Isu kualiti: Proton dengar kritikan

Posted: 8 Julai 2009 in automotif, PROTON

Oleh JOHARDY IBRAHIM

johardy@utusan.com.my

proton1[1]

TIDAK mungkin Proton melepas batuk di tangga bila mengadakan sesi randau dengan sembilan penulis dan wartawan terpilih bagi membicarakan serba-serbi Proton, minggu lalu. Tidak mungkin syarikat kereta nasional ini mahu mempengaruhi kosong atau ‘membeli hati’ waima menyedari kalangan wartawan yang hadir itu berpengalaman membuat liputan mengenai Proton bertahun-tahun lamanya, malah sedang atau pernah mengguna pakai produk yang dikeluarkan.

Keyakinan ini terbentuk apabila melihat barisan pegawai-pegawai kanan Proton dari Pengarah Urusan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sehinggalah kepada pengurus-pengurus jabatan seperti Proton Edar, Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), pemasaran, perhubungan awam dan perhubungan pelanggan serta seorang ‘Mat Salleh’ Jerman yang rupa-rupanya diimport dari BMW khusus untuk menguruskan aspek kualiti produk.

Di pihak penulis dan wartawan yang dijemput itu, meskipun maklum mungkin wujud elemen ‘mesra Proton’ namun ia tidaklah sampai ke tahap ‘embedded reporter’ seperti wartawan Amerika Syarikat yang menulis Perang Iraq!

Sekurang-kurangnya wakil media senang hati melihat pengurusan Proton menghormati peranan media yang tanpa teragak-agak mengkritik keputusan yang tidak digemari seperti isu menjalin semula hubungan dengan Mitsubishi Motors Co. yang dikhuatiri boleh menjerumuskan Proton kepada model-model ‘hampa’ seperti Proton Juara sekali lagi.

Sesi randau berkenaan dipecah kepada beberapa topik dari soal produk terkini syarikat kereta nasional tersebut, Proton Exora sehinggalah kepada pendedahan mengenai model-model yang sedang dirancang.

Kelompok media yang dipilih ini merupakan kelompok yang sama dipelawa melakukan uji pandu model prototaip Exora beberapa bulan sebelum pelancarannya pada April lalu. Sejak itu juga, beberapa siri ulasan pandu uji juga sudah diterbitkan dan tentunya menyentuh hebat mengenai isu kelemahan atau kelebihan Exora.

Sesi perbincangan itu tidak ada syarat atau sekatan. Apa sahaja yang tidak dirasakan tidak kena atau boleh dipertingkatkan lagi, dinyatakan secara terus-terang (malah panjang lebar) kepada semua pegawai Proton yang ada kena-mengena secara langsung dengan projek Exora.

Sesi ini tidaklah sama menarik berbanding sesi sebelah petang apabila pegawai-pegawai bahagian R&D mendedahkan lukisan-lukisan peringkat awal mengenai model-model yang akan dibina oleh Proton bagi tempoh lima tahun lagi.

Pendapat wakil media ditanya, kemudian dicatat untuk diteliti lebih lanjut. Ini mungkin pertama kali dalam sejarah sejak kewujudan industri automotif nasional, Proton benar-benar merapati dan menggunakan sepenuhnya maklum balas atau input daripada penulis atau wartawan automotif.

Selain itu, Proton membawa khas dua buah kereta untuk tontonan eksklusif iaitu edisi khas Proton Saga yang akan dilancar di Johor pada Selasa (hari ini) dan model pengganti Waja (tahap enjinnya ialah 1.8 liter dan 2.0 liter yang pasti menawan dan menggegar jiwa!).

Hal ini diperakui sendiri oleh pemerhati industri automotif tempatan, Chips Yap yang kini menguruskan laman web Motor Trader dan berpengalaman lebih 30 tahun, termasuk detik-detik kelahiran Proton pada 1982.

”Mengadakan sesi randau dengan penulis pemotoran tidak mungkin dilakukan oleh pengurusan sebelum Datuk Syed Zainal Abidin dan langkah yang julung kalinya oleh beliau ini wajar dipuji.

”Bukanlah kami ini pakar sangat untuk Proton berbuat begitu tetapi acara itu jelas menunjukkan beliau mahu mendapat input dari sumber berlainan bagi membantu dirinya dan pasukannya untuk membentuk hala tuju bagi Proton. Ini menunjukkan beliau tidak memikirkan dirinya seorang sahaja yang pakar dan semua orang lain tidak tahu apa-apa,” kata Chips.

Chips mungkin berpandangan demikian kerana pengalamannya dengan pengurusan Proton sebelum era Syed Zainal Abidin. Tatkala semua pihak memperakui kekuatan pengaruh Internet di mana ia menjadi platform orang ramai meluahkan kekecewaan mengenai kualiti produk, pengurusan sebelum ini bertindak untuk tidak mengendahkan Internet.

Syed Zainal Abidin tidak segan silu mengaku dirinya memang meneliti dan membaca luahan-luahan hati yang terpampang dalam Internet, sama ada laman web atau blog. Malah beliau menyediakan e-mel khusus untuk mendengar secara langsung luahan hati pengguna menerusi alamat e-mel blog.w.sz@gmail.com.

Bagaimanapun beliau telah meminta supaya aduan dikemukakan dahulu kepada unit perhubungan pelanggan iaitu i-Care di talian percuma 1-300-880-888 atau e-mel i.care@proton.com dan jika masih tidak puas hati, barulah memanjangkan kepadanya.

Tentunya ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan Proton. Syed Zainal Abidin faham cabaran paling besar yang dihadapinya bukan semata-mata menyediakan produk yang menepati cita rasa rakyat tetapi paling kronik ialah persepsi negatif yang melekat pada jenama Proton.

Yang anehnya, persepsi ini hanya teruk melanda Proton sebagai kereta nasional tetapi jenama-jenama kereta lain yang mendapat status nasional pula terlepas bebas. Mungkin stigma ini didorong oleh pengetahuan orang ramai bahawa jenama-jenama kereta nasional lain hanyalah penukaran lencana kereta daripada syarikat Kia, Peugeot, Hyundai dan Daihatsu semata-mata, manakala Proton adalah sebuah produk yang dibina oleh rakyat Malaysia sendiri.

Pengetahuan sebegini ada positif dan negatifnya. Positifnya ialah ia secara langsung mengiktiraf bahawa kereta yang benar-benar layak menerima status kereta nasional ialah Proton sahaja, walaupun mungkin kerjasamanya dengan Mitsubishi akan mengembalikan skeptikal umum tetapi ia disifatkan suatu bentuk usaha sama yang tidak boleh tidak, terpaksa dilaksanakan dalam era globalisasi kini.

Aspek negatifnya pula ialah ia menunjukkan suatu bentuk gerakan merendah-rendahkan keupayaan anak Malaysia yang berlarutan dalam industri automotif. Anda mungkin perasan orang gemar mengetuk-getuk badan kereta Proton tetapi tidak pula berbuat demikian kepada kereta lain. Mungkin mereka mengharapkan badan kereta itu akan kemik sebab ‘ada orang kata ia diperbuat daripada tin milo’.

Dalam konteks ini, Syed Zainal Abidin kelihatan bersungguh-sungguh dan kesungguhan ini diterjemah sebagai satu kewajaran di mata orang ramai bahawa sebagai orang nombor satu Proton, usaha mengekal dan meningkatkan kualiti produk adalah keutamaan beliau.

Siapa lagi yang layak memberi contoh terbaik sebegini kalau bukan Pengarah Urusan Proton sendiri. Atas faktor ini juga bila timbul isu siapa yang wajar dijadikan ikon atau duta produk bagi Proton, penulis berkeras menyarankan agar Syed Zainal Abidin sahaja yang menjadi duta tersebut.

Ada yang berkata Syed Zainal Abidin wajar menguruskan wajah korporat sahaja dan biar peranan itu diberikan kepada selebriti tetapi silalah tanya Edaran Otomobil Nasional Berhad mengenai hasil pulangan pelaburannya setakat ini.

Syed Zainal Abidin mempunyai aura dan sehingga kini, berjaya meyakinkan bukan sahaja pemegang-pemegang saham syarikat tetapi lebih mustahak, warga Proton termasuk golongan kolar biru di kilang Shah Alam dan Tanjung Malim bahawa mereka memiliki pemimpin yang tahu apa hendak dibuat dan sedia pula mendengar maklum balas dari akar umbi.

Jika Syed Zainal Abidin berjaya mengembalikan keuntungan bersih kepada Proton menerusi penawaran model yang tepat dan juga menjalin pakatan strategik yang berkesan dengan entiti asing, mana tahu beliau mungkin diketengahkan ke bidang yang lebih berorientasikan rakyat pula menjelang 2012.

Artikel dari Utusan Online 7 Julai 2009 dan fantastikodesign

Komen-komen
  1. Adam berkata:

    Nampaknya DSZ benar2 memahami kehendak dan pemikiran org mesia sekarang… esp tang dia kata pendapat umum org mesia .. pengeluar keta nasional adalah Rebadge keta org…

    sekarang ni persaigan proton adalah lebih kepada menyaingi pengeluar keta rebadge perodua dan Naza…

    dan sebab tu proton sendiri akan keluarkan keta rebadge (kerjasama dgn Mitsubishi) thn depan…

    apa2 pon persaingan tu perlu la secara profesional… adalah tak beretika perodua melakukan spyshot (setakat rebadge pon nak spyshot ka?) ketika exora dilancarkan dan org kuat perodua sendiri kata MPV mereka utk pengguna2 wira dan waja sekarang…

    dan proton pasti ada strategi utk counter cara tak profesional perodua ini…

    pertama : semasa perodua nak launch MPV mereka November ini… proton pulak akan reveal pasal upcoming New Sedan ( Rebadge dari Mitsubishi fortis/lancer)… pastinya pengguna wira/waja sekarang akan berkira2 utk upgrade keta mereka pada Sedan baru keluaran proton/Mitsubishi ni berbanding perodua MPV…

    dan ditambah dgn exora SE atau base line model yg murah utk

    perodua akan keluarkan new facelift viva mungkin september ini.. sebab tu proton sekarang dah awal2 keluarkan Saga SE utk pastikan jualan utk saga berterusan …

  2. prodas berkata:

    Kerjasama Proton dan Mitsubishi
    Komen dari DSZ
    Yang anehnya, persepsi ini hanya teruk melanda Proton sebagai kereta nasional tetapi jenama-jenama kereta lain yang mendapat status nasional pula terlepas bebas. Mungkin stigma ini didorong oleh pengetahuan orang ramai bahawa jenama-jenama kereta nasional lain hanyalah penukaran lencana kereta daripada syarikat Kia, Peugeot, Hyundai dan Daihatsu semata-mata, manakala Proton adalah sebuah produk yang dibina oleh rakyat Malaysia sendiri.

    Pengetahuan sebegini ada positif dan negatifnya. Positifnya ialah ia secara langsung mengiktiraf bahawa kereta yang benar-benar layak menerima status kereta nasional ialah Proton sahaja, walaupun mungkin kerjasamanya dengan Mitsubishi akan mengembalikan skeptikal umum tetapi ia disifatkan suatu bentuk usaha sama yang tidak boleh tidak, terpaksa dilaksanakan dalam era globalisasi kini.

    Aspek negatifnya pula ialah ia menunjukkan suatu bentuk gerakan merendah-rendahkan keupayaan anak Malaysia yang berlarutan dalam industri automotif. Anda mungkin perasan orang gemar mengetuk-getuk badan kereta Proton tetapi tidak pula berbuat demikian kepada kereta lain. Mungkin mereka mengharapkan badan kereta itu akan kemik sebab ‘ada orang kata ia diperbuat daripada tin milo’.
    berlanjutan dgn komen DSZ diatas

    2010 merupakan thn yg meriah bagi proton…
    beberapa model baru yg menggemparkan akan dikeluarkan pad thn depan…

    antaranya
    1. New Sedan car-Waja replacement ( base from Mitsubishi Fortis/lancer)
    2. New small car- savvy replacement ( base from Mitsubishi Colt?)
    3. New varian of Exora (1.6 Turbo)

    senarai diatas hanyala andaian peyno semata2..

    dan kalau kita lihat model yg bakal dikeluarkan ni adalah rebadge atau sekurang2nya perkongsian parts dgn Mitsubishi..

    Proton balik ke asal rebadge keta org???

    peyno rasa ini satu strategi yg baik dan sesuai utk automotive industri masakini..

    sekurang2nya proton masih mengekalkan pengeluaran kereta buatan sendiri dan jugak penambahan keluaran kereta bertaraf rebadge …

    kenapa DSZ nak rebadge keta Mitsu (jepun)???
    ini umumnya adalah utk cater market org mesia yg jenis suka mengagungkan keta2 yg ada sentuhan jepun (kununnya)..contohnya perodua.. org beli perodua bukan sebab kerana perodua tetapi kerana persepsi org mesia yg keta buatan atau asal dari Jepun (daihatsu) adalah terbaik bagi mereka

    dan jika model2 ini jadi kenyataan.. peyno boleh kata .. perodua dan Naza (yg selama ni 100% bergantung pada model rebadge jepun/korea/europe) akan tergugat dgn pengeluaran keta terbaru proton dan mitsubishi ini…

  3. fauzan berkata:

    Rebadge satu istilah yg tak sesuai utk waja replacement kerana apa yg berlaku adalah perkongsian platform dan penambahbaikan. bukan setakat tukar2 logo mcm kereta nasional yg lain. Saya rasa mitsu pun tak akan gunakan istilah yg sama bila produksi compact mpv n compact sedan mereka yg menggunakan platform exora dan persona nanti. Cara ini dpt kurangkan kos dan risiko. Apa2 pun, semuanya begantung budget. cthnya pesona yg menggunakan paltform gen2 mengambilkira 40% modifikasi dari yang kita nampak dan tidak nampak.

    Proton, bintang timur mu semakin cerah menyinar di langit dunia… Autobot. roll-out!!🙂

    cheers!

  4. prodas berkata:

    betul…proton harapan mu akan bersinar di persada dumia menjelang 2010 nanti…amin……

  5. Adam berkata:

    hehe
    anyway, peyno di cari dan Adam adalah org yg sama..:)
    Fauzan.. saya kurang setuju.. Waja replacement ni lebih pada Rebadge Mitsu lancer utk mengurangkan kos

  6. prodas berkata:

    ooo…patut lah…saya amek dari mforum.cari….hahahahha

  7. Adam berkata:

    prodas.. takpe.. ada gambar exora prime yg saya amik dan letak kat forum cari tu pon saya tgk ada kat sini… it’s ok.. hehe

  8. prodas berkata:

    ok..lah kita boleh kongsi2 info….tak salah kan….adam?????

  9. Adam berkata:

    no problem…picture tu bukan ada hak milik pon… hanya utk kita share bersama.. saya amik gambar tu disalah sebuah PE SC.. kebetulan masa tu DSZ datang situ bawak exo prime

  10. campromania berkata:

    offtopic, salam bro sekalian..ni impressi sy pasal waja 2010

    http://funtastickodesign.wordpress.com/2009/07/12/ekslusif-waja-2010-impression-dari-funtasticko/

  11. fauzan berkata:

    to adam : hehe.. masing2 ada pandangan masing2. Pendapat saya berdasarkan kenyataan2 DSZ. Dia pun takde plak buat statement projek waja replacement adalah rebadge car from mitsu tapi perkongsian komponen katanya. ‘Rebadge’ hanya lah istilah tapi perbezaan maksud yg besar. Walaupun nanti waja replacement hanya menggunakan 90% platform drp keseluruhan platform lancer evo menurut perjanjian mitsu-proton (perkongsian komponen) sebelum nie disebabkan kekangan budget, bagi saya ia masih tak dipanggil rebadge jika ada modifikasi dan penambahbaikan drp model tersebut. Bukan sekadar perubahan kosmetik (tukar bumper depan, belakang… and logo)

    cheers!

  12. campromania berkata:

    betul cakap fauzan tu, yg mmang confirm hadling mesti lotus kasi tune kaw2 nye..ntah2 jauh lg best dari model asal dia..hehehe, abis la mitsu kali ni..

  13. fauzan berkata:

    Bro, just nak kongsi2 citer kat blog Australian’s car advice bila orang bukan malaysian (org Egypt) bangga dgn apa yg kiter ada dan amat memalukan bila rakyat malaysia sendiri kat blog tu menyalak2 mcm anjing tak tau bersyukur, mencanang keburukan kereta nasional kiter (proton saga 1.6 yg bakal memasuki pasaran Australia dlm februari 2010 nie). : –

    “Nope, i’m egyptian, we have proton here especially gen2 and waja,, Yes Proton not the best cars, but most of them are value for money and they keep growing on me now.
    I think proton cars are great in it class. i’m happy with proton.
    and i’ve said the rude things to some malaysians because i’ve seen them always cursing their country/ proton and urge other not to buy proton, what the hell was that?? show ur loyal to ur contry atleast. If you didnt happy with proton, just stop buying it and let others judge it by theirself but some of u are very sick, blame protons for tax and bla bla bla..Pls go check car price in singapore.. and come to egypt to see cars prices here and you will know u are very lucky in malaysia.

    We here in egypt have about 16 automotive assemblers since 1960s .. but none of them able to make even a cars tyre until now !!
    Just be gratefull my fellow malaysian and proud of ur struggle proton and country, it wont hurt u. if u are unable to support by buying their products, just shut up ur mouth. thats better. We have our thought and consideration of things too. we dont need ur statement and bashing to brainwash our mind. ”

    Sedar2 la rakyat malaysia yg bengong tu!

    Cheers!

  14. Adam berkata:

    Fauzan
    OK la tu… tukar2 pendapat.. tu baru namanya berforum kan
    secara peribadi istilah rebadge tu bukan utk merendah2kan keupayaan proton tapi lebih kepada cadanagn pada proton utk cater market org malaysia yg jenis suka agung2kan barangan dan buatan luar tetapi memandang dan skeptikal pada buatan sendiri…

    dlm maksud lain saya lebih prefer proton hanya tukar logo dan tak buat byk perubahan pada keta tersebut… sebabnya.. org mesia jenis yg saya katakan diatas ni mmg jenis mempunyai kepercayaan penuh pada keta asal buatan jepun( asal jepun je mereka fikir itu yg terbaik).. so bila kurang sentuhan proton.. maka mereka lebih mempercayai product tersebut

    pendek kata model rebadge proton kali ni lebih kepada marketing strategy utk menambahkan penjualan kereta mereka dan mendapatkan kepercayaan pada puak yg mudah rasa terkagum dgn keta buatan luar

  15. campromania berkata:

    biasa la org malaysia ni mmang skeptikal ngan barangan keluaran sendiri dan suka mengagung2kan buatan luar…cuba tengok negara yg dah maju mcam jepun & korea, rakyat diorg bangga menggunakan barangan keluaran mereka walaupn tahu barang tu xla sehebat mana dan ada masalah2 jugak..tapi mereka xmaki atau hentam sesuka hati, mereka bagi komen & kritikan yg membina utk meningkatkan lagi kualiti barangan tersebut..

    tapi kat cni mmang berbeza, mungkin ini la akibatnya apabila terlalu lama negara kita dijajah, sehinggakan sampai sekarang minda masih dijajah ..saya simpati dengan org yg macam ni..kalau la semua rakyat malaysia mcam ni mmang kita xkan maju ke depan..tapi syukurlah sbab lebih ramai yg berfikiran positf & terbuka..

    kalau org luar boleh berbangga dengan pencapaian kita,maknanya mmang terbukti kita berupaya dan boleh menjadi lebih baik lagi..fikir2 kan lah..

  16. adik berkata:

    jepun senyum je tgk org malaysia sebab diorang masih dapat menjajah pemikiran rakyat negara kita hanya melalui perodua.

  17. Prismo berkata:

    fauzan…
    tak aci la kalo bro sorang je baca komen2 dari webs tu.. bagila link australia’s car advise tu kat sini… bosanla aku baca komen dari org cerewet dari org british yg kebanyakannya sombong belaka..🙂

  18. farghmee berkata:

    betul tu, minda kita masih dijajah!

  19. Prismo berkata:

    err… cakap baik2 bro farhmee… minda aku bebas dari jajahan..😀

    laaa…. adam ni si peYno rupanya… apabakar bro?😉

  20. farghmee berkata:

    opss sori🙂
    so..minda slain kita masih dijajah?

  21. Prismo berkata:

    salah tu.. mcm ni bunyinya.. minda sesetengah org malaysia ni, org kita masih dijajah.. hehe…😀

  22. farghmee berkata:

    hahaha😀

  23. Adam berkata:

    err… cakap baik2 bro farhmee… minda aku bebas dari jajahan..

    laaa…. adam ni si peYno rupanya… apabakar bro?

    Prismo – 14 Julai 2009 at 2:54 am
    ====================
    prismo.. sihat
    sebelum ni kita ada kenal dimana2 forum ke?? aku lupa la..hehe

  24. Prismo berkata:

    laa…. xkan x kenal org yg selalu “menyalak” kat paultan bersama dgn farghmee, tokmoh, bmpower dan lain2 lagi member “TJCC” yg selalu support proton.. hehe.. aku rasa farghmee mmg perasan aku kot? hehehe😀 B-)

  25. Adam berkata:

    Prismo
    ooo ok ok.. patut la cam familiar je nick korang ni… yup,, kat paultan..heh

  26. campromania berkata:

    kepada farghmee, prismo,tokmoh,prismo dan kawan2 yg lain yg slalu defend proton kat paultan, teruskan usaha anda..1 hari nanti diorg akan bukak mata..backup la bro 460 tu..jgn biar dia berjuang sorang2..hehehe..

  27. Prismo berkata:

    Haa.. betul la tu bro adam.. kita org kan member TJCC… beberapa thn dahulu, aku tgk byk Proton basher kat mana2 thread ttg Proton. Sekarang ni.. bilangan mereka dah semakin berkurangan.. tetapi, kritikan mereka sedikit sebyk diperlukan utk kemajuan Proton dikemudian hari.. tapi kalo Proton dah buat benda yg elok masih gak diaorg hentam.. itulah “pure basher” dgn minda yg masih dijajah.. sure kita org akan bgn utk mempertahankannya..🙂 betul x bro farghmee?😀

    bro campro,
    punyala byk Prismo tu.. hehe..😀 betul tu, kita akan berjuang habis-habisan utk support brgan buatan tempatan.. kalo dpt mmg kita nak support 460 tu.. tapi dia ada peluru penangkis yg hebat.. dia tahu byk fakta sebab dia Protonian kan? dia x payah kasi hantam org lain, just bagi fakta yg betul dah cukup utk buat si basher terdiam… tapi kita perlu fight si basher di forum antarabangsa supaya mereka berhenti memburukkan Proton dan menghasut org supaya jgn membeli kereta proton.. kalo diaorg cakap supaya jgn beli gen2 1st batch, mmg kita tahu yg keta tu byk problem.. tapi model terbaru sekarang ni pun terjadi perkara yg sama.. memalukan betul lah org malaysia yg mindanya masih dijajah ni…

  28. farghmee berkata:

    yo my frens~ aku mmg perasan korg kt paultan.
    aku ni, yg baik aku puji, yg buruk aku bg comment🙂
    TJCC tokmoh pn dh senyap je, mgkn dia bz?

    460 mmg aku respect la. dia punya explanation mmg power.
    si-fu dh lama dh xdgr drp dia. sehat ke dia?

    eleh..
    puak2 yg ske percaya ckp org & keras kepala batu je
    yg sukar menerima perubahan.
    itu salah, ini xbetul.

    ada satu cte:
    sorgmmber ada borak ngn aku lps solat jumaat.
    dia tanya ngn nada mengutuk,
    “rugi je proton beli lotus..”
    aku tanya,
    “nape?”
    dia jwb,
    “xde hebat pn proton? sama je”
    aku balas,
    “xrugi proton bli lotus, handling kete dia bes.
    abg (sbb dia lg senior, aku panggil dia abg la) dh try kete proton yg baru2 ni?”
    dia senyap..(aku assume dia xde test drive la tu).

    8)

  29. fauzan berkata:

    hehe..chaiyok! chaiyok!

    to adam : bukan apa bro, ttg rebadge nie, kiter kena tengok juger dari perspektif cara org lain (@basher) berfikir. Tak sumer akan berfikir mcm bro katakan tu. bagi diorang rebadge nie adalah kerja2 malas, kerja amik mudah, assemble jer n low kos atau tak mampu utk buat sendiri ciplak/copycat org punya. Sedangkan apa yg berlaku antara proton-mitsu adalah pertukaran platform n teknologi. Proton dapat platform n enjin tu n diorang bleh access teknologinya sekali. Ini bagus utk masa depan proton terutama berkaitan teknologi enjin. diorang bleh explore n make better engine. Mitsu pun camtu gak, diorang pun dapat blajar bgaimana nak buat kereta high quality tapi murah n jimat masa RnD dll.

    Diorang pun dah ada pengalaman kot masa projek kereta mitsu 380 di bina di pusat RnD mitsu Australia. Kos RnD projek tu AUD 600 juta. Dgr2 kereta tu tak dpt sambutan. sekarang apa dah jadi kat pusat RnD tu? Terpaksa di tutup dan beribu2 pekerjanya diberhentikan.

    “autobot..roll-out”, “empire strike back”🙂

    cheers!

  30. Prismo berkata:

    Bro farghmee, mungkin abg tu drive Honda kot?? auto tranny… Honda Click (skuter)😀 .. itulah org cakap, jgn dok main hentam je cakap Proton ini, Proton itu.. cuba dulu baru tahu… cuba tgk si basher, belum lagi Exora dilancarkan sebelum ni, diaorg dah tahu mcm mana kualiti MPV tersebut.. mmg terre diaorg tu.. hahaha, dan tgk dgn mata kepala sendiri yg dianugerah tuhan, baru terdiam bila Exora ada kualiti tersendiri..

    Bro fauzan,
    betul, betul… aku dpt rasakan yg collaborate dgn mitsu ni ada feadahnya… bukan mcm Perodua tu, jadi pencacai daihatsu dgn toyota je…

  31. prodas berkata:

    salam….bro2 sekalian…mesra sungguh korang….dapat jumpe kawan 2 lame..hahahh bagus 2 tq bro2 semua dah memeriah kan blog ini……
    semalam adelah saya jumpe sorang mamat ni …dia kutuk proton depan den…dia kate kereta proton hari ni dapat esok dah rosak…. pas 2 sy tanya lah bang…pernah ke beli kereta proton…yang terbaru kini??? dia terdiam… pas tu sy tanye lagi suzuki Suiff 2 tak rosak ke???? dia pn terus diam… 2 lah org kite… tak pernah cube dah kutuk…. lebih percaya kat kereta luar….. huhhhhh…susah2….

  32. Yus kl berkata:

    Betul tu Bro . Saya masa mula-mula dapat Exora dulu puas jugak menjawab soalan bodoh dari mereka-mereka ini , tentang boleh ketak naik bukit , keluar simpang yg sebok dan memotong . Tapi sekarang selapas 2 bln guna mulut durjana diaorang ni dah semakin senyap sebab dah selalu kena asap dgn exora kat highway . Nanti bila versi manual dah keluar mesti lagi senyap le .

  33. fauzan berkata:

    to prismo n the geng – http://www.caradvice.com.au
    jgn ar mgharap komentar yg baik2 tentang proton di Australia tu. Selamat berjuang sumer🙂

    hehe

    cheers!

  34. fauzan berkata:

    tak jumpa gak? gie kat sini http://www.caradvice.com.au/category/proton/

    sumer citer2 pasal perkembangan semasa proton di sana.

    cheers!

  35. Adam berkata:

    citer pasal blind basher ni.. ingat la masa mula2 exora nak dilancarkan.. ada usaha dari pihak tertentu nak memburukkan exora dgn buat cite kununnya exora ni pakai platform Chery easter.. atau tujuan utama kununnya nak bagitau yg exora pakai base model dari BUATAN CHINA.. biasala org mesia kan skeptikal dgn barang buatan china..

  36. prodas berkata:

    ada sesiapa tahu….ade tak spyshot terbaru ..new waja?????

  37. khamarudin bin Osman berkata:

    Salam saya pelanggan proton baru membeli proton savvy sejak 9 bulan yang lalu,semasa saya menerima kereta tersebut saya terdengar bunyi engin nya agak kasar kemudian apabila saya menekan clutch nya bunyi yang kurang menyenangkan itu tidak kedengaran lagi saya dapati atas pengalaman menggunakan kereta yang lama bunyi tersebut datang dari bearing clutchnya,saya telah ke pusat servis berhampiran bertanyakan masalah itu dia menasihatkan saya ke pusat servis yang besar,jadi masalah nya saya terpaksa meninggalkan kereta buat sekian lama mungkin memakan masa seminggu untuk pembaikan,di sini saya ingin minta nasihat pihak yang berkenaan apa yang harus dilakukan.masalah saya tiada kenderaan lain untuk dinaiki melainkan kereta tersebut.

  38. malek bin sapari berkata:

    saya senanag memandu kerta proton persona yg baru dibeli pada awal tahun 2011. malangnya sudah 5 kali tak boleh stat injen apa bila dah ke tempat tugas.rasa keciwa dengan pembuatannya, menimbulkan masalah. rujuk deng amakanik proton beri tahu apa kerosak abok pun takada. skian.t.kasih

  39. sam berkata:

    Kereta proton memang kualitinya agak rendah… dulu saya pakai persona elegance tiga bulan pakai dah macam-macam problem akhirnya selepas setahun saya jual dan ambil honda city memang tip top tak ada problem servis pun ok. Saya harap proton dapat buat improvement dari segi kualiti bukan sahaja dari segi rekebentuk. tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s