai sejarah panjang dalam perlumbaan kereta serta reputasinya sebagai pengeluar kereta sport yang menarik dan inovatif merupakan kekuatannya.

“Lotus sebaris dengan Ferrari, Lamborghini dan Maserati pada tahun 1970an-1990an. Kemudian ia berdepan dengan masalah. Kami percaya sudah tiba masanya membawa kembali Lotus di tempat yang sepatutnya,” kata beliau.

Selain meningkatkan jenama Lotus ke tahap lebih tinggi dan berjaya, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan terus meneroka dan memanfaatkan kemajuan kejuruteraan dan teknologi Lotus untuk meningkatkan kemahiran tenaga manusia dan produk Proton.

Walaupun ia telah memiliki Lotus lebih 10 tahun, beliau mengakui Proton tidak memanfaatkan sepenuhnya anak syarikat itu.

“Hari ini, kami menilai semula interaksi antara kedua-dua syarikat. Terdapat jurang dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Jadi kami mahu menjadikan kerjasama ini lebih kukuh,” katanya.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    kalau lah dari dulu mereka sedar kan bagis… mesti proton akan menjadi kenderaan yg terkenal di dunia..hihihi

  2. prodas berkata:

    BAGUS bukan bagis,,..heheh silap taib..

  3. campromania berkata:

    proton sekarang berada di landasan yg tepat sekarang..tunggu je la kemunculan model2 & teknologi2 baru dari proton dari semasa ke semasa..

    bro prodas, ada lagi silap ejaan, taip, bukan taib..taib tu nama orang la bro..

  4. pulge berkata:

    Mungkin Proton boleh pasarkan Lotus APX kat USA. Kat Malaysia dan UK boleh pasarkan sebagai model Proton. Proton Savana mungkin?? ^^

  5. fauzan berkata:

    memang sukar mencari masa yg sesuai utk situasi yg sesuai. Bila proton dah ok, dah stabil, dah punyai barisan model2 yg berjaya, dah ada perancangan n strategi yg lebih baik baru la bleh fokus kpd melihat potensi lotus pula. Bukan sahaja proton kena berjaya, tapi lotus juga kena berjaya. Nah, ini lah masanya.🙂

    cheers!

  6. prodas berkata:

    hahah bro campro…hahaa sorry…. ni bahasa pasar!!! hahah biasa lah tulis ikut sedap mulut hehehe….

    proton MSX adalah SUV proton?????

  7. zaioden berkata:

    wa……ak sokog sangat4………..

  8. prodas berkata:

    aku merancang nak tukar kembara aku… tapi ak tgh tunggu proton keluarkan suv!!!

  9. ceo baru proton tgh sibuk nak develop roadmap proton so bila dah nampak kemajuan baru beliau lihat kembali keseluruhan kerjasan dan pelaburan proton. syabas datuk ceo!!! beliau memang berwawasan…

  10. prodas berkata:

    ye harap Proton terus maju!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s