Transformasi Proton mula nampakkan kesan…

Posted: 5 Julai 2009 in automotif

Transformasi Proton….

0leh Hezeri Samsuri- BERITA HARIAN AUTO Jumaat 3 Julai 2009

auto

auto

cetakan semula prodas blog.

kereta ape ni???

kereta ape ni???

 

Baru-baru ini, Proton mengundang beberapa penulis automotif untuk duduk berbincang mengenai kedudukan Proton.

Proton nampaknya sering bimbang kerana sentiasa ada komen yang negative diberikan, terutamanya dalam blog dan forum internet tempatan….tetapi bersyukur blog prodas..tiada lagi….

Sebenarnya, ini tidak menghairankan. Proton suatu ketika dahulu memang mempunyai masalah kualiti. Lebih memeningkan lagi ialah tampuk pemerintahan Proton dulu tidak mahu mengaku yang mereka ada masalah kualiti. Cerita teknologi berdegar-degar, tapi masalah tingkap berkuasa tak selesai-selesai.

Kerana itu, walaupun kualiti Proton kini sudah meningkat berganda-ganda, model-model yang bermasalah masih banyak di atas jalan raya dan stigma ini sukar untuk dilupuskan dalam sekelip mata.

Mungkin sukar bagi ramai untuk melupakan masalah kualiti ini, ditambah lagi dengan ramainya pembeli Proton yang  mengambil pinjaman jangka panjang, menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjual kereta bermasalah mereka.

Sikap dendam yang wujud dihamburkan kepada laman-laman blog dan forum.

Api kemarahan ini ditambahkan lagi dengan tulisan-tulisan pengarang yang kurang arif tentang proton. Seorang pengarang dari Negara jiran yang menulis untuk sebuah tabloid berbahasa Inggeris baru-baru ini menulis bagaimana beliau dengan bangganya menceritakan masalah kebodohan Proton kepada beberapa rakyat Jerman. Namun, jika dibaca ceritanya, nyata beliau tidak tahu tentang polimik sebenar industri automotif tempatan.

Proton pada pendapat penulis, sudah mula bergerak kea rah landasan yang betul . Dahulu, di bawah seliaan Tengku Tan sri Mahaleel Tengku Arif, Proton mula bangkit dari tidurnya. Mahaleel menggerakkan bahagian  penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar Proton mampu menjadi pengeluar sebenar automotif. Model waja menjadikan model sulung Proton, diikuti dengan Gen2.

 

Kemudian, bahagian kualiti dan produksi pula menjadi keutamaan bila PROTON diambil alih oleh DATUK SYED ZAINAL ABIDIN SYED MOHAMED TAHIR.

Kini, Proton menggabuangkan teknologi pengendalian dari Lotus dengan ciri-ciri praktikal yang diutamakan oleh sebahagian besar pembeli Proton. Ia mahu mengeluarkan model yang diminta oleh pasaran , dan ini dibuktikan dengan pelancaran Persona, Saga dan Exora.

Ketiga-ketiga model ini juga membuktikan tahap kualiti Proton sudah jauh meningkat.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pengekalan Pelangan , Azmi Idris, jumlah aduan mengenai masalah pada kereta Proton sudah jatuh mendadak.

Mengikut kaji selidik yang dilakukannya dua bulan setelah sebuah model dilancarkan, untuk setiap 10 orang pemilik Persona,hanya seorang yang tidak mempunyai sebarang masalah ataupun comment mengenai kereta mereka.

Saga pula, enam orang dari 10 tidak mempunyai sebarang komen/masalah dan untuk Exora, 80 peratus tidak mempunyai sebarang masalah atau komen akan MPV baru mereka.

“jika dahulu pengurus pusat servis tidak berani langsung mengangkat muka kepada pemilik baru Waja dan Gen-2, kini mereka lebih yakin untuk bekerja dengan lebih kuat kerana produk yang semakin baik kualitinya,” ujar beliau.

Masalah paling utama yang diadukan ialah bunyi(squeak and rattle), diikuti dengan masalah penggera dan tingkap kuasa

Namun masalah  tingkap kuasa kini memang ditahap yang paling minimum. Proton dengarnya mahu memberikan jaminan , dan bukannya waranti untuk tingkap kuasa mereka. Ini bermakna jika ia rosak, ia diganti dengan tingkap kuasa yang baru. Harap ini akan jadi kenyataan kerana ia akan melenyapkan komen-komen sinis.

 

Dr Wolfgang Karl Epple

Dr Wolfgang Karl Epple

 

Perubahan paling berani yang dilakukan ialah dengan penambahan tenaga baru di Proton, pengarah Kualiti Kumpulan, Dr Wolfgang Karl Epple.

Dr Wolfgang sudah bertugas selama 23 tahun di BMW dan tugasan terakhir beliau ialah sebagai PENGURUS KUALITI R&D di BMW. Sebelum itu beliau mengendalikan  projek hybrid antara BMW, Daimler, Chrysler dan GM di Detroit. Beliau juga adalah ketua projek untuk BMW 3-Series model terkini.

Selain dari Dr Wolfgang, Proton juga sudah mampu berfikir keluar dari kepompong pasaran tempatan. Proton bakal mengeluarkan dua buah model serba baru- satu ialah pengganti untuk modelnya yang terkini dan satu lagi ialah model pengganti waja. Cukup dikatakan bahawa kedua-dua model ini mampu membuat rakyat Malaysia terkejut. Malah penulis yakin model-model ini mampu meletakkan kembali Proton sebagai syarikat  automotif nombor satu Negara yang sekarang ini dipegang oleh Perodua.

Untuk masa terdekat , sebuah model edisi khas juga akan dilancarkan untuk menguatkan lagi barisan model Proton.

Proton perlukan sedikit masa lagi untuk membuktikan perjuangannya belum berakhir , malah sebaliknya ia semakin kuat. Mungkin sambutan 25 tahun Proton tahun hadapan akan menyaksikan kelahiran sebuah  syarikat automotif dengan model bertaraf dunia.

Komen-komen
  1. zoroxi2112 berkata:

    kualiti nampaknya semakin baik, namun sistem tempahan masih boleh diekploitasi oleh orang lain terutamanya bos-bos kedai proton edar, pelanggan tidak ada apa yang benar-benar yakin mengenai tenmpahan mereka..malahan ada yang ‘dipermainkan’ oleh PE. Janji 2 bulan tapi hampir tiga bulan belum dapat lagi. Suatu ketika dahulu proton pernah membuat cara tempahan seperti terus memberi nombor chasis kereta yang ditempah. ini dirasakan lebih telus dan perlu disenaraikan nombor chasis yang tiba sebagai rujukan. Begitu juga dengan P.i-care, perlu ada data tempahan pelanggan supaya boleh sentiasa disemak agar tidak dipermainkan oleh bos-bos PE. Setakat ini hanya PE sahaja yang ada data tersebut. Rasuah juga boleh berlaku. Mana tidaknya jika ada orang yang nak cepat kereta hulur je “undertble” kat bos tu..jalan ler..siapa tahu..semua data ada ngan bos..SA berani ke tegur bos dia…?? Tak punya…k. terima kasih. Bersama Membina Proton Hingga Ke Puncak Jaya.

  2. Adam berkata:

    Pada pendapat saya.. org yg masih dok hentam proton pasal quality ni adalah org yg tak update knowledge mereka dan masih berfikiran lama zaman 90an.. kalau kita tgk pon apa yg mereka hentam cume cite lama pasal bumbung wira berkarat… power window prob, handle pintu waja tercabut etc..

    dan hakikatnya org yg suka hentam ni adalah mereka yg baru nak upgrade ke keta jepun buatan ASEAN dan dah merasa dah macam bawak keta import jepun kununnya…ada tu yg bawak perodua pon dah rasa macam bawak keta jepun toyota kununnya..

    Takde masalah??? ada.. cuma mereka ni takkan gembar gemburkan masalah keta mereka sebab selama ni pon mereka dah puas hentam keta proton… malu la kalau org tau keta dia ada masalah…

    tapi kalau keta proton.. macam kes Exora ni.. proton design absorber mmg hanya pakai 3 nuts.. depa kataproton buat defect lupa pasang nuts…mereka tak paham function dan setting BCM.. macam hanya pintu driver terbuka bila tekan RC ..depa kata itu defect..

    mereka tak paham tentang trans Auto yg kurang responsive berbanding MT..dan ada tu mmg tak pernah bawak keta Auto… depa kata eXORA underpower..

    mereka tak tau ttg global automotive dimana car manufacturers di eupore terutamanya sekarang ni mengutamakan pengeluaran engine berCC kecil dgn kuasa turbo.. depa lak kata kenapa proton tak masuk cc besar utk exora sebaliknya hanya letak turbo..

    so betul la apa yg penulis tu kata.. kebayakan yg kakai hentam kat blog dan forum ni adalah jenis org yg mmg tak tahu menahu ttg dunia automotive dan hanya ikut je apa org sekeliling depa kata

  3. pegi kat link yg aku bagi ni, ia menguatkan lagi bahawa gambar pada artikel berita harian tu tipu..
    http://www.ausmotive.com/2009/02/10/all-new-mazda3-making-moves-for-melbourne.html

  4. chaku berkata:

    mmg la tipu..sekali pandang pon tau tu mazda3..tgk smiley bumper grill tu je mmg confirm tu mazda…sbb corporate face dia yg terbaru sme pakai design language tu..

  5. campromania berkata:

    suke2 hati je grafik artis berita harian auto amik mazda 3 hatchback tepek logo proton..kena sue ngan mazda baru tau..at least create la sendiri or edit la..jangan amik bulat2, betul x chaku..

  6. Fear Factor berkata:

    org yg masih dok hentam proton pasal quality ni adalah org yg tak update knowledge mereka dan masih berfikiran lama zaman 90an?????

    Hallooo Friend… Apa bukti nyata yg Proton telah buat dlm memastikan Power Window dan Handle Pintu Waja lebih berkuatili dan tahan lebih lama… takyah sebut pasai part2 yg lain. Fokuskan pd 2 part ni jer.. apa yg telah di upgrade kan??? Kalau stakat taruk plat besi kat tapak motor power wimdow dan tebalkan sikit plastik pd tuil handle pintu dah kira hebat sangat??

    Hakikatnya plat besi tu pegang pd plastik jugak… hampehh… balik plastik, balik plastik, balik plastik,

    Lu pikir laaa sendiri… Cakap X serupa Lu

  7. farghmee berkata:

    fear factor,

    u ada suggestion lain? share la kt sini🙂

  8. roslan berkata:

    tertarik dengan perkataan ada 2 model baru dalam masa terdekat… satu ganti model terkini dan satu ganti waja.
    yang aku tau mitsubishi lancer ganti waja.
    yang satu lagi?ganti model terkini?model mana?exora?

  9. sayala berkata:

    Off topik sat.

    Smlm Top Gear BBC review stria neo, teruk kena balun. Lepas tu aku tengok kat Kelab proton UK tak puas hati, depa dok bincang serang Top Gear dgn emel. hehehe. tengoklah ,, walaupun kita tau proton lum lagi setaraf keter lain, tapi org luar ada yg sanggup pertahankan dan berbangga dgn proton, yg dok kutuk suruh proton tutup kilang tu,,, hangpa ni semua sebenarnya tak layak jadi warganegara malaysia.

    ini salah satu emel yg depa hantar.

    Hello Top Gear

    Well, having heard from Proton that you would be reviewing the new proton Neo on sunday 5th I tuned in eagerly to see what your trio would make of it.
    Now being an avid viewer of your show i was well prepared for the usual Proton bashing they give out ” made by farmers in a jungle clearing etc” but was sorely disappointed when it fastly became clear that they weren’t even trying to review the car, Clarkson and co and simply picked three cars from companies they had slated in the past and used them for the predicable cheap laughs instead.
    The whole part was supposed to be credit crunching cars; instead they finally plumped for cars that on average are 3k dearer than the proton, how’s that a credit crunching deal??????

    So after many years of laughing along with Top Gear everytime they predictably said something funny about the Proton Marque we at the Proton Owners Club have come up with our own credit crunch challenge for you.

    What we propose is you have a £1000 challenge. Jeremy, Richard and James can buy any car they can for under that value and we will pit one of our Protons thats worth less than £1000 against them and we will see how we get along.

    Feel up to the challenge?
    looking forward to hearing back from you all.

    Kind Regards
    Richard
    Chairman
    Proton owners club U.K
    http://www.protonownersclub.co.uk
    07773340238

  10. Fear Factor berkata:

    farghmee

    Cadangan aku senang jer, buat jer lah part tu dr heavy duty plastic, jangan pakai plastik yg senang crack aka plastik baldi @ besen. Lagipun ada bepuluh org engineer yg gaji ribu riban takkan benda ciput pun x leh setel…

    Sekian… aku punya akal

  11. fauzan berkata:

    Saya tak rasa isu power window adalah isu besar utk keluaran proton yg terkini. Cuma kdg2 diperbesar2kan utk tujuan tertentu dan menjatuhkan moral company keluaran tempatan. Apa, kereta company lain tak ada masalah ker? Meh kita buat case study ;

    bayangkan sebulan proton (saga) kena produce dalam average 8000 unit kereta. dibandingkan toyota, honda jual dalam 200-300 unit sebulan utk pasaran tempatan. kalau defect 1% drp 8000 unit, bermakna ada 80 unit proton yang ada defect jika dibandingkan 1% kereta toyota n honda ialah 3 buah drp 300 unit sebulan. Sebab tu la rakyat malaysia nie tak faham, kenapa nampak mcm kereta proton yang banyak rosak. ..

    dan nk bagitau kat sini, bukan sumer yg hentam kaw kaw proton tu sebab kurang knowledge atau dendam kesumat tak puas hati terhadap model2 silam proton (legasi kereta2 mitsu-saga, wira, iswara dll), tapi seperti yg pernah dilaporkan oleh wartawan utusan sebulan 2 yg lalu, ada bukti perang psikollogi dikalangan pesaing automotif tempatan dan luar. Menurut wartawan tersebut, pesaing itu telah menyenaraikan semua kelemahan proton exora utk diedarkan kepada agen2 diorang dan diwar2kan dlm apa jua bentuk medium komunikasi utk mendatangkan was-was terhadap model exora tu.

    dua tiga minggu lepas ada terbaca artikel drp orang kuat perodua membuat ulasan pasal mpv mereka yg bakal keluar tu. Cuma yg tak best dan tak profesionalnya dia ada cakap pasaran mpv nie tak tergugat dan sasaran mpv tu adalah utk mereka yg dah lama menggunakan kereta wira. Dia gak menyatakan rasa bangga kerana perodua adalah top number one pengeluar kereta di Malaysia dan akan memegang title nie utk selama-lamanya.

    Yg jelas kat sini, proton ibarat bintang timur yg bakal bersinar di langit dunia. Pesaing rasa tergugat dan dah dapat merasakan gelombang tu, pandai2 la DSZ mencatur hala tuju proton dan menangkis tomahan, kritikan tak bertanggungjawab yg dilemparkan.

    Autobot… roll out! perodua akan kuar model replacement baru myvi 2010, proton pun pada 2010-2011. Kita tunggu jer perkembangannya.

    hehe. kereta dlm gambar tu Mazda3 ar. Saje nk buat isu yek…

    peace no war😉
    cheers!

  12. farghmee berkata:

    Fear Factor,

    oic..
    dh panjangkn masalah plastik kt DSZ?
    emel dia bgtau masalah tu.

  13. Adam berkata:

    Hallooo Friend… Apa bukti nyata yg Proton telah buat dlm memastikan Power Window dan Handle Pintu Waja lebih berkuatili dan tahan lebih lama… takyah sebut pasai part2 yg lain. Fokuskan pd 2 part ni jer.. apa yg telah di upgrade kan??? Kalau stakat taruk plat besi kat tapak motor power wimdow dan tebalkan sikit plastik pd tuil handle pintu dah kira hebat sangat??

    Hakikatnya plat besi tu pegang pd plastik jugak… hampehh… balik plastik, balik plastik, balik plastik,

    Lu pikir laaa sendiri… Cakap X serupa Lu
    ==================
    ha ni la contoh org yg aku cakap tak update knowledge tu..

    org cite pasal improvement PW pasal new generation of proton cars cam persona/Saga/Exora .. dia masih dok cite kisah silam masalah waja dia tu..

    so hanya semata2 PW waja dia bermasalah.. dia ingat PW saga/persona/exora pon masalah gak la tu.. hehe

  14. Adam berkata:

    Autobot… roll out! perodua akan kuar model replacement baru myvi 2010, proton pun pada 2010-2011. Kita tunggu jer perkembangannya.

    ==========================
    myvi nak keluar replacement?? senang je nak tau
    cuba tgk kat Jepun.. passo/boon/sirion dah keluarkan replacement model baru ke tak.. kalau tak lagi tu.. jgn harapla… senang je nak predict model2 syarikat rebadge ni

  15. fauzan berkata:

    hehe. no comment.🙂

    peace no war.

    Cheers!

  16. chor berkata:

    ok..ok hal power window 2 mmg ada…klau ko betol2 study brapa kali dah waja upgrade version tuk power window…jawab…jawab jgn x jawab….jawabnya dah 3 version power window yang ada…tuk latest kedai spare part luar dia ada version lapik plate…mmg tahan tapi x smooth…tp klau dari ppc aka proton part center dia ada version yang digunakan tuk waja cps..mmg diff dgn kadai luar…yang 2 mmg tahan dan smooth bila tingkap naik so klau korang nak yang baik beli la kat proton jgn beli kat luar pas 2 kena tipu/racun ngan workshp luar…2 x bagus…ni x baik…semalam jer keta waja aku brake down kat jalan klang lama…pegi la satu workshop kat bhp 2,dia pun cita la u kena ganti 2 kena ganti nie…tp aku wat x tahu jer lastly aku call member aku budak proton icare,dia datang ngan kawan aku sorang lagi dak proton gak checknya check tcu aka transmision control unit masuk air,air cond tersumbat sbbnya keta aku dh lama x servis air cond…..hahaha…2 salah aku….so diorag keringkan dan keta aku ok balik….so nampak x macam mana selalu kita kena tipu ngan org luar….

    * BRAKE DOWN COZ GEAR LOCK ON “L” GEAR

    cheers

  17. farghmee berkata:

    terer tu proton i-care. xsangka aku!
    nextime aftersales proton kena power, baru la customer rasa berbaloi.

    aku slalu g keje lalu NPE, nek moto je🙂

  18. farghmee berkata:

    so TCU masuk air, then gear lock at L?

  19. chor berkata:

    yes fargmeee
    sedih aku

  20. farghmee berkata:

    huhu..takziah chor.

    btw, ape cte saga se & exora manual nih?

  21. campromania berkata:

    sabar la ye bro chor…farghmee, saga se ngan exora manual dah launch hari ni

  22. sayaler berkata:

    “The only thing I can say is that it (the first quarter ended June 30) will be an improvement over the last quarter.”

    At present, there were 5,000 Exora MPVs registered in the market with pending orders for about 14,000 vehicles.

  23. fauzan berkata:

    top 6 model in may
    april09 may09
    ——– ——-
    1) perodua Myvi 6,072 7,118
    2) Proton saga 5,246 5,780
    3) perodua viva 4,876 5,023
    4) Proton Persona 2,976 3,448
    5) Toyota Vios 2,532 2,543
    6) Proton Exora 480 2,156

    Bro, selebihnya tengok ar kat bahagian market report blog motortrader. Sikit lagi proton nak memintas perodua sebagai pengeluar kereta nombor satu negara. Tahniah proton! tahniah diatas varian Saga SE n Exora manual tu. Kita tunggu plak versi exora turbo ujung tahun nie. Saya rasa Proton pada landasannya utk menguasai pasaran tempatan. Chaiyok!

    Cheers!

  24. fauzan berkata:

    top 6 model in may
    _______________april09________may09
    _______________ ——–_________ ——-

    1) perodua Myvi 6,072_______ 7,118
    2) Proton saga 5,246_______ 5,780
    3) perodua viva 4,876________ 5,023
    4) Proton Persona 2,976________ 3,448
    5) Toyota Vios 2,532________ 2,543
    6) Proton Exora 480_________ 2,156

    Bro, selebihnya tengok ar kat bahagian market report blog motortrader. Sikit lagi proton nak memintas perodua sebagai pengeluar kereta nombor satu negara. Tahniah proton! tahniah diatas varian Saga SE n Exora manual tu. Kita tunggu plak versi exora turbo ujung tahun nie. Saya rasa Proton pada landasannya utk menguasai pasaran tempatan. Chaiyok!

    Cheers!

  25. saiful berkata:

    Aduyai….. Mazda rupanya…..
    Tipah tertipu…..!😉

  26. Prismo berkata:

    Fear Factor,
    PROTON WAJA tu keluaran thn 2000 dimana “TM” jadi CEO Proton pada masa tu.. betul lah kata adam tu yg org asyik cakap ttg cerita silam proton.. Sekarang ni DSZA sendiri membaca dan mendengar masalah org ramai dgn keta proton selama ini.. dia sendiri turun padang utk bertemu dgn “car journalist” bagi mendengar pendapat mereka ttg apa yg diperlukan supaya org ramai dpt menerima sebaiknya kereta model baru Proton yg dihasilkan dibawah seliaannya.. Kalo cakap ttg Waja, aku pun pengguna waja.. kalo org cakap Perodua lagi baik, pernah aku baca komen org cakap yg maintenance kereta kancil lebih mahal berbanding waja dia sebab kerap kali rosak.. Waja aku pun ada masalah.. door handle pun pernah patah.. tapi percaya tak yg aku dpt membeli sebijik door handle itu dgn harga serendah RM6 (black color).. tapi regulator powerwindow Waja aku xder masalah setakat ni… cuma suis je yg pernah tukar… itupun cuma sekali je…

    kalo org suka sgt dgn keta import.. aku ada cerita ttg kawan aku yg pakai waja jugak tapi eksiden langgar belakang Naza Citra.. bumper citra tu tu pecah, tapi bumper Waja dia cuma pecah sikit je.. dan org tu mintak ganti bumper yg baru… nak tahu berapa harga bumper belakang citra tu? RM650 belum termasuk cas sembur cat.. pening kepala dia sebab dia ingat yg bumper Waja mesti harganya mahal jugak.. tapi aku gi bawak kat tempat dealer yg aku selalu beli spareparts utk keta proton.. harga bumper Waja tu cuma RM90 je… last2 dia angkat bumper R3 sebab harga dia cuma RM110 (belum sembur cat)… cuba fikir kalo owner citra tu langgar barang ke, tiang ke dan bumper dia pecah.. tak ke sakit kepala nak ganti bumper tu..

  27. Prismo berkata:

    testing… testing.. 1..2…3…. 🙂

  28. chor berkata:

    test…test…..dgr cita exora se dah nak kuar gak…tp yang xde turbo la….tambah side skirt jer….any comment…..budak kilang s.alam bagi tau smalam..huhuhuhu

  29. chor berkata:

    perodua Myvi 7,118 Proton saga 5,780
    perodua viva + 5,023 Proton Persona 3,448
    ——– Proton Exora + 2,156
    12,141 ————-
    11,384
    Diff… dia cuma 757 biji jer
    siap la produa pas nie.

  30. chor berkata:

    alamak dah jadi lain macam jer….sorry bro..tp janji 757 jer diff…hahaha

  31. campromania berkata:

    betul ke berita tu bro chor, cepat betul exora kua SE..

  32. fauzan berkata:

    just nak share info pasal WAJA nie dri apa yg saya tahu :

    production waja mula tahun 96′-97′, hasil usaha sendiri pertama proton. Dikenali sebagai proton IMPIAN utk pasaran eksport. Kos RnD pada masa gawat tu mencecah RM 1 bilion berbanding exora RM480 juta jer. Ketahanan 10 kali lebih utuh drp keluaran pertama SAGA. Seramai lebih 1000 org engineer terlibat dlm pembinaannya jika dibandingkan dgn Exora adalah seramai 250 org engineer sahaja. Mgkin proton tidak membangunkan kereta baru berdasarkan platform waja sebab sudah tidak relevan lagi utk kereta2 masa hadapan (tapi rekabentuknya masih relevan hingga ke hari ini selepas lebih 9 tahun berada di atas jalanraya :0 ) lagi pun test crash NCAP 3 stars (just ok-lulus). Piawaian kereta2 proton lepas nie 4 stars. Itu jer…

    cheers!

  33. sayaler berkata:

    tapi ni aku dapat dari wiki :
    The Proton Waja is a saloon car designed in-house by Malaysian automotive company, Proton, first released in August 2000. The Waja is the first Malaysian-designed car, with a chassis derived from a Mitsubishi Carisma and a Volvo S40

    point nak habaq : with a chassis derived from a Mitsubishi Carisma and a Volvo S40

    cemana tu?

  34. campromania berkata:

    bro prodas, off topic..dah terima email sy pasal design logo tu ke? sy dah anta..

  35. prodas berkata:

    ok bro tapi kenapa tak boleh buka..gambar 2???? boleh antar sekali lagi???

  36. prodas berkata:

    bro ok saya dah dapat lihat….

  37. Adam berkata:

    2010 merupakan thn yg meriah bagi proton…
    beberapa model baru yg menggemparkan akan dikeluarkan pad thn depan…

    antaranya
    1. New Sedan car ( base from Mitsubishi Fortis/lancer)
    2. New small car ( base from Mitsubishi Colt?)
    3. New varian of Exora (1.6 Turbo)

    senarai diatas hanyala andaian saya semata2..

    dan kalau kita lihat model yg bakal dikeluarkan ni adalah rebadge atau sekurang2nya perkongsian parts dgn Mitsubishi..

    Proton balik ke asal rebadge keta org???

    saya rasa ini satu strategi yg baik dan sesuai utk automotive industri masakini..

    sekurang2nya proton masih mengekalkan pengeluaran kereta buatan sendiri dan jugak penambahan keluaran kereta bertaraf rebadge …

    kenapa DSZ nak rebadge keta Mitsu (jepun)???
    ini umumnya adalah utk cater market org mesia yg jenis suka mengagungkan keta2 yg ada sentuhan jepun (kununnya)..contohnya perodua.. org beli perodua bukan sebab kerana perodua tetapi kerana persepsi org mesia yg keta buatan atau asal dari Jepun (daihatsu) adalah terbaik bagi mereka

    dan jika model2 ini jadi kenyataan.. saya boleh kata .. perodua (yg selama ni 100% bergantung pada model rebadge jepun) akan tergugat dgn pengeluaran keta terbaru proton dan mitsubishi ini…

  38. fauzan berkata:

    to sayaler : bro, tak sumer kat wiki tu betul n official. sesiapa pun bleh add and replace fact kat situ. Info mmg bleh dapat cepat dari internet. Cuma tak bleh ar terima bulat2. kena buat study sket akan kesahihannya. dari segi saiz memang sama dgn mitsu carisma. Tapi bukan. Masa tu ex-PM (Tun Dr. Mahathir) nk proton cipta kereta sebuah kereta seperti BMW (so, waja dikenali sebagai – BMW Asia). Official release mmg ar tahun 2000. Produksi RnD mgambil masa yg lama (maklum la pgalaman pertama buat kereta sendiri), dan melibatkan bgitu ramai engineer (termasuk consult dari luar negara). Project nie bermula tahun 1996-97. It takes more then 24 month.

    Hanya sebab kereta2 sebelumnya dari mitsu, termasuklah perdana (mitsu eterna), ramai yg kaitkan waja dgn model2 mitsu sebelumnya termasuklah mitsu carisma atas tujuan tertentu. Ini just nak melekehkan hasil anak2 tempatan : tengoklah, kalau buat kereta sendiri pun sebenarnya tiru/rebadge/modify kereta org lain. Benda2 nie lah yg ingin disebarkan secara halus didalam minda org ramai terhadap pembuatan kereta nasional (proton).

    Cheers!

  39. fauzan berkata:

    (refer sket2 kat kenyataan DSZ semasa pelancaran exora ari tu)😉

    cheers!

  40. Adam berkata:

    pendek kata
    bagi org mesia yg suka mengagung2 keta buatan dan ada sentuhan jepun..
    Nah amik ko.. aku bagi keta lancer dan colt rebadge utk korang….

    tu bahasa kasar la DSZ nak baitau kat org yg mudah kagum dgn jepun ni…

  41. prodas berkata:

    betul 2 adam….

  42. Adam berkata:

    proton dan DSZ khususnya mmg dah study citarasa dan pemikiran org mesia ni…
    dimasa akan datang utk memastikan proton diterima oleh rakyat mesia dan pasaran global…serta langkah utk penjimatan kos dlm merekabentuk sesebuah kereta…kerjasama dgn mitsubishi adalah tindakan yg bijak… tetapi dlm masa sama proton tetap akan mengeluar dan mereka bentuk product keluarannya sendiri..
    mungkin
    70%- model keluaran sendiri
    30%-model rebadge dan kerjasama dgn syarikat luar

    sekurang2nya proton takdela cam Naza dan perodua yg 100% product mereka adalah rebadge keta org semata mata

    70% model keluaran sendiri tu utk mereka yg mmg gemar dgn product proton yg terbukti handling dan design product baru yg menarik seperti Saga BLM, persona dan exora yg dah mula diterima masyarakat

    30% product rebadge tu pulak tu utk mereka yg suka merendah2kan product buatan anak tempatan dan selalu menganggap buatan luar adalah superior

  43. hezeri samsuri berkata:

    Tertarik dengan komen-komen dari beberapa penulis “matang” di sini.

    Mazda3 dengan logo Proton itu memanglah disengajakan. Kenapa? Kami hendak tahu apa pendapat rakyat jika Proton mampu mengeluarkan model secantik itu. Alhamdulillah kepada yang mengeji, dapat saya sedikit pahal free.

    Bukan mudah untuk maju, apatah lagi bila sudah membuat kesilapan. Rakyat Amerika suatu ketika dahulu begini juga. Cukup angkuh dengan barang impot, dan memandang hina produk sendiri. Namun kempen kesedaran yang dilakukan oleh pihak kerajaan berjaya mengubah persepsi itu. Kini, logo Made in USA digunakan dengan bangganya oleh rakyat Amerika, dan juga sebahagian besar kaum Bumiputra Malaysia.🙂

    Give credit when its due, and if you want to be fair, compare the current Proton products with the Wiras and the Wajas and the Gen2s.

    Banggalah rakyat kita sendiri, dan kawan kawan kita sendiri, mampu membuat kereta yang akhirnya diuji oleh mat saleh mat saleh dalam Top Gear. Kenapa mereka tak menguji kereta dari China? Adakah mereka takut dengan kebangkitan kaum Asia?

    Cuba tanya pada Encik Clarkson, syarikat kereta besar manakah yang masih milik orang UK?🙂

    Clarkson hidup senang kerana mengeji orang, dan kita jangan terlalu alpa menjadi hambanya. Susah senang kita, bukan mat saleh yang bantu.🙂

  44. Prismo berkata:

    Betul tu encik Hazeri… jeremy tu mmg hidup senang kerana mengeji org.. dia tu bukannya tahu dosa pahala.. yg aku heran, kenapa rakyat kita sendiri boleh terikut-ikutan dgn badut2 top gear tu dan terima je bulat2 apa2 kritikan..? kalo kritikan yg munasabah bolehlah diterima dan dijadikan iktibar utk Proton memajukan diri.. tapi apabila dia org cakap yg kereta Proton dibuat didalam hutan oleh petani tu mmg kenyataan yg melampau.. dia x pernah gi Malaysia jgn cakap sembarangan.. Malaysia ni sebuah negara yg unik yg pesat membangun tapi masih lagi mempunyai hutan simpan yg besar…

    Aku rasa JC tu bengang dgn Proton sebab beli syarikat kebanggaan dia iaitu LOTUS kot?? hahaha😀

  45. farghmee berkata:

    ckp psl brgn buatan tempatan,
    aku pernah baca satu artikel (kalu xsilap dlm wikipedia)
    berkaitan apa itu “made in germany”.

    summary:
    1. dulu time perang, brg2 germany ni of the lowest quality.
    2. kalu ckp dr germany, mesti org perlekeh.
    3. tp diorg bangkit smula lps perang.
    4. warga deutschland (Deutscher) pn support produk sendiri.
    5. r&d dipertingkatkn.
    6. skrg hasilnye: sapa xbangga kalu ada produk “made of germany”?
    kalu nk ckp psl jam, jam Glashütte dr germany antara the best!
    kalu ckp psl kete, Merc, BMW, VW, Porsche, Audi sume dr germany.

  46. fauzan berkata:

    saya suka gak tengok citer top gear tu. tapi tengok dengan kesedaran bahawa citer nie just hiburan permotoran jer. tapi mmg sakit hati gak biler slamber dek jer JC nie condem kereta2 orang. Nak2 kereta proton. Semuanya tak elok pada mata dan batang hidung sombong nya tu. Mulut tak dek insuran langsung! kedai insuran pun tak hingin nak insuran kan mulut dia tu. Biar jer la.. biar si luncai terjun dgn labu2nya. Yg penting rakyat kena sedar, di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Hujan emas dinegeri orang, ujan batu dinegeri sendiri. Segala kelemahan pada proton sepatutnya diberi kritikan membina bukan tomahan caci maki kesumat jiwa.

    cheers!

  47. farghmee berkata:

    mmg dh mulut british cmtu.
    org kita pn ikut2 la gaya cmtu.

    TG tu utk hiburan je🙂

  48. campromania berkata:

    wah, en hezeri samsuri pun dah join da club..pasni leh la en hezeri siggah2 kat blog futasticko design gak, leh la bagi komen kat waja impression dari sy, ni link dia

    http://funtastickodesign.wordpress.com/2009/07/12/ekslusif-waja-2010-impression-dari-funtasticko/#comment-1701

    sori la bro prodas, nak jemput journalist ni bukan senang..hehe,jangan marah

  49. farghmee berkata:

    bro bangau, cayalah!

  50. Sayaler berkata:

    Bro Fauzan, wiki tu terbuka untuk sesiapa modify… kalau saudara pasti dengan apa yg saudara cakapkan, saya pn suka dan saya minta saudara register kat situ dan modify bagi perbetulkan fakta. insyaAllah.

  51. fauzan berkata:

    hehe. org proton ar yg kena betulkan fakta tu. Sapa la kiter…

    cheers!

  52. prodas berkata:

    campromania…lawa waja impression bro..nice… tak de spy shot terbaru ke???

  53. prodas berkata:

    ok campromania…kita kan boleh kongsi2..hahahh untuk memeriahkan blog…hahhaahah

  54. Aerials berkata:

    Realistik la sikit wahai rakyat jelata. Apakah pencapaian Proton sejak 25 tahun usianya? ada komen berbunyi,

    “Pada pendapat saya.. org yg masih dok hentam proton pasal quality ni adalah org yg tak update knowledge mereka dan masih berfikiran lama zaman 90an.. kalau kita tgk pon apa yg mereka hentam cume cite lama pasal bumbung wira berkarat… power window prob, handle pintu waja tercabut etc..”

    Aku pengguna Proton Savvy dan pernah mendapat pendidikan Teknologi Automotif, dan baru-baru ini sistem AMT tersebut mengalami kerosakan dan memerlukan RM 15 ribu untuk kos baik pulih. Berbaloikan RM 15 ribu untuk harga spare-part kereta segmen-C?.
    Waranti dah habis. Korang boleh la cakap pasal korang tak pernah kena. Nak jual kereta ade problem, sape nak beli? Hutang dengan bank tak surut-surut jugak lagi. Bila aku nak kahwin macam nih? takkan nak pinjam duit kat Ah Long pulak atau pajak ladang kat kampung nu semata-mata nak repair kereta kecik yang boleh berlaga siku kalau drive.

    Jadi encik zoroxi2112 sila pikirkan semula komen anda. Kalau kualiti baik, lebih kompetitif, dapat penuhi piawaian antarabangsa dan design bagus, aku la orang pertama akan berkobar-kobar menyokong Proton ini. Buat masa ini, aku masih berpikir bahawa Proton lebih elok jual baldi je la, itu pun silap-silap banyak defect pasal tangkai senang patah.

    Kalau Proton tutup padan muka korang ngan muka-muka aku sekali, tapi sekurang-kurang aku puas hati Proton berenti dari membebankan rakyat Malaysia dari memiliki produk automotif yang lebih berkualiti dari luar.

  55. I don’t even know how I ended up right here, however I assumed this post was great. I do not recognise who you might be however certainly you are going to a well-known blogger if you happen to are not already😉 Cheers!

  56. What’s up it’s me, I am also visiting this web site on a regular basis, this site is
    in fact pleasant and the people are in fact sharing pleasant thoughts.

  57. Hi there would you mind letting me know which webhost you’re working with?
    I’ve loaded your blog in 3 different internet browsers and I
    must say this blog loads a lot faster then most.
    Can you recommend a good hosting provider at a honest price?
    Kudos, I appreciate it!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s