Proton SATRIA NEo Super 2000

Posted: 13 Ogos 2009 in AUTO News, automotif, PROTON, proton Satria Neo
satria Neo super

satria Neo super

warga proton satria Neo 2000

warga proton satria Neo 2000

neo super 2000

neo super 2000

Proton bakal bangkit – Dr. Mahathir

PUTRAJAYA 12 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Proton Holdings Bhd (Proton) mampu kembali menjadi jenama kenderaan pilihan utama rakyat tempatan serta berkembang luas ke pasaran antarabangsa.

Beliau yang juga Penasihat Proton berkata, berdasarkan prestasi semasa dan strategi akan datang, beliau yakin perkara itu dapat direalisasikan.

”Saya fikir ada kemungkinan dipulih semula dan kita mahu Proton menjadi jenama kemegahan semua.

”Bila rugi selalu, orang tak nak beli dan jadi barangan bukan pilihan utama,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan pasukan rali Proton R3 dan kereta Proton Satria Neo Super 2000 yang akan digunakan oleh pasukan tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Proton, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Proton kembali menyertai kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) tahun ini selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2004.

Ditanya mengenai pasukan baru itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau amat gembira dengan pengubahsuaian yang dilakukan terhadap kenderaan yang bakal digunakan dalam pertandingan tersebut.

”Saya rasa gembira kerana sudah cuba kereta ini dan nampak berjaya.

”Pengubahsuaian yang dibuat begitu profesional dan pasukan ini berpotensi untuk mencapai kejayaan besar,” katanya.

Komen-komen
  1. campromania berkata:

    malangnya 1st debut neo S2000 time APRC baru2 ni xberapa bagus…xpe cuba lagi lepas ni..

  2. farghmee berkata:

    jangan melepaskn batok di tangga sahaja ya, proton!

    go for it 8)

  3. obertan berkata:

    hmmm…. jika Neo berterusan terbabit dlm Rally mgkn bole jd fenomena mcm Mitsu Evo malah ia mgkn jd ikon bg Proton pd masa akan dtg hehe

    Mitsu – Evo
    Subaru – WRX
    Proton – Neo
    Ok aper

  4. farghmee berkata:

    Eh..nmpk ok je kalu nama NEO sbg trend ralli utk Proton.
    STI
    Ralliart
    R3

  5. ex_top berkata:

    bleh je… harap dapat trofy bkn topi jek. maju proton

  6. prodas_afiq berkata:

    semoga berjaya proton!!!!!

  7. jagung berkata:

    bgus pe kekal kan nama neo untuk keluaran hadapan macam mitsubishi evo..

  8. prodas berkata:

    yes..betul….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s