Pasukan F1 1Malaysia

Posted: 17 September 2009 in AUTO News, automotif, concept car, LOTUS, PROTON

d98e79f66a577bd2ae12398077172369

Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini. Perdana menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Najib yang juga menteri kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin SM Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut. “Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai, sambil menambah, projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan. Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata “pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton”.

Najib menyifatkan projek itu tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu. “Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap. “Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan,” katanya.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat perhubungan awam bagi pasukan 1Malaysia F1 Team, pasukan negara itu akan berpangkalan di SIC. Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Petronas dan begitu juga Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), pakar pengeluaran komponen komposit tempatan, juga telah menyertai projek ini. Kenyataan itu berkata pasukan F1 team negara akan mengintegrasikan krew pit dan teknikal Malaysia berjumlah 200 orang untuk diuruskan oleh pengarah teknikal Formula One yang disegani, Mike Gascoyne.

Beliau telah merekrut kumpulan yang mengandungi pakar antarabangsa dengan rekod yang telah terbukti dalam pelbagai disiplin pengeluaran, reka bentuk dan kejuruteraan yang diperlukan bagi memastikan bahawa pasukan 1Malaysia F1 team adalah pasukan yang mencapai piawaian antarabangsa, persediaan dan keupayaannya untuk bertanding dengan para pemandu hebat dunia.

Pada masa ini, enam pemandu tempatan dan antarabangsa telah disenaraikan untuk dinilai dan pasukan itu dijangka mengumumkan dua pemandunya penghujung bulan depan. Kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata bahawa penyertaan Malaysia dalam Formula One dengan pasukan negara mempunyai objektif untuk mendapat pengaruh yang meluas terutama dalam memajukan perkembangan industri automotif negara dari aspek teknologi termasuk inisiatif dalam teknologi hijau.

“Dengan mewujudkan pusat lumba di dalam negara, kami juga berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan kepakaran teknikal terbaik yang boleh menjana pertumbuhan industri automotif kita di mana saya berharap untuk melihat lebih banyak R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi menghasilkan kereta yang berkesan dari segi kos, lebih ringan dan lebih selamat,” katanya.

sumber dari : BERNAMA fantastikodesign

Komen-komen
  1. ziera berkata:

    OMG… what a color…. i guess it will be the most colourful car in F1.

  2. prodas berkata:

    colour LOTUS..hihihi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s