maklum balas Exorian bersama proton

Posted: 4 Jun 2009 in automotif, PROTON, proton Exora

pada 4/6/2009…..saya dipanggil datang ke Proton Platinium, Pelentong,Johor bahru….untuk sesi maklum balas mengenai proton exora……. saya puji langkah proton tersebut iaitu mereka bertanya tentang advantage tentang exora dan mendengar masalah yang dihadapi oleh pengguna exora…….hal ini penting bagi proton meningkatkan kualiti produk proton untuk masa akan datang……
banyak persoalan yang ditanya…..di sana juga saya dapat berjumpa dengan exorian2 di johor…..dan berkongsi pengalaman tentang exora…….saya harap proton teruskan membuat sesi maklum balas pembeli kereta proton dan mengambil segala tindakan untuk berubah……dan meningkatkan kelemahan 2 yang berlaku… dan untuk model exora yg akan datang ..antara cadangan saya dapat di pertimbangkan…. anda juga bagi yang mempinyai cadangan untuk menaikkan imag proton dan peningkatan taraf untuk model exora yang akan datang…bolehlah anda menghantar coment disini….manalah tahu kalau ada warga proton melawat blog ni bolehlah mereka memikirkan dan mengambil cadangan anda……

sesi maklum balas dengan pihak proton tentang proton exora

sesi maklum balas dengan pihak proton tentang proton exora

sungguh mesra wakil proton yang menemu bual kami….dari sebelah kanan tu…. encik Faruk…sebelah nya…
cik Hajar….dan yg sebelah 2..lupe nak tanya..hehehe
saya puji wakil2 proton kerana mereka memberikan komitmen yang baik ketika bertanya kepada kami…
ketika memberikan idea untuk mengimprove kn imej proton exora spaya dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna...

ketika memberikan idea untuk mengimprove kn imej proton exora spaya dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna...

banyak juga soalan yang ditanya antaranya:
1)kenapa encik berani menempah proton Exora walaupn ketika itu encik belum pernah pegang dan rasa lagi?
 
2)kenapa encik memilih Proton Exora berbanding Livina,Avanza,Citra dan mpv jenama lain?
 
3)apakah yang adenya pada Exora berbanding mpv lain????
 
4)encik, selama encik menggunakan proton exora ini ada tak masalah yg berlaku???
 
5)apakah masalah tersebut???
 
6)apa cadangan encik untuk menyerlahkan lagi imej proton exora dan untuk mengatasi masalah2 yg timbul??
 
7) encik pernah dengar kan, yang PERODUA juga mahu mengeluakan MPV, sekianya Exora dan MPV Perodua keluar serentak..apakah yang anda pilih??? dan adakah anda akan Memilih Exora??? dan mengapa ????
 
anda klik disini untuk melihat perodua mpv: 
berikut adalah seba sedikit soalan yang ditanya…sebenarna banyak lagi soalan yang ditanya..tetapi ini je yang saya ingat…hahahha..
pemilik2 Exora..

pemilik2 Exora..

lagi satu disini…saya mahu menanyakan kepada pemilik2 Exora… adakah anda tahu tentang BCM??? hal ini menjadi satu masalah….sebelum kita melihat proton Exora ini..ade berita yg menyatakan Exora ini adalah MPV  pintar….. tetapi ramai pengguna yang tidak tahu..termasuk saya…. semasa sesi maklum balas…. ada soalan menanyakan tentang BCM….. hal ini pihak peroton mesti mengambil tindakan kepada SA-SA proton supaya menerangkan dan mengajarkan tentang BCM kepada pelangan>>>> hal ini kita tidak boleh megharapkan pengguna hanya membaca buku sahaja…. saya telah menggunakan Exora selama sebulan…. teapi baru semalam saya tahu menggunakan dan tahu apakah BCM itu…… pihak proton harus peka…..dan take for grunted untuk meningkatkan imag proton…..
kebanyakan pengguna exora tidak tahu bahawa Proton Exora adalah MPV yang canggih…
saya harap kepada pangguna exora yang tidak tahu menggunakan BCM bolahlah datang ke bilik pamiran proton untuk menyakan tentang BCM dan belajar menggunakannya…..
sesi penerangan pertama kali tentang BCM

sesi penerangan pertama kali tentang BCM

kepada pemilak2 Exora ..adakah anda tahu mpv yang anda miliki itu adalah MPV yang canggih????

exoraku11[1]

saya amek gambar ini dari…

 http://protonexora.com.my/forum/index.php?PHPSESSID=414a352a77261344d10fef13b3f54dbe&topic=100.msg4910;topicseen#new

cik Hajar saya rasa kalau exora belakangnya…seperti gambar diatas…. lagi lawa…daripada benda yg panjang…

ni setakat cadangan saya….n pandangan saya….untuk exora versi yang akan datang….

About these ads
Komentar
  1. prodas berkata:

    kini baru saya tahu ..exora ni sebernanya MPV canggih…. ape pendapat anda??? cuba nada jawab soalan2 di atas itu…..

  2. Faiz berkata:

    Salam,

    sudikah berkongsi ttg BCM dan remote function pada exora?
    kerana saya perasan juga pada exora rakan saya, tiada penerangan mengenai BCM & function2 pada remote key dalam manual book EXORA.

  3. Hajar berkata:

    Salam,

    Hye prodas,

    Saya Cik HAJAR..hehe…terima kasih sbb sudi datang smlm untuk Exora Customer Get Together Session dan post aktiviti ni dlm blog anda.

    Kalau ada apa-apa feedback atau comment lain2 boleh share dgn kami warga Proton.

    Thanks.

  4. The Best berkata:

    Skrg tgh tunggu MPV Produa than baru buat pilihan, kita perlu teliti yg mana lagi better.

    Mr. Prodas
    Apa yang pro & con pasai Exora?

  5. The Best berkata:

    Skrg tgh tunggu MPV Produa than baru buat pilihan, kita perlu teliti yg mama lagi better.

    Mr. Prodas
    Apa yang pro & con pasai Exora?

  6. prodas berkata:

    alhamdulilah….sekarang anda boleh menyalurkan segala masalah, aduan dan cadangan di blog saya.: http://prodas.wordpress.com/
    ..kerana semalam saya menjemput….CIK HAJAR iaitu warga proton menjemput anda semua untuk memberikan maklumbalas tentang exora biar mereka tahu fidback daripada exorian…..tentang exora mereka…

  7. Prismo berkata:

    yay!! warga Proton singgah disini utk mendptkan feedback dari costumer..

    Kepada cik Hajar dan semua warga Proton dari CEO, DSZA hinggalah ke mekanik, Tahniah diatas penghasilan sebuah MPV yg bermutu tinggi dan dpt memenuhi selera pelanggan dan bebanyak TERIMA KASIH sebab sudi mendgr masalah pelanggan yg selama ini diabaikan…

    ok, salah satu feedback saya ttg keta Proton yg model terdahulu ialah, ttg bunyi kok, kok, kok.. dtg dari undercarriage selepas kereta berusia 5 thn (110000km).. saya menghadapi masalah ini pada Wira dan Waja.. walaupun sudah menukar keempat-empat absorber, bunyi ini masih lagi kedengaran… apabila bertanyakan kepada pemilik Waja yg lain, ternyata mereka juga memiliki masalah yg sama.. walaupun sudah dihantar ke pusat servis Proton dan juga mekanik luar, mereka masih tidak dpt mengesan punca bunyi tersebut.. diharap pihak Proton dpt menekankan lebih kepada bahagian ini agar masalah yg sama tidak timbul kepada model terbaru iaitu EXORA.

    Bagaimana kalau Proton menubuhkan sebuah pasukan mekanik utk mencari masalah bunyi yg dtg dari undercarriage dihadapi oleh pemilik Waja supaya masalah kami ada jln penyelesaiannya. Rata-rata pemilik Waja yg saya kenali menjual kereta mereta hanya disebabkan oleh bunyi yg tidak menyenangkan ini dan sesetengah darinya ada bunyi yg agak kuat. Inilah harapan saya agar dpt menghilangkan bunyi yg tidak menyenangkan ini setelah sekian lama mencari penawarnya.. Dan, suis powerwindow Waja juga perlu ada design yg lain sebab saya sudah menukar suis tersebut sebyk dua kali dan cuma dpt bertahan selama 1 setengah thn bagi 1 suis dan harganya mencecah ratusan RM..

    Selain itu, saya tidak mempunyai masalah dgn kereta Proton setelah selama 9 tahun menjadi pemilik kereta jenama kebanggaan Negara.. sekian, terima kasih sebab sudi mendengar…

    p/s: saya bakal pembeli Exora versi turbo thn depan….

  8. prodas berkata:

    Cik Hajar..hahah dah tukar dah…. terimakasih coz sudi masuk blog ni….. saya telah menjemput exorian2 masuk blog ni tuk bagi feedback tetang exora..harap2 cik Hajar selalulah jengok blog ni n bagi feedback balik..kepada kami semua..di blog ni……

    kalau cik Hajar..lapang bolehlah suruh Dato Syed Zainal(DSZ) sekali untuk masuk dalam blog ni… boleh lah kami semua bertanyakan tentang exora atau model2 yg akan datang kepada DSZ…..saya mengharap sangat kalau DSZ dapat masuk dalam blog ini….
    sekurang-kurangnya DSZ cakap “hai” saje pn saya dan kami semua semua dah merasa gembira….harap2 boleh Cik Hajar???

  9. prodas berkata:

    faiz…. anda boleh melayari laman web ini….

    http://protonexora.com.my/forum/

    …di sini anda boleh menyakan apa saja tentang exora….. tetapi kalau anda mahu belajar lagi ditel…anda boleh pergi ke pusat pameran proton platinium terdekat di kawasan anda….. selamat mencuba…

  10. prodas berkata:

    prismo..terimakasih kerana bagi feedback tersebut ..harap2 Cik Hajar dapat membalasnya….

  11. Prismo berkata:

    Ya bro afiq, saya harap masalah tersebut tidak menular kepada Exora.. dan saya berharap pihak Proton dpt mengkaji masalah tersebut dgn lebih mendalam lagi..

    Saya berharap Proton akan lebih maju dimasa hadapan… ;)

  12. campromania berkata:

    prodas, good job..kalaua boleh mintak cik hajar ajak geng teknikal proton yg leh exorian tanya apa2 problem mengenai exora mereka, bgus untuk bakal pembeli jugak..

  13. prodas berkata:

    tulah…dalam usaha ni…harap2 cik Hajar dapat menunaikannya….heheheh

  14. prodas berkata:

    pasal rekebentuk n styling proton kebelakangan ini ada banyak kemajuan. Tahniah. Tapi masih belum cukup utk menandingi pengalaman2 syarikat automatif lain yg dah berpuluh2 tahun da establish. Tapi itu bukan alasan utk tidak boleh menjadi yg terbaik. Saya percaya, ramai bakat2 muda tempatan yg berpotensi besar utk menyumbang kreativiti kpd proton. Cuma perlu ada program yg baik yg dapat menggalak, merangsang dan memberikan inspirasi. Teringat masa zaman sekolah dulu, seorang kawan di tgkatan 4, seorang yg minat melukis model2 trak sebuah syarikat terkemuka yg sangt diminatinya dn sebahagian besarnya dia reka sendiri. Memang cantik, dia pernah menghantar design2 hasil imaginasinya itu kepada syarikat tersebut. hasilnya, pada hujung tahun sebelum tamat tgtkatan 4, dgn riangnya dia tunjukkan surat kepada saya datangnya dari syarikat trak terkemuka itu, menyatakan penghargaan dan terima kasih diatas imaginasi rekaan kawan saya itu. Bayangkan kalau proton ada program2 rangsangan seperti ini bagi menarik minat bakat2 tempatan memberikan sumbangan idea n kreativiti.

    copy from fantastikodesign..by fauzan….
    tq fauzan…harap2 proton dapat menerima cadangan tersebut….

  15. zaxk berkata:

    menarik prodas. mekasih

    ni kilang proton. hri tu dalam bahasa hungary.. ni ada english version

  16. prodas berkata:

    zaxk tq…..bagi video ni…

  17. The Best berkata:

    dah banyak dah kelibat Exora atas jalan, pada pandangan mata aku.. body agak gempal tapi tayar kecik… emmm mcm seekor gajah berkaki kancil… apa-apa pun terima jer lah!!!

  18. arie othman berkata:

    1. Exora, design bahagian depan memang cantik. Saya rasa design bahagian belakang memang kurang sedikit. ( bahagian lampu ) agak besar. Mungkin sejarah kereta WIRA berulang. First model kereta WIRA lampu belakangnya besar ‘gedabak’ kemudian muncul second model. lampunya dikecilkan sedikit baru cun dan laku sampai hari ini. Sama juga dengan kereta SAVVY, bagi saya kalau nak lariskan model savvy ialah dengan cara redesign balik tingkap pintu dan lampu belakangnya.
    2. Kalau boleh 2nd row seat untuk exora boleh dilaraskan kedepan dan fold, bukan macam sekarang hanya setakat boleh fold sahaja. Top up aje design kerusi boleh laras ke depan dan kebelakang untuk keselesaan ruang kaki orang belakang.
    3. Underpowered………..Exora underpowered ke? Lepas ke naik genting dengan full load.( 7 adult onboard with luggage ) perkara ini perlu dinilai, kerana Genting adalah salah satu pusat raidah keluarga. Malaysia mempunyai banyak tempat menarik di kawasan tanah tinggi. Proton kena ada satu iklan atau documentary tentang ini. Tunjukkan gambaran sebenar bagaimana exora dengan full load naik ke genting. Barulah orang boleh tutup mulut tentang hal ini. Buat apa beli kereta, kalau tak boleh bawa keluarga melancong atau menziarah ke tempat menarik spt cameron High, Fraser hill, dll.
    Tiada comment lagi tentang exora yang lainnya memang in class.

  19. Proton_Saga berkata:

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    1.Baiki Khidmat di bahagian operasi – Salesman perlu di pantau dan di berikan latihan yang cukup.Sistem tempahan yang di dengari tidak berapa cekap dan maklumbalas tempahan.
    2.Khidmat pusat servis – layanan menjadi perbandingan antara perodua dan proton.
    3.Enjin CPS – langkah aktif perlu di buat bagi menyakinkan pengguna, bagi saya yang ada pengetahuan sedikit .enjin tiada masalah dan cukup berkuasa cuma bagi mereka yang ada sifat ragu ragu.
    4.Buat Dokumentari penghasilan exora dan model yang lain.untuk paparkan kecanggihan teknologi proton.
    5.kerusi baris kedua boleh di gelongsorkan
    6.kadar faedah bagi kereta nasional tinggi – mohon ada susulan oleh proton.

    7.ruang maklumblas – proton sediakan ruangan maklumbalas supaya keluhan dan rintihan dapat di dengari.

  20. bear berkata:

    Assalamualaikum
    cik hajar, sy antara pemilik Exora yg 1st edition klu blh katakan..
    saolan sy, kenapa kajiselidik ni di buat tanpa pemberitahuan lebih awal kepada pemilik 1st edition?
    sy nak juga berkongsi pendapat ttg EXORA ini sbb ada 1 atau 2 perkara yg sy nak utarakan…
    sy dpt info dari S/A sy pada hari kajiselidik itu dtg di ktn..sedangkan sy bercuti(almaklum cuti sekolah)..dan mungkin ada pemilik Exora yg berkerja..setidak-tidaknya notis atau call 2minggu lebih awal untuk mendapat maximum input serta output ttg EXORA.

    maafkan sy,sy tak salahkan sesiapa dlm hal ini mungkin wrong communication kot2 dan sy cuma meluahkan pendapat sy.mungkin cik Hajar dan lain di tugas kan ke Johor…tapi harap2 cik Hajar dpt salurkan input ini kepada mereka yg bertanggungjawab.

  21. hemart berkata:

    artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

  22. prodas berkata:

    cik hajar…saya maksudkan kalau exora macam bawah…di atas itu… mesti cun…

  23. Hajar berkata:

    Terima kasih di atas komen-komen dan pendapat yg diberikan.

    Untuk isu-isu yang berkaitan dengan teknikal anda semua boleh salurkan ke Proton i-Care ( I.CARE@proton.com ).

    Berkenaan dengan notis jemputan customer untuk join activity ni, kami warga Proton mohon maaf sekiranya kami beri notis jemputan dalam masa yang singkat dan mungkin masa aktiviti ini dijalankan, semua tgh sibuk bercuti. Insya-Allah, any suggestions given, will be considered for our future improvement.

    Thanks.

  24. campromania berkata:

    bro prodas, sorry off topic, salam semua, kepada sesiapa yg ingin menyumbang atau membantu Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru AN-NAJJAH sila klik link ni :

    http://funtastickodesign.wordpress.com/2009/06/09/persatuan-kebajikan-darul-najjah-kuala-lumpur-dan-selangor-an-najjah/

    saya mewakili sahabat kita saudara nazli aka stroller..thanks

  25. Mat Gap berkata:

    Cik Hajar

    Saya perasan gap antara bonet depan dgn bahagian tepi (mudguard) dekat dengan engselnya agak ketara. Saya rasa ianya boleh diperbaiki kerana exora dikeluarkan dikilang yg canggih dan bukannya backyard industri. TQ

  26. prodas berkata:

    campromania…tq….itu amalan mulia….

  27. prodas berkata:

    cik hajar… terimakasih…….

  28. neo berkata:

    My Way My Proton

  29. prodas berkata:

    hidup proton

  30. bujal berkata:

    salam semua…
    sekadar nak kongsi pengalaman tentang EXORA…
    baru2 nie semasa dalam perjalann ke KL drp Muar, lampu amaran bateri berkelip2. Saya terus menghubungi i-care dan dinasihatkan utk pergi ke pusat servis berdekatan. Jarak drp tempat lampu berkelip ke pusat servis dalam 50km.
    Setibanya dipusat servis di Muar, para mekanik memeriksa kereta tersebut dan memberitahu Exora tersebut ada masalah alternator. Apa yg di beritahu, alternator masih dalam warranty tetapi proses utk claim memakan masa 2 minggu. 2 minggu terlalu lama….
    saya membuat keputusan utk menghantar Exora ke Batu Pahat. Belum sampai 1 km, engine Exora terus mati. Sebelum tu pelbagai lampu menyala dan engine juga tidak smooth. Disebabkan sudah malam, saya terpaksa meminta bantuan i-care. Exora saya di”tow” ke sebuah bengkel di Batu Pahat.
    Keesokan hari di bengkel tersebut, kereta saya diperiksa. Para mekanik memaklumkan alternator tiada masalah. Yang bermasalah adalah connection cable yg longgar drp alternator ke bateri.
    Kesimpulannya, saya berharap agar semua pusat servis yang dilantik oleh proton bekerja lebih jujur, jangan mengambil kesempatan terhadap syarikat proton dan pengguna. Bayangkan seandainya saya membiarkan exora di pusat servis di MUar, pusat servis tersebut akan claim macam2 kt proton demi mengaut keuntungan tetapi sebenarnya claim tersebut untuk kepentingan pusat servis itu sendiri…

  31. bujal berkata:

    salam semua…
    di sini saya berharap agar pihak proton memantau kredibiliti pusat servis yang dilantik agar tidak mencemarkan nama PROTON. Pusat servis yang terlalu banyak claim harus diteliti.

    Semua pemilik proton diminta berhati2 dengan taktik negatif pusat servis yang semata2 ingin mengaut keuntungan..

    Terima KAsih

  32. ex_top berkata:

    bg warga exorian tentu dah merasai keselesaan memandu mpv tersebut.. kan..kan
    tapi kasihan kat mr bujal tu keta plak kena tunda pasal bateri dah kong. sbb tak ketatkan betul2 kabel pada alternator. saya rasa mana2 kereta auto ni kalau bateri dah nak kong tu mcm2 lah problem, kejap aircon ada kejap x ada, pastu lampu amaran kat panel meter semuanya hampir berkelip2, ada tak pernah terjadi kat kengkawan lain gitu, tak kira lah ape jenis keta janji auto.
    mana yg tau tu bg lah tau utk pengetahuan sy ni betul ke? pasal kat pusat servis tu saya pun ada kemuskilan gak. saya ada menghantar exora saya untuk menukar bumb stopper absober depan, tukar sebelah kanan sahaja, padahal saya memberitahu yg kedua2 belah berbunyi. pekerja pusat servis tu kata hanya sebelah kanan sahaja yg slalu bermasaalah, jadi saya pun ingat saya salah dengarlah.. habis saja servis sy pun cuba lah cari bonggol nak try test.. memang sah ada bunyi lagi sebelah kiri. besoknya saya datang kembali kepusat servis tersebut. tetapi alat gantian tersebut kehabisan stok pula.. kesimpulan saya sama dgn mr bujal di atas dan sebaiknya pekerja pusat servis sedia mendengar komen2 kerosakan atau bunyi-bunyian pada empunya kenderaan. barulah dapat di selenggara sebaik2nya. pandangan saya ini bukanlah utk memburukan pusat servis atau pun pengeluar kereta kebanggaan saya. cuma utk menambah kualiti pengeluar dan penyelenggaraan dgn lbh berkesan. apa-apa pun terima kasih pada pusat servis tersebut kerana berkerja sampai kemalam utk melayan kerenah pelanggan2.

  33. nora berkata:

    Dah booking exora 2 hari lps colour solid white.
    Takde nak komen apa2 lg cuma nak tanya, kalau colour solid white tu, akan jadi kekuningan tak bila usia exora tu meningkat?
    Kalau ye, tahu tak cara nak mengatasi atau meminimumkannya.
    Terima kasih.

  34. prodas berkata:

    kebiasaan… kereta yg berwarna putih solid akan menjadi kekuningan…… tak pasti kalau untuk exora….hhuhuh

  35. azhar70 berkata:

    rasanya kalu nak atasi sepenuhnya tu macam mustahil je tp kalau nak lambatkan proses tu mungkin boleh. caranya mungkin kena rajin polish dan jangan selalu parking di kawasan terbuka….boleh ke?..hmmmm……

    • mat keltn berkata:

      keta white menjadi kuning disebabkan oleh air..semasa membasuh kenderaan oleh itu carilah pusat cuci kereta yang mpunyai filter…bagi menghilangkan perlu hantar ke bengkil polish

  36. Mohafiz berkata:

    Dlm minggu ni saya akan dapat exora baru…. Tapi bila baca komen pasal pusat servis proton yg suka rip-off… rasa nak cancell aje!… Persoalannya di sini.. Adakah pihak proton sedar akan situasi/ msalah yg sentiasa dialami oleh pengguna proton ini?

  37. przewody berkata:

    Since the admin of this web page is working, no hesitation very rapidly it will be famous,
    due to its feature contents.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s