Pic Test drive EXORA

Posted: 16 Mac 2009 in automotif, PROTON, proton Exora
proton-exora-prototype

proton-exora-prototype

ruang atas yg luas..serta kedudukan air con

ruang atas yg luas..serta kedudukan air con

pandu uji

pandu uji

jelas bahawa orang dewasa boleh duduk dengan selesa di belakang

jelas bahawa orang dewasa boleh duduk dengan selesa di belakang

tempat duduk barisan ke dua sungguh selesa

tempat duduk barisan ke dua sungguh selesa

ruang atas yang luas

ruang atas yang luas

ruang kaki orang dewasa

ruang kaki orang dewasa

wow luasnya......

wow luasnya......

sumber dari paultan dan http://lastcaronearth.com/

Exora setanding mpv asing

Oleh JOHARDY IBRAHIMSKEPTIKAL bertukar yakin. Sinis bertukar kagum. Tanpa paksa, tanpa sogokan. Inilah rumusan yang dicapai selepas sesi pandu uji Proton Exora dari ibu pejabat Proton di Shah Alam menuju ke Lanchang di Pahang pada petang Khamis lalu.

Lima tetamu Proton iaitu penulis dan wartawan automotif tempatan yang dipelawa khas tampil dengan pelbagai persoalan. Ini termasuk persepsi umum mengenai kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama dari syarikat kereta nasional ini.

Antara persoalan terpenting yang ‘ganas’ dibincangkan oleh umum ialah mengenai enjin Exora yang berkapasiti 1.6 liter. Apakah enjin sederhana ini sesuai untuk sebuah MPV? Apakah ia larat mengangkut tujuh penumpang?

Persoalan ini menjadi perkara pertama yang diberi perhatian. Pengurus Besar Homologasi, Ujian dan Prototaip, Bahagian Kejuruteraan Proton, Tengku Azizan Tengku Ahmad mengetuai pasukan juruteranya mengendalikan sesi uji pandu.

Bagi kenderaan pertama bertransmisi automatik, dua wartawan ‘ditemani’ lima jurutera dan kenderaan kedua bertransmisi manual, tiga penulis ditemani oleh tiga jurutera. Ini memberi kapasiti masing-masingnya tujuh dan enam orang penumpang.

Selepas sahaja melepasi plaza tol pertama lebuh raya Karak, secara umumnya pandu uji itu meliputi perlakuan berikut : pedal minyak Exora dipijak sehingga mencecah lantai dan selekoh diambil tanpa menekan banyak brek.

Semasa mengambil selekoh, elemen yang dikaji ialah sama ada kenderaan ini ‘terbabas’ dan sama ada stereng roda bergegar. Sistem gantungan strut McPherson di depan nyata memuaskan. Dan bunyi serta gegaran dalam kabin berada di paras yang rendah. Pada setiap masa, pemandu tetap mampu mendengar perbualan teman di baris ketiga.

Bagi transmisi manual, kelajuan 140km sejam (km/j) boleh dicapai pada 4,300 revolusi per minit (rpm). Ini pada permukaan jalan rata. Angka ini secara kasarnya menunjukkan enjin 1.6 liter CPS (Cam Profile Switching) memiliki keupayaan yang setanding dengan MPV yang menggunakan enjin 1.8 liter.

Exora ini juga boleh dipacu hampir habis meter! Pada satu laluan, kelajuan yang dicatat ialah 170km/j dan meternya hanya setakat 180km/j. Ia berjaya dicatat, di sebalik hakikat enjinnya yang kecil dengan muatan penumpang penuh.

Sepanjang lima jam pandu uji tersebut, kesemua penulis bertukar-tukar tempat duduk di setiap perhentian, selain bertukar kenderaan. Jika tidak memandu, seorang akan duduk di sebelah atau duduk di kerusi tengah dan paling popular kerusi baris ketiga.

Ia popular kerana pada kebanyakan MPV bersaiz sederhana seperti Exora, kerusi baris ketiga hanya boleh diduduki oleh kanak-kanak atau orang dewasa yang tingginya di bawah lima kaki. Exora bagaimanapun, cemerlang dalam ujian ini. Kesemua penulis memiliki ketinggian melebihi 158 sentimeter. Dan seorang 164 cm dan seorang berbadan bulat. Kerusi baris ketiga cukup luas untuk kami semua dan selesa.

Duduk di baris ketiga juga dapat dirasai ruang yang lapang di dalam kabin. Ini kerana aras bumbung kepada kepala adalah wajar.

Satu lagi ujian ialah aspek pendingin hawa. Setiap baris tempat duduk belakang dibekalkan dengan corong khas di kiri dan kanan bumbung. Butang kawalan tahap sejuk terletak di tengah-tengah antara pemandu dengan penumpang baris kedua. Lulus juga.

Semasa duduk di kerusi penumpang depan, penulis dapat menghayati lebih lama dan tekun reka bentuk panel pemukanya. Sistem audionya menggunakan jenama Clarion yang memiliki ciri terkini yang perlu ada pada sebuah radio. Ia boleh memainkan sekeping cakera padat dan bagi varian Hi-Line, ia boleh memainkan DVD dengan skrin DVD di belakang bumbung pemandu. Radionya mempunyai pelbagai format, USB, SD, MMC dan boleh menerima panggilan secara Bluetooth.

Satu lagi ciri ialah cangkuk di sebelah kotak glove. Bagi penulis, ini adalah satu elemen yang mengesahkan Proton Exora adalah sebuah kereta Malaysia yang dibuat untuk orang Malaysia.

Setakat yang penulis ingat, kereta-kereta buatan Jepun ada juga menyediakan cangkuk tetapi ia terletak pada belakang kerusi pemandu atau pada but. Itu mungkin untuk mencangkuk beg plastik sayur atau ikan.

Tetapi pada Exora, ia terletak di depan, dalam jangkauan pemandu. Apakah yang dimaksudkan ‘kereta bercirikan Malaysia’? Tanyalah diri anda sendiri. Bukankah semua orang Malaysia suka membeli bekal bawa balik ke rumah. Sama ada bungkusan teh tarik, nasi lemak, roti canai dan sebagainya.

Exora ini memiliki segala yang perlu pada sebuah MPV. Ia tidak ketinggalan atau lemah berbanding MPV berjenama Jepun atau Korea. Ujian pandu media minggu lalu, mengesahkan kebimbangan tentang saiz enjin 1.6 liter itu tidak berasas sama sekali.

Lucunya sesi pandu uji ini, Proton tidak membenarkan penyiaran gambar. Yang dibenarkan hanyalah gambar-gambar iklan yang mula disiar satu demi satu sejak beberapa minggu yang lalu. Tetapi untuk membuktikan penulis benar-benar ada memandu uji Exora, maka itulah gambar di atas.

Exora akan dilancarkan pada pertengahan April ini dan enam warna ditawarkan dalam dua varian iaitu Hi-Line (dijangka RM75,000) dan M-Line (RM71,000). Sehingga kini, lebih 1,000 tempahan diterima di seluruh negara

Exora Weight and Dimensions Comparison

  Exora Livina 1.6 Avanza 1.5 Rondo Innova
Kerb Weight 1,380kg 1,245kg 1,120kg 1,619kg 1,575kg
Length 4,592mm 4,420mm 4,150mm 4,545mm 4,580mm
Width 1,809mm 1,690mm 1,630mm 1,800mm 1,770mm
Height 1,691mm 1,590mm 1,695mm 1,650mm 1,755mm
Wheelbase 2,730mm 2,600mm 2,655mm 2,700mm 2,750mm
Fuel Tank 55L 52L 45L 55L 55L
MPV+7 Weight 1,880kg 1,745kg 1,620kg 2,119kg 2,075kg
MPV+2+5 Weight 1,730kg 1,595kg 1,470kg 1,969kg 1,925kg
Horsepower 125hp 105hp 107hp 145hp 136hp
Torque 150Nm 150Nm 141Nm 189Nm 182Nm
MPV+7 kg per hp 15.04 16.62 15.14 14.61 15.26
MPV+7 kg per Nm 12.53 11.60 11.48 11.21 11.40

 dibawah ini perbezaan new MPV PERODUA dgn kereta lain

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    kan betul sumber bagitau mase 2…..exora ni lebih luas berbanding inova… ape pendapat anda….

  2. bear berkata:

    wahduh, sudah terang lagi bersuluh.

  3. stroller berkata:

    overall kire ok la… tapi spatutnya p1 buat sliding seat at 2nd row… baru la 3rd row tu comfort for taller passenger… dan jugak… sliding door for a better excess…

  4. prodas berkata:

    bagus jugak cadangan ko 2 tapi kira oklah ..first produk from proton…design cantik……..

  5. stroller berkata:

    yup…design wise… gud choice bro… so, what color u choose??

  6. bear berkata:

    tak saber nak tuggu 15 apr ni mesti gempaq setiap show room…. penuh dgn manusia..klu bw anak bini kena pegang atau ikat baik2 klu tak mesti ada … “KPD SESIAPA KEHILANGAN ANAK/ISTERI BERPAKAIAN… BLA…BLA SILA DATANG KE MEJA KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN….

  7. stroller berkata:

    haha… mcm kat shopping complex lak.. nak shopping keta mcm shopping baju raya… too many crowd sampai ilang anak/isteri…hehehe….

  8. saiful berkata:

    macam best je keta ni, nak beli tak mampu laks………..

  9. prodas_afiq berkata:

    haha..tak pa…kumpul duit dulu byk2……hehehe

  10. fauzan berkata:

    hehe..kalau yang mampu tu, beli ar. tak rugi pun, untung banyak ada la.:) proton exora : sporty, practical n realiable.

    bangga ar dgn proton.

    cheers!

  11. bear berkata:

    klu bro tgk kat lmn PT,ada org bg komen dia beli mpv baru tak salah GL kot atas alasan dgr ckp org… belum test drived lg dah komen p1 masalah.alahai….kenapa dia tak baca semua website dulu..sedangkan semua yg bg komen tu yg membina utk P1.tak sabar langsung….alahaix2

    *walau mcm mana pun terserah kat dia.. itu pun duit dia.

  12. prodas berkata:

    betul 2 bear….jgn kutuk sebelum test…..hehehe

  13. JeBond berkata:

    Nampak mcm menarik tp bagak (besar & gempal) skit. Kreta aku ada setahun lagi.. Lepas stahun baru boleh sambar exora, kot2 ada penyakit awalan kreta baru…biasak2 latu..

  14. prodas_afiq berkata:

    exora memang cam bagak sikit…hehe

  15. chor berkata:

    salam..citenye smalam ptg sy pgi jalan2 blakang RnD Proton,sja nak g tengok RnD test exora,..so bagi saya exora ni cantik,x besar mcm innova,cun mcm wish tp x bongkok blakang mcm wish..cps ok tuk carry 7 adults…pd mata sy throttle feedbeck very respon mcm juara..coz dulu sy salalu drive juara..proton dh improve byk compare zaman 2004 masa aku keja edar mutiara dulu,zaman gen2 letih…xpi xpe aku still love proton sbb aku ank malaysia.tq

    cheerss…..

  16. prodas berkata:

    memang proton dh improve byk compare zaman 2004 sbb ketua exsekutifnye…very good person…i love proton….

  17. sidek berkata:

    apsal rekabentuk yang saya dapat lain tentang exora ni..banyak jenis ke exora ni

  18. prodas_afiq berkata:

    tidak bentuknye adalah begitu…

  19. stroller berkata:

    agaknya sidek dpt rumors pic yg lama2 dulu kot…. kan byk version… last yer pic…

  20. cilimerah berkata:

    I nak trade in my livina ..beli Jan 2008…so saper nak leh contact aku 013-2059999 because I nak sgt Exora ni…aku ni patriotik ye org tapi tak sangka yg Proton nak wat MPV and my wife pun tak sabar..tu yg aku beli livina..la ni dok pikiq mcm mana nak tolak ni..saper2 yg mau livina(oren)..call la aku..hehehe

  21. farghmee berkata:

    pics baru dlm ruangn comment paultan korg ble tgk x?
    aku xble la😦
    afiq, ko upload la.

  22. cek ct berkata:

    omg…hawtnye ezora neyh..
    i bangge bapak i da tempah sebuah….

  23. prodas berkata:

    cek ct..ak pun dah tempah..heheh
    mungkin bln ni dpt…..wawwoooo

  24. STIG berkata:

    Nak tanya penulis, dlm keadaan kete ni full load, pikap kete Proton Exora ni mcm mana masa nak naik bukit?… kebanyakan kete nasional ada masalah kat tempat nie..

  25. prodas berkata:

    mengikut.pandu uji yg telah dijalankan..exora manual lebih sesuai di kawasan bukit…tetapi bukanlah bermakna auto x larat…cuma kelajuan akan sedikit pelahan semasa menaiki bukit….tetapi dengan enjin CPS anda tak perlu risau kerana ianya sungguh berkuasa…

  26. toyota berkata:

    well, a new excellent move proton.hope jgn indah khabar dr rup je la k. tp harap penulis boleh berlaku adil, jgn nak “angkat” exora lbh2. cuba bandingkan ngan avanza, avanza 1.3 pon cukup la. kalo dr segi tmpt ddk barisan belakang, rasanya itu x jd mslh. ketinggian saya 173cm, bila duduk di barisan ketiga, masih ada banyak ruang kosong atas kepala saya. dr segi kelajuan 2…. semuanya sama…tgk c.c kenderaan. avanza 1.3 kalo test kat highway pon boleh cecah 180km/j… cuma jarang la bw laju cam 2 takut enjin hancur. well, anyhow, i still love my avanza tp dlm 2-3 hari lagi, saya akan kehilangan nya tp bukan sebab nak beli exora…sebab nak beli ESTIMA. buka x patrotik, tp kalo saya patrotik, PROTON cekik saya. contoh zaman dulu, harga wira di negara luar jauh lebih murah dr yg dijual dlm negara. yang kat luar kualiti export, yang dlm negara … hampeh. keta pertama saya wira s.e … mula2 sedap, tp bila lama2, bunyi sana sini, gantung x stabil….ermm…fhm2 jer la ye..ok, bye…jgn mare….

  27. dick berkata:

    Aku pun dh test drive dan tempah sekali…katanya 2 bulan baru dapat…pas tu dok perhati betul2 dari bahagian depan mcm “kureng” skit…apa pun dh booking apa bleh buat…janji sokong produk Malaysia…

  28. farghmee berkata:

    Toyota-san,
    kalu baca forum lain, diorg mmg xske compare avanza ngn exora.
    sbb avanza xsesuai sbg mpv per se. (ladder frame vs. monocoque?)
    diorg ske compare exora ngn livina.
    sume kete ble bawa laju smpi 180km/h,
    tp kena tau kemampuan enjin tu.
    aku bukan nk up exora tp enjin campro (valve lift) mmg bertenaga
    kalu rpm dh tinggi.
    enjin vvt avanza mmg torquey time low rpm, tp time rpm hi enjin tu cm xble blah dh.
    itula beza variable valve timing & valve lift.

    mmg xdinafikn, kisah silam yg perit pemilik proton terdahulu
    menghantui ex-proton owner utk mbeli proton baru.
    abah aku pakai wira 1.5m ’97, mak aku gen2 1.6a ’04.
    wira ke gen2, aku nmpk perubahan yg bagus drp handling&aircond.
    gen2 ke exora, aku nmpk perubahan yg bagus drp finishing, customer demand.
    pd aku, perubahan yg positif ni la yg harus disokong🙂

    estima mmg cantik.
    kalu compare ngn exora, mmg out la exora sbb xsama kelas.
    aku ske mpv citroen y baru tu..hehehe

  29. prodas berkata:

    memang betol…ak dah hari2 naik…byk bezanya dengan inova…walaupun harga exora murah…. ia nampak mahal dari exora..hal ini kerana banyak kelebihan yg ade pada exora..berbanding inova…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s