Tun Dr Mahathir Kembali Ke Proton Setelah Empat Tahun Setengah

Posted: 11 September 2009 in AUTO News, PROTON
mahathir proton

Tun Mahathir

SHAH ALAM, 10 Sept (Bernama) — Bagai sirih pulang ke gagang, pengasas dan penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke kilang pengeluaran kereta nasional pertama negara.

Beliau melahirkan perasaan gembira kerana dapat melihat serta mengimbau kembali nostalgia di bangunan yang menyimpan sejarah tersendiri.

“Saya gembira dapat melihat bangunan pertama melahirkan kereta Proton pertama negara pada 1985. Sekarang Proton sudah 27 tahun, tidak banyak perusahaan yang boleh kekal lama seperti ini,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga Proton di kilang pengeluaran kereta nasional di sini Khamis.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menyorot kisah kejayaan kilang berkenaan yang disifatkan sebagai lambang kemajuan negara dalam bidang automotif.

Katanya, Malaysia menubuhkan Proton kerana percaya dan yakin kemampuan negara dalam bidang itu walaupun pada awal penubuhannya banyak pihak yang tidak yakin malah ada yang mempersenda kemampuan Malaysia.

“Saya masih ingat ada yang keluarkan gambar kereta Proton dengan bumbung kereta lembu. Tapi bila kita keluarkan kereta pertama dan saya memandunya ramai yang ‘thumbs up’ (menunjukkan tanda bagus) tunjukkan mereka amat gembira dan bangga,” katanya.

Menyentuh perkembangan Proton pada hari ini, Mahathir berkata beliau yakin Proton mampu menjadi penyumbang utama untuk Malaysia mencapai status negara maju pada 2020.

Beliau berkata kemampuan Proton yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM64 juta pada suku penggal pertama tahun ini menunjukkan industri berkenaan mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Katanya, Proton juga diharap dapat menjalin kerjasama dengan industri automotif asing bagi meningkatkan kecanggihan kereta nasional negara itu.

Terdahulu, Pengerusi Proton Holdings Bhd Datuk Mohd Nadzmi Salleh dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran Mahathir ke kilang itu yang disifatkan masih memerlukan sentuhan Perdana Menteri Malaysia keempat dalam usaha memastikan ia terus berkembang maju.

proton-showroom-500x426[1]

Mohd Nadzmi berkata Proton juga telah menyediakan sebuah pejabat khas buat Mahathir di tingkat dua, Pusat Kecemerlangan Proton di sini bagi memudahkan beliau memantau perkembangan Proton.

“Kita harap Tun (Dr Mahathir) gembira dengan pejabat yang kita sediakan, walaupun kecil tetapi ia mampu menyediakan keperluan Tun setiap kali melawat kami. Selepas empat tahun setengah, diharapkan Tun Dr Mahathir akan kerap melawat Proton.

“Proton masih perlukan panduan dari Tun untuk kembali semula mencapai kecemerlangan,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Mohd Nadzmi turut berkata selain mencatatkan keuntungan selepas menanggung kerugian beberapa tahun kebelakangan ini, Proton kini kembali menguasai pasaran tempatan mengatasi Perodua.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. g-mie berkata:

    Wah.. ni berita baik.. dah lama x dgr berita beliau.. hope, dgn adanya kehadiran beliau, Proton akan lebih maju selepas 27 tahun memegang TAKHTA peneraju indutsri automotif TEMPATAN..

    Go Proton..!!
    yeaa~

  2. ryny berkata:

    happy sangat…dapat berbuka puasa dengan Tun semalam…dapat salam Tun…dapat ucapkan terima kasih kat Tun sebab sudi datang..

  3. prodas berkata:

    ryny…. annda kakitangan proton ke??? Tun datang kat mane????

  4. fauzan berkata:

    Sememangnya Tun M adalah penasihat Proton yg tiada tandingannya. Hehe…

    cheers!

  5. prodas berkata:

    betul2….harAp2 lepas ni Tun dapat memberikan inspirasi kepada proton untuk mengeluarkan varyasi model nya….

  6. campromania berkata:

    che det dah kembali…harap2 ada idea2 yg bernas dari dia utk kebaikan Proton..

  7. prodas berkata:

    harap2…gitu lah….hehehe

  8. teri wokyoh berkata:

    kat youtube klau dgr ucapan TUN mmg jd bersemangat..
    masa perlancaran proton 1 juta..we do what we afford

  9. prodas berkata:

    teri wokyoh>>>>boleh bagi link nya tak????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s