Kenderaan jenama Proton paling laris bagi Jun

Posted: 24 Julai 2009 in AUTO News, automotif, PROTON
proton

proton

PROTON Holding Bhd mengukuhkan kembali kedudukannya dalam pasaran kenderaan penumpang tempatan apabila muncul sebagai jenama kereta paling laris bulan lalu dibantu oleh model kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora.

Mengikut laporan prestasi jualan kenderaan untuk separuh pertama 2009 yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Proton menjual 14,056 unit kenderaan bulan lalu, yang 2,840 unit adalah daripada jualan Exora yang dilancarkan April lalu.

Proton menguasai 34.2 peratus pasaran kenderaan penumpang pada bulan berkenaan mengatasi Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang menjual 13,246 unit.

Namun, bagi tempoh enam bulan sehingga Jun lalu, Perodua masih mendahului pasaran kenderaan tempatan dengan menjual 77,045 unit untuk menguasai 33.8 peratus pasaran, diikuti Proton (67,770 unit); Toyota (30,147 unit); Honda (20,476 unit) dan Nissan (11,220 unit).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad pada sidang media mengumumkan laporan itu di Petaling Jaya semalam berkata, secara keseluruhannya, jualan kenderaan di Malaysia jatuh 9.7 peratus dalam tempoh enam bulan lalu kepada 251,092 unit berbanding 277,973 unit yang dijual tempoh sama tahun lalu.

Jualan kenderaan penumpang dalam tempoh itu susut 10.2 peratus kepada 228,200 unit, mewakili 90.9 peratus daripada jumlah jualan kenderaan keseluruhan.

Namun, di sebalik penurunan itu, Malaysia muncul sebagai pasaran kenderaan terbesar di Asean sepanjang tempoh itu mengatasi Thailand yang hanya merekodkan jualan 231,426 unit dan Indonesia (210,062 unit).

Katanya, MAA menjangkakan jualan kenderaan di negara ini dalam separuh kedua ini akan bertambah baik dibantu sentimen pengguna yang dijangka pulih disebabkan kestabilan dalam pasaran pekerjaan, selain pengenalan model baru

dibawah ini salah satu komen salah seorang ahli dalam mforum.cari

persaingan sihat yg menguntungkan kita pengguna….. ini juga menandakan tidak semua apa yg disuap pengeluar kereta no1 akan diterima pengguna. no1 juga menyebabkan mereka lupa diri dan mula eksyen… proton telah terima padah sbb terlalu ego dgn sokongan rakyat malaysia…. dan sejarah berulang kepada p2… yg asyik bersandarkan nama jepun/toyota utk mencari alasan rega yg mahal…..

qualiti? p2 pon dah jd mcm proton dulu2….. tp proton dah insaf sejak teruk kena belasah…. masa dah berubah… benda dah terbalik… dkt blog otomotif org dah jd bashers perodua lagik ramai….. dan bashers proton dah kurang muncul….

tahniah pada diri kita pengguna yg kini tahu bahawa pelanggan adalah raja……… gunakan kuasa kita

YES WE CAN……………………

Komen-komen
  1. campromania berkata:

    akhirnya, proton kembali ke tempat yg sepatutnya..

  2. adeh berkata:

    kat web proton, ada news tentang pelancaran exora kat iims indonesia. DSZ cakap dah 600 tempahan setakat ini. syabas proton. tak pernah berlaku sebelum nih. hehehe

  3. muryadi berkata:

    Syabas dan taniah Proton..Teruskan tingkatkan kualiti..

  4. Adam berkata:

    ni sebenarnya pengajaran bagi perodua… org yg duduk diatas tak selamanya diatas…perodua terlalu angguh dan ingat rakyat mesia ni pemikiran seperti 5 thn lepas… pemikiran yg kalau ada sentuihan jepun.. ianya bagus.. sebab tu kalau perodua ni promote keta mereka.. mesti nak kaitkan dgn jepun

    lagi2 sikap angguh management perodua dgn statement
    :” P2 akan menjadi no1 selama2nya”

    dan aku ingat lagi bilaorg kuat p2 kata .. dia nak ubah persepsi rakyat mesia yg perodua ni bukan keta utk golongan low dan middle class.. kununnya utk mereka yg mementingkan quality walaupun harga mahal… sebab tu la ni sume model perodua overpriced

    walhal statement perodua tu sendiri dah lagi dari matlamat asal penubuhannya ..

    apatah lagi dgn iklan mereka setiap hari di radio
    ” kami no.1 di Malaysia” la
    “dpt anugerah 2 thn berturut2” laa
    ni sume iklan yg makan diri.. toyota yg no.1 di dunia pon takde la nak protome buat iklan claim yg mereka no.1 tiap2 hari kat radio..hehe

    pelancaran saga SE, exora manual dan waja replacement (Mitsu Lancer) dan new C segment class (Mitsu Colt???) pada thn akan datang akan memastikan proton terus mendahului market tempatan…

    tetapi perodua hanya mengharapkan MPV dan kenari replacement (Daihatsu move) utk thn akan datang

  5. prodas berkata:

    bro adam….saya harap proton akan menjadi no.1 lepas ni….. amin….

  6. Prismo berkata:

    adam,
    ada dgr advertisment Viva elite di hot fm?? siap menyanyi nyanyi lagi tuh… dulu, kurang je aku dgr P2 advertise keta diaorg, selalu aku dgr Proton yg advertise.. sekarang ni dah terbalik pulak.. itulah, terlalu pandang rendah kat Proton..

  7. farghmee berkata:

    ada dgr lg dia td dlm kete..aku ingt lagu kumpulan baru ke ape…

    perodua mmg byk iklan dia. dgr sinar/era mmg byk la..

  8. fauzan berkata:

    Lawan tetap lawan. Jgn mengalah! hehe..🙂
    bagaimana la agaknya iklan exora kat TV versi Indonesia nanti.

    cheers!

  9. campromania berkata:

    bazir je beli viva elite tu, alang2 amik saga se je, keta besar, selesa, enjin 1.3, seat kulit lagi..viva se apa sangat la yg ada…xberbaloi lgsung..ni la strategi jepun nak kaut untung atas angin je atas rakyat malaysia yg slalu agungkan jepun..kan dah kena..tu pun xnampak lagi..cukup2 la kasi org perodua dapat bonus smpai 6 bulan gaji sbelum ni..kita tlong lak org2 proton, kasi diorg lak dapat bonus, biar diorg semangat skit utk keluarkan keta kualiti tinggi..betul x????

  10. Prismo berkata:

    samalah mcm aku bro farghmee, aku ingatkan ada band baru… kat sinar dan era pun ada jugak.. mmg nak promote habis habisan Perodua kali ini.. dulu mmg boleh la dia jadi no.1 sebab Proton lemah.. sekarang ni, baru dia dpt rasakan persaingan yg sebenarnya.. pernah dgr CEo perodua promote MPV terbaru diaorg?

    “MPV TERBARUDARI PERODUA INI BASE ON TOYOTA PASSO YG TGH HANGAT DIJEPUN PADA WAKTU INI DGN KUALITI YG MENAKJUBKAN” <– agak2 mcm inilah bunyinya.. hmm… Toyota lagi..

    Bro fauzan, mungkin mcm ini bunyinya.. "BELI PAK, ADA BCM" hehe…

    Aku teramatlah setuju dgn pendapat bro campro…

  11. fauzan berkata:

    MPV perodua dari toyota passo settee. Viva Elite versi primium nie pada saya tak berbaloi la. Mana taknya, kategori mini kompak, tapi harga sehebat sedan. Baik la beli sedan (Saga SE cthnya). Cuma mereka yg jatuh cinta kaw kaw dgn viva elite nie jer yg akan menidakkan fakta nie. hehe🙂

    Perodua tengah terdesak tu. Menunggu2 model apa yg toyot/daihatsu nak bagi kat diorang. tak confirm2. tu yg buat facelift viva tu.

    P/S : tengah dengar lagu ‘berhenti berharap’ dari kumpulan shiela on 7. hehe.

    Peace no war.

    cheers!

  12. Adam berkata:

    Daihatsu snak bagi model2 mereka kat Daihatsu Indonesia… sebab market disana lebih lumayan pak..baik assemble disana
    tapi perodua merayu kat Daihatsu suruh bagi model baru kat dia..

  13. Prismo berkata:

    A ah.. betul tu adam, sebenarnya Perodua MPV tu base on Daihatsu boon luminas… dia org cakap base on Toyota passo tu sebab nak jual nama je kot? kan jenama toyota tgh di puncak dunia.. so, dptlah racun sikit2 org malaysia yg terlalu mengagungkan jepun ni utk beli mpv tu nanti dgn adanya nama toyota yg terlibat…

  14. Adam berkata:

    Prismo.. biasa la tu.. kita lihat je la kat Indonesia.. Nama Daihatsu ni mmg tak mendapat nama disana.. contohnya antara Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia
    walaupun hakikatnya kedua2nya platform yg sama.. tapi sebab jenama.. Toyota avanza lebih laris berbanding Daihatsu Xenia

  15. Adam berkata:

    Prismo said
    MPV TERBARUDARI PERODUA INI BASE ON TOYOTA PASSO YG TGH HANGAT DIJEPUN PADA WAKTU INI DGN KUALITI YG MENAKJUBKAN” <– agak2 mcm inilah bunyinya.. hmm… Toyota lagi..
    =============
    hehe.. pastu kita tanya dia
    MPV perodua ni ada BCM?? ada aircon vent kat 3rd row?? ada crash test rated??

  16. Prismo berkata:

    A ah.. Avanza dan Xenia kat indonesia kan sama.. mmg kuat racun “T” brand nih.. sampai ada org malaysia ni sanggup biar anak kelaparan dirumah semata mata utk pakai keta yg ada “T” brand nih…

    Kalo kita tanya pasal ada bcm, 3rd row aircond tak kat P2 mpv ni mesti diaorg jawab, “teknology toyota lebih canggih, bcm tu mesti ada byk masalah dan a/c utama sudah cukup kuat utk semua penumpang” kalao tanya pasal crash test rated? jawapannya ialah, refer Toyota passo ataupun Daihatsu boon luminas crash test.. as always.. dah bosan aku dgn permainan P2 ni..

  17. fauzan berkata:

    Toyot passo settee sama jer dgn daihatsu Boon Luminas. Sebab saham daihatsu, toyot yg pegang, so, diorang decide guna model yg sama tapi brand yg berbeza. Tengok jer perodua myvi base on toyot passo / daihatsu Sirion). Bandingkan saja perodua nautica (5 seaters) base on toyot Rush (5+2 seaters) / daihatsu terios. Apa lagi dgn toyot Avanza / Daihatsu Xenia tu. Sama jer. Nie strategi diorang utk pasaran compact. Toyot tak mungkin benarkan Daihatsu keluarkan model sedan. Oleh itu Perodua tak mungkin akan ada model sedan melainkan toyot membenarkan perodua menggunakan model2 lamanya.🙂

    peace no war.

    cheers!

  18. Prismo berkata:

    kalo Toyota bagi kat P2 model lama diaorg utk di rebadge, pastu org masih gky berduyun duyun gi beli, mmg bodoh org itu muahahaha!!

  19. 4sudut berkata:

    salam kenal…saya tunggu kunjungan baliknya
    http://sudutp4nd4ng.wordpress.com

  20. Adam berkata:

    Fauzan.. toyota mmg tak akan beri model mereka waima model lama pada perodua .. sebab mereka takde hubungan secara langsung pon.. toyota hanya berurusan dgn Daihatsu.. masadepan dan direction model apa yg boleh dikeluarkan tu adalah kerja Daihatsu..

    perodua ni umpama sub kontraktor yg dapat project dari main kontrarktor je..
    macam TNB… TNB (anggap TOYOTA) hanya berurusan dgn Main kontraktor (DAIHATSU)… jadi Main kont(DAIHATSU) ni subkan project ni pada SUB kont mereka (PERODUA)…

    so camne toyota nak bagi project kat Sub kont (perodua) tanpa melalui (main kont- DAIHATSU)

    kan kan

  21. Adam berkata:

    Prismo.. hehe mmg dah jangka jawapan dia tu… pasal crash test ni… aritu masa exora dilancarkan.. perodua pon sibuk buat spyshot road test .. pastu aku tanya kenapa perodua yg setakat rebadge tukar bumper/steering pon nak buat road test???.. pastu ada pembela perodua jawap… katanya mmg kena buat road test walaupun buat perubahan kosmetik… pastu aku tanya balik.. abis tu kenapa bila di tanya crash test keta perodua dia kata tak perlu dan hanya boleh refer kat crash test toyota/daihatsu pulak?? kenapa perodua tak buat..???

    terus senyap mamat tu.. hehe

  22. fauzan berkata:

    to adam : cam tu plak? pada pendapat saya, siapa yg ada share terbesar dalam saham syarikat, dia la yg bleh beri kata putus n make a decision.🙂 Perodua ‘menadah tangan’, daihatsu menurut perintah n toyot yg buat keputusan apa yg boleh dan tidak boleh. Cthnya perodua myvi base on toyot passo. Utk bukan pasaran toyot, toyot suruh daihatsu kuar dgn model daihatsu Sirion, dan bukan utk pasaran daihatsu, toyot suruh Daihatsu n Daihatsu suruh perodua kuar dgn model perodua myvi. Semuanya dari model yg sama. Dgn strategi nie, toyot bleh menguasai segenap pelusuk pasaran (Jepun, Asia, Eropah, Asean). Bijak tak diorang?
    Pernah tak korang pegi pasar malam pastu ada 2, 3 gerai tu sebenarnya adalah dari pemilik yg sama? Pastu heboh la pelanggan2 kata gerai nasi ayam yg satu nie sedap gila n gerai yg satu lagi tu pun sedap gak cuma tak de timun tapi ada sayur salad jer. Pada hal nasi ayam tu dari pemilik nasi ayam yg sama. haha.. Senang betul pelanggan2 yg tak tahu tu dibodoh-bodohkan.

    Segmen kereta sedan adalah segmen pasaran terpenting toyot di Asia/asia tenggara. Kalau perodua kuar dgn model sedan base on model2 sedan toyot/daihatsu, ini akan mengancam pasaran toyot. Kalau saya CEO toyot, tentu la saya tak benarkan ini berlaku, melainkan ada strategi pasaran lain yg lebih baik.

    Cheers!

  23. Adam berkata:

    Fauzan… isunya sekarang.. Toyota mmg takde kena mengena dgn perodua.. tu point saya… org mesia je yg mengembar gemburkan kununnya perodua ada direct link dgn TOYOTA.. sebab kat sini.. nama toyota dipandang berbanding dgn DAIHATSU..

    so tak yah la bawak rumous .. toyota nak bagi perodua keta sedan la apa la… toyota hanya akan bagi model2 mereka pada DAIHATSU Japan…
    jadi DAIHATSU sebagai pemegang saham terbesar perodua .. maka DAIHATSU la yg menentukan model apa yg mereka nak perodua rebadge…

  24. prodas berkata:

    ok…..frend…. tak pa lah…… yg penting kita bangga ade syarikat automotif sendiri…… walaupn perodua ni asik ciplak je…tapi ianya menyumbang kepada pertumbuhan ekononi Malaysia…. melalui PNB….. ada sesiapa yg melabur kat unit amanah PNB??? sedikit2 dividen yg kita peroleh adalah daripada keuntungan syarikat2 dibawah naungan PNB seperti sime darby…UMW, perodua..dan banyak lagi….. ok lah ape2 pn kita kene sokong buatan malaysia..ke dua2nya..heheheh…
    sebab kadang kala ciplak ni perlu juga…….untuk menaikkan market….
    ape2 pn sy tetap sokong PROTON first n baru Perodua…. anda semua bagaimane????

  25. fauzan berkata:

    hehe.. jgn risau adam, seperti yg saya cakap perodua x akan ada kereta sedan. Toyot tak kan benarkan daihatsu keluarkan kereta sedan utk perodua. X de direct link between Toyot n perodua. Cuma ada intelligent command from each other : TOYOT > DAIHATSU > PERODUA.

    peace no war

    Cheers!

  26. fauzan berkata:

    lupa nak bagi tau, toyot adalah pemegang saham terbesar daihatsu sekarang nie…

  27. muryadi berkata:

    Maaf, bagi saya Perodua belum boleh lagi dikategorikan sebagai sebuah syarikat automotif nasional…

    Setelah 20 tahun mereka masih mengeluarkan produk re-badge…Daihatsu/Toyota..

    Hanya sekadar pendapat …

  28. prodas berkata:

    2 masalah nye…..bilalah perodua nak buat kereta sendiri……

  29. fauzan berkata:

    Memang betul muryadi, secara logik perodua bukan syarikat automatif nasional. Hanya kerana antara syarat utk jadi syarikat kereta nasional adalah lebih 80% bahagian kereta adalah komponen tempatan n perodua memenuhi syarat tu.
    Perodua bleh buat kereta sendiri bila diorang ada division n pusat RnD mereka sendiri. Tapi susah gak, saham PNB dlm Perodua pun cuma 10%, kalau cadangan ini diusulkan, mentah-mentah akan direject oleh daihatsu pemegang saham terbesar. So, engineer2 perodua berputih mata jer ler…

    cheers!

  30. noordeen berkata:

    aku pun heran kenapa rakyat malaysia sanggup beli keta mahal tapi cc rendah, sedangkan ada keta yang luas agak murah dan cc agak tinggi.

  31. zack hakimi berkata:

    HAAAAAAAA…

    TP PERODUA NMPAKNYA TGH DESPER8…..

    NYAMPAH AK DENGOR ADVERT KT RADIO PANAS KE ERA KE..KALU BULEH SEMUA RADIO PERODUA NK KONKER…

    DULU ADVERTISE JENAMA KENDERAAN NO.1…..SKRG TITLE TU DH HILANG..CIK BiBAH ( ViVA ) KITE LAK DI PROMOTENY…MODEL SULLIVAN 2 TAHUN BERTURUT2 KATANYER….

    PESANAN UTK PAKCIK SYED HAFIZ…”MIND UR WORDS YA AFTER THIS”……..

    >>>>>>>>>>>>>>>JUST PLAIN AMAZING<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

  32. Prismo berkata:

    sori arr adam dan semua… aku mmg lambat reply sikit.. byk keja.. lagipun aku dah berjanji dgn isteri yg aku takkan sentuh internet pada hujung minggu..hehe..

    Adam, apasal mamat tu tak cakap yg crash test result tu refer ke passo/boon result? kalo dia cakap mcm tu, mmg kena berus oleh kamu aku rasa.. hahaha..

    bro fauzan, Adam dan lain2.. chill bro.. ilex la.. we r in the same boat remember? apa2 pun yg Perodua buat, ia tetap company yg cuma tahu buat R&D utk bumper dan lampu je.. pakai plastik yg berkualiti rendah pun org yg mindanya dijajah tetap beli kalo dgn adanya nama toyota yg terlibat walaupun sebenarnya mana2 model perodua asalnya dari daihatsu… myvi sebenarnya rebadge model sirion kan? tapi byk org pikir yg myvi tu rebadge passo… kesian aku tgk org malaysia yg minda masih dijajah ni..

  33. fauzan berkata:

    Rilex prismo, kitaorang waras lagi..hehe. nie le namanya wadah diskusi dan luahan pendapat. Masing2 ada pendapat masing2.

  34. Prismo berkata:

    best gak lepak dan borak2 kat sini dan kat websites bro campromania.. byk info yg kita boleh kongsikan bersama.. err.. dlm bebanyak org kat sini, siapa yg ada main online football manager? aku ada main game online football manager yg paling best.. lama dah aku main, hampir 2 thn.. kalo ada sesiapa yg berminat, boleh join aku.. nama team aku pakai nama Proton… yg paling best nya.. game tu baru upgrade skin and feature hari ini!! siapa nak join nanti aku bagi link.. itulah yg aku buat tiap2 hari, sambil berforum, sambil bermain…

  35. prodas berkata:

    hahah…..ok gak….. hahahah

  36. zack hakimi berkata:

    bosan ngn perodua………………Vpeace

  37. prodas berkata:

    tapi dia pn kereta nasional..hhuuhuuhu

  38. bantai berkata:

    p2 bila dah tersepit pasti dia akan ngadu pada bapaknya si mata sepet daihatsu, kalau bapaknya tak mampu nak tolong , dua-dua beranak ni pun pegi jumpa mengadu kat bapak daihatsu.(datok p2 la). Pas tu datuk p2 kata, cucuku sayang ..datok ada banyak model,kau pilihlaa apa2 model yang kau nak, asalkan duit orang malaya tetap masuk kesyarikat datok…..
    -51% saham p2 dimiliki oleh daihatsu, dan daihatsu adalah syarikat kepunyaan toyota.bodohnya orang malaysia yang masih dok bangga pakai kereta p2, cam sial je..tak sedar diri langsung..

  39. z88 berkata:

    aku dah pakai saga se memang cantik dan dalam memang selesa..harga berbaloi bagi kita yang berpendapatan sederhana nie..bini aku nyesal amik p2 myvi..dia kate kat aku tak best dan myvi punya saound sistem tak bagus..sekarang bini aku asyik pakai kete saga se aku je…apa2 pun syabas proton..

  40. prodas berkata:

    malangnye proton dapat berjaya pada bulan jun sahaja… selepas itu dirampas kembali oleh Perodua..hihihihihi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s