Enjin Baru Proton bersama Lotus

Posted: 2 Oktober 2009 in AUTO News, automotif, enjin, LOTUS, PROTON

Enjin Baru Proton Siap Pada 2011

enjin proton terbaru
enjin proton terbaru

Tuanku Mizan Zainal Abidin diberi penerangan oleh Syed Zainal Abidin Syed
Mohamed Tahir berkenaan enjin terbaru berprestasi tinggi selepas berkenan
melancarkan enjin terbaru serta kereta Lotus Evora, Tesla dan Exige di
Norwich, semalam. – Bernama

Oleh Mahanum Abdul Aziz

NORWIRCH (United Kingdom), 2 Okt (Bernama) — Proton Holdings Bhd menjangka enjin menggunakan alat pemampat tekanan kilas tinggi baru, enjin Berprestasi Lebih Tinggi Proton, akan siap pada 2011. Pengarah bahagian kejuruteraan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Ir Tajul Zahari Abu Bakar berkata enjin berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Proton dan Lotus Engineering, dengan penglibatan aktif jurutera dan vendor Malaysia.

 

“Daripada pelbagai bahagian unit atau bahagian khas enjin, 50 peratus komponen secara asasnya dibekalkan dan dimajukan bersama-sama dengan pembekal Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada taklimat media mengenai enjin berkenaan di sini pada Khamis. “Ini merupakan aktiviti penting kerana objektif pembangunan enjin ini pada dasarnya untuk menambah baik enjin serta pemindahan teknologi untuk Proton serta pembekal Malaysia,” jelas beliau sambil menambah bahawa kira-kira 70 jurutera terlibat dalam pembangunan enjin.

Tajul Zahari berkata enjin baru itu mempunyai kapasiti 1,600 cc dan prestasinya bersamaan dengan enjin 2,000 cc. Engin berkenaan menjanjikan pemanduan hebat dengan ekonomi, prestasi dan pelepasan asap yang dipertingkatkan, katanya. Beliau berkata enjin berkenaan yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini telah diuji dalam semua keadaan cuaca dan ia sesuai untuk sebarang gred bahan api termasuk RON 95 dan RON 97.

Tajul Zahari berkata enjin itu juga akan digunakan untuk model kereta masa depan Proton serta untuk pasaran eksport. “Selain menghasilkan pelbagai paras pelepasan asap serta perundangan untuk pelbagai pasaran, enjin ini juga direka bentuk bagi memastikan ia mempunyai penyenggaraan rendah serta kemampuan perkhidmatan yang lebih baik. Ini penting untuk menjadikan kos pemilikan kepada pelanggan akan lebih rendah,” katanya.

Sumber dari BERNAMA




NORWICH, United Kingdom 2 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melancarkan Enjin Berprestasi Tinggi Proton (EBTP) yang dibangunkan di kilang syarikat pengeluar kereta sport dan lumba, Group Lotus Plc (Lotus) di Hethel di sini.

Projek pembangunan enjin yang mampu menghasilkan kuasa antara 30 hingga 40 peratus lebih tinggi daripada enjin Campro 1.6L bermula awal tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Pelancaran itu diadakan sempena lawatan baginda ke kilang berkenaan yang merupakan bekas pangkalan tentera udara Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua.

Turut berangkat melawat kilang yang terletak di bahagian timur negara ini di Wilayah Norfolk dengan jarak kira-kira 180 kilometer dari London ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Ketibaan baginda berdua kira-kira pukul 10.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) dengan menaiki helikopter yang mendarat di litar ujian kereta syarikat itu disambut oleh Pengerusi Lotus yang juga Pengerusi Proton Holdings Berhad, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru, Dany Taner Bahar; Wakil Ratu England, Leftenan Diraja Norfolk Richard Jewson dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Abdul Aziz Mohammed.

Dalam ucapan alu-aluan menyambut keberangkatan Seri Paduka ke kilang syarikat berkenaan, Mohd. Nadzmi berkata, lawatan itu akan dapat merangsang semangat kakitangan Lotus untuk berusaha lebih keras dalam memperluaskan keluaran syarikat itu di peringkat global dan menjayakan visi Proton untuk menjadi syarikat automotif utama Asia.

‘‘Lotus sudah membuktikan keupayaannya dalam mengeluarkan beberapa model ikonik seperti Elite, Elan, Europa, Esprit, Elise dan terbaru, Evora, maka keputusan Proton mengambil alih syarikat itu pada tahun 1996 adalah langkah tepat.

‘‘Syarikat ini telah memberikan sumbangan yang banyak kepada pembangunan teknologi dan keupayaan kejuruteraan Proton.

‘‘Dan untuk masa depan kedua-dua syarikat sedang bekerjasama membangunkan kenderaan hibrid dan elektrik serta menghasilkan enjin yang lebih efisien,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika lawatan selama kira-kira tiga jam berkenaan, Tuanku Mizan telah berpeluang mendengar taklimat mengenai pelbagai model klasik yang dihasilkan oleh Lotus yang disampaikan oleh Clive Chapman.

Beliau merupakan anak mendiang Colin Bruce Chapman yang telah mengasaskan syarikat berkenaan pada 1948.

Baginda juga telah melawat dan melihat sendiri proses pemasangan kereta yang dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tangan.

Seri Paduka kemudiannya turut meluangkan masa selama 30 minit untuk memandu uji Lotus Evora, model terbaru syarikat berkenaan yang memenangi pelbagai anugerah, selain model berprestasi tinggi, Exige dan model kenderaan elektrik, Tesla.


– Bernama / Utusan Malaysia –

Komen-komen
  1. kujik berkata:

    oooo..yg kt brite td tu kan…kuat nye engine ni
    keta masa depan tu kt keta ape?

  2. nazri berkata:

    maksudnya model2 akan dtg la …

  3. g-mie berkata:

    nampaknya… prestasi Proton semakin meningkat.. dengan adanya program p’bangunan enjin2 terbarunya tu..

    b’kenaan model2 replacement ni.. banyak betul yer..

    Perdana..
    Waja..
    Arena..
    Saga (Hatchback..?)
    dan…..
    Exora Turbo..

    hope, Proton dapat hasilkan yang terbaik untuk p’gunanya di Malaysia.. (TERUTAMANYA..) dan global..

  4. prodas berkata:

    tapi masih 1.6!!!!! kenape tak buat 2.0!!!????

  5. kekitaan berkata:

    saya rasa sbb 1.6 tu kerana enjin terbaru ni hanyalah upgrade kepada enjin yg sedia ada. sbb kalau nama enjin serba baru.. tak mungkin dalam 18 bulan… mana nak test reliable lagi… banyak kerja tuu… lagi lama la jawabnya, mau 5-6 tahun baru leh jual… jadi ini hanya upgrade enjin campro yg sedia ada dgn beberapa komponen baru yg lebih kuat untuk menahan bebanan power output yg lebih tinggi.

  6. Adam berkata:

    prodas.. kalau power output dah boleh menyamai kuasa 2000cc.. kenapa nak buat engine 2000cc lak?

  7. prodas berkata:

    adam>>> ohh..betol gak…tapi kalau proton banyak buat varyasi enjin ..bukankah itu lagi bagus??? betol tak??? tapi proton trpaksa melakukan pelaburan yang memakan kos yang besar…. tak pe lah…. kalau enjin 1.6 prestasi sama seperti 2.0 …ok lah 2… so kita boleh tunjukkan …inilah teknologi kita… betoltak???

  8. nazri berkata:

    yang penting skrg proton kne wat transmisi yang matching dgn karekter campro… macam 1.3 saga blm… gear 1 0-20kmph je… kalau transmisi yang matching boleh tarik lebih sikit, dan rpm yang rendah.. baru smooth.. 🙂

  9. zack_keyme988 berkata:

    PHOENIX…..

    sedap name njin baru tu..harap performance die pon sodap jugak

  10. prodas berkata:

    zack… betol ke name nye PHOENIX???? name sedap tapi tak kena nama ngan proton…macam campro….ade pro…untuk proton…hehehe

  11. campromania berkata:

    kalau nak tukar nama dia jadi PRONIX, leh jugak bro prodas hehehe..

  12. fauzan berkata:

    err..bukan ker nama team projek enjin tu yg phoenix. nama rasmi enjin tu blum ada lagi kot. tunggu ar 2011 😉

    cheers!

  13. prodas berkata:

    hahah,,campro..ok gak name 2..heheh ade lah jugak bunyi PRO!!!! hahaha

    fauzan>>. ok lah…kita sama2 tunggu enjin ini…jap… so waja thn depan guna enjin ini atau enjin mitsu????

  14. wataricampro berkata:

    kalo camtu gua nak tukar enjin le lasi buang enjin campro lama kasi taruk sm enjin baru proton tu..bleh ke..?

  15. prodas berkata:

    hahah..tgk lah cos nya..hihih.. alang2 terusje beli kereta baru proton..hehehe

  16. CEO SP berkata:

    SALAM…
    anda sekalian harus paham…beza enjin 1.6,2.0,2.4 @ brp2 pon…
    Proton bt 1.6 sbb nk jmtkn pggunaan mnyak…kuasa yg d bekalkn enjin bru tu mmg kuat…TORK tggi blh bntu dr pecutan kuasa rendah ke tinggi dgn lbh cpt…
    Tp…utk p’jlnn jauh,tu yg jd mslh…kuasa yg berterusan xkn dpt d rasai krna enjin x mampu nk bg lbh…klu enjin 2.0 @ 2.4…kita masih blh merasai kuasa enjin krna sesarannya bsr…
    lg satu la kn…RAKYAT MALAYSIA ni bkn suka sokong produk buatan negara sendiri…asyik sibuk nk pakai MERCEDES,BMW…ntah pe la bgus sgt…klu stkt bhn yg d gunakn lbh b’kualiti tu…aku lgsg x heran…
    smpi skrg,blum de kereta dlm dunia ni yg enjin 1.6 blh lwn kuasa kuda CamPRO CPS yg memiliki 125 HP…hya bhn yg d gunakn pd ENJIN je krg kualiti…psl tu x tahan…
    bkn PROTON x bt lg bgus..tp tgk la RAKYAT MALAYSIA yg masih x sedar diri nk bgga produk luar…klu mhl,xnk beli…cm la kete luor tu muroh…

    TOLONGLAH FIKIR…SOKONG PRODUK KITA…KALAU X,SMPI KIAMAT LA MALAYSIA JD NEGARA YG RAKYATNYA BANGGAKAN NEGARA ORANG…

  17. prodas berkata:

    ya…sya sokong anda heheheh

  18. alahaiGen2ku berkata:

    berita pasal development enjin baru proton tersiar di tv.
    Tidakkah itu akan menjejaskan penjualan kete proton untuk 2 tahun akan datang sebab sebilangan customer yg nak beli kete proton semestinya hold dulu. Baik tunggu enjin baru kuar baru beli…betul tak?

  19. zahidee berkata:

    Salam,
    bro CEO SP,
    betul ke statement nih? “kereta dlm dunia ni yg enjin 1.6 blh lwn kuasa kuda CamPRO CPS yg memiliki 125 HP”?
    cuba check balik enjin b16a dari honda.. if tak silap 165hp…

  20. farghmee berkata:

    betul ada yg lg tinggi drp 1.6 cps (125hp), iaitu honda b16 (165hp),
    tetapi…
    yg b16 tu meet emission regulation skrg ke? 😉

    selalunye, power enjin (hp) kete akan kurang untuk mematuhi emission regulation.
    ini disebabkan oleh utk memastikan enjin itu “mesra alam”.
    pernah dgr EURO4 emission compliant? 😉

  21. loan berkata:

    harap2 enjin baru ni tak dimasukkan kedalam model sediada proton. kalau boleh masukkan dalam keluaran proton terbaru. takut nanti 2ndhand value kereta sediada drop menjunam.

  22. prodas berkata:

    loan>>> baguslahkalau enjin ini dimasukkan ke dalam Exora utk tambah lebih kuasa…!! betol tak???

  23. z88 berkata:

    kalau boleh aku nak masukkan dalam saga se aku la hahahaha..agak2 boleh ke 1.3 ke 1.6..

  24. z88 berkata:

    kalau boleh aku nak masukkan enjin mcm kat picture atas tu la kat saga se aku..hahahaha..agak2 boleh ke..

  25. along berkata:

    aku cukup bangga baca statement kat atas,sekarang ni pun aku pakai kete proton persona.tp kalo btul enjin kat atas (1.6) bleh blah ngan enjin 2.0 aku ingat nak jual je keta skarang ni.try enjin baru.mantap beb,

  26. zamri73 berkata:

    Tahniah proton.. satu lagi kejayaan yang perlu dibanggakan..
    Cuma bro along, kalau turbo 1.6 memang tak boleh nak tapau 2.0, even 1.8 pun tak boleh. Sekurang2nya turbo ni boleh improve tork dan tapau enjin 1.6 yang lain. Baru orang yang dok kutuk pickup exora lembab terbeliak bijik mata.. ha.. ha..
    Apapun service centre perlu bersedia dalam memberikan latihan kepada pomen2 diorang tentang enjin baru. Kita takmau nanti bila kita refer symptom2 biasa turbo diorang cakap tak ada apa2..
    Apapun.. hidup proton..

  27. prodas berkata:

    tunggu kejutan MAC ini..dari proton!!!!!huhhuhu

  28. giler proton berkata:

    alat pemampat tekanan kilas tinggi – benda dlm enjin nih.. kenapa ak hase cam IAFM ja kalu translate bi.. intake air force manifold.. haha btul ke x.. IAFM tuh ak translate sendiri je.. mls nak cr.. kalu ye la btul maksudnya dah digunakn dlm persona se.. iaitu campro IAFM 1.6

  29. prodas berkata:

    ye persona sekarang mengunakan 1.6 IAFM

  30. Persona takkan dimuatkan dgn CPS kerana kemungkinan besar Waja Replacement akan didatangkan dengan 2 varian iaitu 1.8 dr Mitsu dan 1.6 CPS….

  31. prodas berkata:

    ada kemungkininan…tunggu saja

  32. tado berkata:

    bila engin proton baru nk rasmi di malaysia????

  33. web page berkata:

    Wow, wonderful blog format! How lengthy have you ever been
    blogging for? you make running a blog look easy.

    The entire glance of your website is wonderful, let alone the content!

Tinggalkan Jawapan kepada zack_keyme988 Batal balasan